Yang Terpinggir

Assalamualaikum. Hi semua, this is my first time confession. Thank you admin kalau sudi approve.

Short intro, aku baru sahaja selesai pengajian aku di sebuah ipta terkemuka. Jadi sekarang aku hanya menunggu untuk posting. Doakan aku yaa semua.

Aku datang dari keluarga yang sederhana. Aku mempunyai adik-beradik yang ramai, 9 orang semua nya.

Sejak lahir, aku sentiasa rasa aku lain daripada adik beradik aku. Mereka semua cantik, lawa, handsome and dah mampunyai family yang bahagia dah. Aku sayang mereka. Cuma kekadang aku rasa terpinggir.

Aku mempunyai muka yang berjerawat, berkulit hitam manis, badanku lurus seperti tiang bak kata orang.

Aku selalu diejek namun bernada gurauan oleh keluarga aku. Aku hanya tersenyum kelat sahaja tiap kali mereka ejek fizikal aku.

Mak aku sendiri selalu rendahkan aku depan adik beradik aku yang lain. Aku rasa down sangat.

Di depan mereka aku akan cuba sembunyi kan rasa terkilan aku. Aku tak nak mereka tahu aku ni terasa. Biarlah aku simpan dalam hati.

Kalau lah mereka tahu, betapa strunggle nya nak jaga kulit muka aku ni. Bukan aku tak cuba menjaga, tapi entahlah takda lagi produk yang berhasil.

Aku pernah buat appointment dengan Dr pakar kulit, Dr tu bagi ubat sapu.

Tapi tiada juga hasilnya. Dr cakap hormon dalaman aku takstabil. Aku dah pasrah dah. Aku rasa macam tak nak jumpa sesiapa kecuali kalau urusan penting.

My confidence level so downnn since aku duduk di rumah. Masa di uni dulu, aku takda pon jumpa environment yang judgemental cam ni dalam kenalan rapat aku.

Mereka tak pernah ejek aku, dorang selalu jugak suggest product yang bagus2 untuk aku. Jadi aku rasa happy sangat bila aku ada kat uni. Rasa tak nak balik rumah. Aku boleh jadi diri aku.

Namun bila ada kat rumah, aku macam bukan diri aku. Aku jadi pendiam, suka berkurung dalam bilik. Aku lebih selesa berada dalam bilik, berada dalam dunia aku sendiri.

Ada seorang kakak aku gelar kan sebagai Kak Melur. Aku rasakan dia lah kakak yang paling selalu sakitkan hati aku.

Tiap butir bicara dia takda langsung tapis. Tapi dengan adik beradik lain okay jer dia layan. Dia selalu mengumpat mengenai aku juga.

Ada satu umpatan dia yang aku tak boleh nak lupa, dia cakap aku suka bergambar jauh2 sebab takut orang nampak jerawat aku, siapa lah nak dekat aku.

Aku tahu pon dari kakak aku yang lain. Aku hanya mampu mengangguk mengiyakan apa dia cakap kan tu. Aku malas bermasam muka dengan dia.

Namun jauh sudut hati aku, apa salah aku sampai dia sanggup cakap macam tu sekali…. Mungkin sebab aku tak punya apa-apa lagi buat masa ni.

Aku anak yang ke 8. Jadi atas2 aku semua dah berkahwin dan hidup pon dah stabil. Aku ja masih terkontang kanting selepas habis study ni. Namun aku percaya dengan rezeki Allah.

Aku nak cepat2 kerja dan keluar dari rumah ni….

Mak aku sendiri pon selalu cakap ‘kau dok tempek macam2 produk, bukan jadi ape pon’. Langsung tak bagi moral support dekat aku.

Bila aku duduk berseorangan mesti aku rasa nak nangis bila teringat. Aku tak minta layanan bak tuan puteri. Cukuplah aku rasa bahagia dalam keluarga ni dan rasa tak di pinggir…

Namun, aku rasa bersyukur aku ada kekasih yang sangat memahami aku, selalu bagi moral support tiap kali aku rasa down. Aku tak pernah cerita dekat dia mengenai layanan family terhadap aku.

Aku tak nak dia risau. Dia baik sangat, sehinggakan aku ingin lepas kan dia supaya dia bersama dengan perempuan yang lebih cantik berbanding aku. Perempuan yang dah ada segalanya.

Awak, terima kasih kerana selalu jadi pendorong yang setia bagi saya.

Okaylah aku tak mampu dah nak teruskan, berhabuk pulak mata ni haha thanks bagi yang baca sampai habis. Moga Tuhan memberkati hidup anda dunia akhirat.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *