Assalamualaikum semua. Aku Melissa. berumur lewat 30an dan masih bujang.
Disini aku ingin meluahkan rasa kerana aku agak terganggu sejak kebelakangan. Biarlah aku rasa lega setelah meluahkannya disini.
Aku ada kawan perempuan yang sering pulang lewat. Bukan setiap hari. Tapi setiap kali keluar (bukan atas urusan kerja) pasti dia akan balik lewat.. sehingga 1-2 pagi.
Kami tinggal satu bilik dan satu rumah.. juga satu tempat kerja. Dia berumur pertengahan 20an. Beza dalam 10-11 tahun. Aku ada menegur dia beberapa kali melalui whatsapp sebelum ini.
Tidak elok bagi perempuan keluar dan balik lewat malam.. lagi-lagi aku tahu dia keluar dengan lawan jenis.
Aku terpanggil untuk menegurnya kerana aku merasa bertanggungjawab sekiranya berlaku sesuatu pada dia atau pada kawan-kawan serumah yang lain.
Sebelum ini sudah ada kawan lain yang beritahu aku hal ni. Aku cuma mendengar. Tapi sejak rumah sewa lamanya habis kontrak, kami tinggal sekali dan aku lihat sendiri kelakuannya.
Berkawan pastinya tegur untuk kebaikan, tapi dia mempersoalkan kenapa aku ambil port (ambil tahu) sangat hal dia.. sedangkan dia tak buat ape-ape. Dia cakap yang aku sengaja cari kesalahan dia.
Aku dah pun berpesan pada dia yang balik lewat macam ini boleh timbulkan fitnah. Lagi-lagi jika keluar berdua. Pastinya tiada mahram yang menemani dan sukar untuk menjaga ikhtilat.
Selepas tiga empat kali perkara yang sama berlaku..dan setiap kali itu juga saya menegurnya.. kami tidak lagi berkawan macam dulu. Dia banyak berdiam dan mengelak.
Untuk pengetahuan dia berpakaian muslimah.. lemah lembut.. tutur kata juga sopan. Tapi sejak itu sikapnya dengan aku tidak lagi seperti dulu.
Setiap kali bertanya hanya angguk geleng.. atau sepatah dua sahaja jawapan.. itupun dengan nada yang agak tinggi dan beremosi.
Aku tidak tahu cara bagaimana untuk membuatnya sedar..dan faham.. bukan aku menghalang dia untuk berkawan.. atau keluar ke mana sahaja yang dia mahu. Cukup jaga batas. Ada agama. Ikut.
Aku juga takut melihat situasi ini… kerana aku ada mendengar orang kata kita akan diuji dengan perkara yang kita risau atau takutkan.
Sekiranya kelak aku mempunyai anak perempuan, bagaimana aku mengendalikan situasi sebegini. Jika pada zaman ini sudah begini… pastinya lebih mencabar keadaannya di masa-masa akan datang.
Sebenarnya aku sedih dan agak kecewa setelah aku tahu kelakuannya macam ini. Kerana aku langsung tidak jangkakan perkara ini jika melihat pada penampilannya.
Aku tidak katakan yang dia berbuat bukan-bukan dibelakang. Cuma aku terfikir apa yang seorang perempuan.
Bujang. Tiada komitmen yang memerlukan dia berada diluar rumah sehingga waktu itu.. perlu pulang lewat.
Ia aku akui dalam Islam juga ada syarat dimana ada waktu dan keperluan tertentu yang membolehkan perempuan berada diluar rumah sehingga lewat malam (contohnya: kecemasan yang memerlukan rawatan)
Hubungan kami sekarang suam-suam suku. Mesej atau bercakap bila perlu atas urusan kerja sahaja.
Cuma aku sahaja yang kerap menegurnya,kerana aku tahu jika terus berkeras dengannya lagi susah untuk aku bawa dia kearah kebaikan.
Sekarang kami masih lagi tinggal dan berkerja ditempat yang sama. Hubungan ini semakin renggang. Aku lebih banyak bersabar supaya tidak marah atau mengeluarkn kata-kata yang tidak sepatutnya pada dia.
Kadang-kadang saya cuma call sahaja atau mesej bertanya samada dia pulang atau tidak. Mesej atau pertanyaan aku itu dia tidak akan balas atau hanya menjawab tidak pasti.
Sebagai kawan sudah tentu kita tidak mahu kawan kita jatuh (Rasanya pembaca faham maksud aku) bila sudah berdua.. pasti ada yang ketiga menghasut. Manusia. lemah.
Apa yang membuatkan aku jadi terlalu care pasal dia adalah… aku sudah pun menghadap hal yang sama sebelum ini.
Bukan membuka aib mana-mana pihak tapi cukuplah tanda-tanda yang ditunjukkan sekarang sama dengan kejadian-kejadian sebelum ni. Tanda-tanda ini membuatkan aku takut perkara yang sama berulang.
Takut kerana Allah.. lillahi taala.. keranaMu ya Allah. Aku takut aku disoal kembali kenapa aku membiarkan kawan begitu. Benarlah ujian yang Allah berikan bukan sahaja pada orang disekeliling kita..
Tapi pada diri kita sendiri. Apa yang kita buat. Apa yang kita lakukan bila berdepan dengan situasi begini. Butakan mata? kerana dia kawan kita. Pekakkan telinga kerana dia ahli keluarga kita?
Selepas solat aku sering mendoakan dia. Mungkin itulah cara yang dapat aku lakukan. Memohon kepada Allah supaya memberi kefahaman agama. Bukan sahaja pada kawan-kawan.. keluarga.. yang terutama pada diri sendiri.
Aku juga rasa takut menegur orang kerana aku sendiri tidak sempurna. Tapi bila memikirkan aku perlu lakukan sekarang.. bukan menunggu hingga sempurna baru mahu menegur. Lihat apa yang dikata.. bukan siapa yang berkata.
Aku mengharapkan hubungan kami baik seperti sebelum ini. Tidak pernah terlintas untuk berfikiran buruk atau menghina sesiapa sahaja. Ya mungkin ada dimana cara atau kata-kata aku yang tidak kena.
Aku cuba perbaiki demi kebaikan bersama. Doakan aku terus kuat untuk menghadapi situasi ini dan yang lebih penting semoga tuhan memperelokkan akhlak kita seperti akhlak Rasulullah.
Yang tidak berputus asa..
– Melissa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit