Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia IIUM Confession page.
Terima kasih juga kepada admin andai tulisan saya disiarkan.
Tak perlu kot saya perkenalkan nama saya, sebab saya menulis ni pun sebagai anonymous writer santai2 yang ingin berkongsi sesuatu yang terbuku di hati saya.
Sedikit tentang diri saya: baru je berjinak2 dalam dunia meniaga kecil-kecilan dari rumah.
Yang saya nak kongsikan ni, bukan sidai kain kat ampaian tu.
Saya maksudkan “sidai” kat sini as term budaya zaman sekarang yang merujuk kepada tiada balasan, atau maksud lainnya “gantung” atau mungkin bahasa inggerisnya dipanggil “ghosting”.
Faham laa bila berbisnes ni online ni terutamanya dalam part jual-beli, akan bermula dengan komunikasi chat melalui whatsapp, facebook messanger atau kadang kala IG inbox, telegram dsb.
Dan sudah pasti bila bakal pelanggan (prospek) ternampak page kita atau posting kita, mungkin rasa menarik di mata mereka.
Lalu mereka akan tekan contact link kita dulu, dan approach untuk bertanya details apa benda produk ni, macam mana pakai, harga berapa, dll.
Lumrah laa kan kita seller bila terima setiap mesej ni,
Akan sedaya upaya jawab setiap pertanyaan dengan sabar, dan kongsikan info selengkap mungkin.
Dan gila2 jaga susunan ayat supaya kelihatan sopan, mesra, kalau rajin letak emoji senyum lagi.
Customer service haruslah tiptop kan.
Terlambat sikit, kita minta maaf lewat reply, siap ucap terima kasih kerana sudi menunggu.
Cuma yang menyedihkan, adakalanya conversation tu terhenti macam tu je.
Maksudnya si pelanggan dah tanya sekian2, dan kita dah jawab, tiada reply diberi.
Kita pun faham laa kan chat ni bukan macam perbualan suara.
Kadang2 mungkin busy, tengah memandu ke, jaga anak ke, ada kat luar ke, jadi chat tu terbiar je tak berbalas berjam2, membawak ke 24 jam, berhari2.
Kita seller pun harus la follow up, eh si bakal buyer ni nak beli ke tidok?
Kita pun tebalkan laa muka, taip dekat chat yang tergantung tu,
“Cik/ encik/ sis/ tuan, maaf ganggu, sekadar bertanya, masih berminat ke dengan barang ini?”
Kita pun letak tepi fon. Bagi ruang nanti dia free reply laa tu.
Bila tengok balik, ada blue tick, tapi replynya tiada.
Wahai pelanggan yang budiman, susah sangat ke nak jawab ya atau tidak?
Walaupun kita faham je dengan common sense, no reply is a reply.
Maksud lainnya, tak reply tu maksudnya tak nak la tu.
Ni tidak, dibiarnya kita follow up macam orang desperate, message setiap 6 jam, semata2 nak confirmation je.
Dah tu bila kita message berulang gitu, tahu pulak nak rasa annoyed, rasa macam kita spam2 dia.
Last2 free je kita kena block.
Ada pulak situasi lain, dah reply confirm nak, request COD pulak tu, siap dah set nak jumpa kat mana, pukul berapa.
Kadang2 tu tempat yang diminta untuk COD barang bukan dekat, jarak lebih 10km pun ada.
Pernah je kena question, mahalnya caj COD.
Adoi la kalau location dalam 2-3km kadang2 tu saya belanja je free cod.
Walaupun harga minyak bukan laa murah kan.
Tapi niatkan sedekah. Berniaga kan kena banyak bersedekah gittew.
Bila dah sampai ke destinasi COD yang dipersetujui, kita pun mesej laa customer tu, dah sampai.
Fuh dia boleh biarkan kita tunggu sejam, 2 jam, sampai terlepas waktu solat pun pernah.
Ye la kita tunggu customer takpa, jangan customer tunggu kita.
Masa kita kan unlimited. Tak kerja kan. Bisnes full time kan.
Kadang2 tu dah lama sangat tunggu, try la call, tak angkat pulak.
Confuse pulak kita, dia ni nak ke taknak, lepak mamak..(nyanyi dalam kesakitan)
Apa laa salahnya, kalau betul tak berminat, atau mungkin nak consider, boleh kan jawab
“Terima kasih, saya belum berminat lagi”
Atau
“Terima kasih, saya survey dulu, kalau nak saya pm semula”
Walaupun frustnya hati ni Tuhan saja tahu, kita sabarkan je laa hati ni.
Niatkan nak meniaga ni sebagai ibadah, mencari rezeki halal kan.
Bila nak luahkan, biasalah jawapan standard, sabar, lumrah lah dugaan meniaga.
Boleh je tunjuk muka tenang kat luar, tapi dalam hati ni, berombak menahan sakit hati, frust, down semua ada.
Saya pun manusia, bukan malaikat, kadang2 tu pernah tersilap langkah, ter”snap” pulak sebab geram punya pasal.
Last2, yang nampak side seller jugak bermasalah,
Tapi bila customer buat attitude macam ni, dan kita just nak meluahkan je,
Cakap kita nak salahkan customer pulak.
Balik2, seller jugak salah. Seller jugak problem
Customer jugak is always the right.
Lepastu, cakap kalau nak meniaga hati kena kuat.
Kalau hati tak kental jangan meniaga.
Ya Allah, tak membantu sungguh jawapan tu.
Tuan2 puan2 tahu ke betapa kami seller ni, even yang dah lama bertahun jadi seller pun,
Buat hati kering je sebenarnya.
Dalam pada kering2 hati ni, jauh disudut hati kecil itu, rasa frust sangat2, sampai rasa nak give up,
Rasa nak hentikan semua yang dah usahakan berbulan2 bertahun2 ni.
Rasa macam nak kerja makan gaji je semula.
Ni sekadar luahan je. saya terima dengan apa2 je komen yang bakal mendatang.
Cuma satu je saya nampak setelah setahun beberapa bulan ni berniaga, saya rasa perasaan empati saya makin bertambah.
Contoh macam kawan2 lain yang berniaga jugak (tapi lain produk) blast message offer apa2,
Saya reply cara baik, at least say “terima kasih share”.
Bukan apa, kita dah tahu sakitnya disidai,
Jadi kita pun tak nak la buat kat orang lain.
Apa je perbuatan kita akan berbalik semula kepada diri sendiri.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Sekian,
– Yang tersidai (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit