Assalamualaikum semua readers iium…
First, aku nak ckp thank you utk komen komen hampa yg membina dan ada yg negative comments. Apa yg aku ckp, kisah ni mmg kisah sebenar hidup aku even ramai ckp kisah novel. Kawan2 aku yg tau kisah hidup aku ni, dorg direct msg aku sbb dorg tau tu aku yg confess… dorg rasa nak sound je sape yg kata kat aku tu.. tp aku ckp biarkan sbb aku nak tgk apa komen netizen bila kisah mcm ni sbnrnya wujud dan bukan drama. Ya, kwn aku yg tau mula2 pon rasa drama, tp dorg sendiri tgk mcm mana aku kena herdik dan gaduh depan umah mak bapak aku saat aku pindah rumah…. Jiran2 keluar dan memerhati… tak tau la nak describe perasaan masa tu….
Kepada yg ckp aku reka cerita dan x percaya ada kisah mcm ni…. aku ucapkan tahniah sbb anda dilahirkan dlm keluarga yg bahagia dan ckup kasih syg. Mungkin keluarga anda tak pernah ada sifat2 mcm adik beradik aku…. tahniah utk rezeki anda mempunyai keluarga yg baik baik..
Ada yg ckp aku bodoh sbb biarkan aku dibuli?? Apa yg aku nak katakan kat sini.. aku dah penat hidup sorg. Aku stay kl alone before this. Dlm 4 tahun lebih aku hanya balik 3 kali iaitu utk raya saja…. dan bila balik raya, mmg aku belikan mcm2 utk family.. aku x mengungkit…. tp aku nak mengingatkan saja yg aku jugak menghargai dorg sbg family aku. Bila aku x bawak balik apa2, akan ada yg akan ckp, balik dgn tgn kosong.. so aku keluar balik umah n pegi bandar utk beli apa2 keperluan umah…. maybe sbb anda semua tak lalui n takde family sebegini….. aku dah penat hidup sorg actually.. mmg allah ada… tp sometimes aku akan rasa sunyi tu.. aku bukan malaikat yg akan duduk kat sejadah utk 10 jam sehari, aku jugak tak mampu nak baca alquran utk habiskan 30 juzuk semalaman…. aku bercakap apa yg realiti… anda jugak tak mampu utk stay atas sejadah utk lebih dr 5 jam… percayalah… kita manusia… fitrahnya sebegitu…..
Bila readers semua dah sampai satu tahap, yg kau rasa kau ada segalanya tp kau takde kasih syg family, then kau akan rasa takpe lupakan apa dorg penah buat… mmg cash is not a king but if u dont have money u die. Hahaha… aku rasa hidup aku kosong sbb aku x de org yg dekat ngan aku… aku menumpang kasih syg anak2 kwn aku.. tp tu la.. anak dia comel2 tp kawan aku ni pon species take advantage. Hahaaha… biarkan. Aku mls nak ckp psl dia ni… sbb dia pon dah dpt bahagian dia….
Masyarakat kita di provok, bila usia begini, jika belum bertemu jodoh, berbuat baiklah pd kedua ibu bapa dan ahli keluarga.. dan itulah apa yg aku buat bila aku decide awal taun aritu utk pindah balik duduk dekat dgn family… bukan aku saja2 utk pindah dan biarkan dorg pijak kepala aku… aku cuma nak dekatkan diri dgn family aku sbb aku ingat dorg dah berubah….
Ada yg ckp aku baik sbb tu rezeki aku murah.. jangan judge aku baik.. sbb aku jugak kadang2 khilaf jugak dlm hidup aku… kdg2 aku x sebaik yg disangka tp aku rasa biarlah aku berubah utk jadi yg terbaik… sbb bg aku, perempuan yg baik utk lelaki yg baik.. kalau bukan kat dunia.. maybe kat akhirat… n aku dah redha dgn semuanya apa yg berlaku…
Psl alang… kalau la anda nak tau mcmana peribadinya…. dia bertudung labuh paras dada. Dia berstokin kaki dan tgn. Dia berbaju kurung, berjubah dan berbaju labuh… peribadi luarannya…. jadi, jika manusia sebegini berkata, takkan sedara mara dan org lain x percaya.. aku pulak jenis diam kat rumah… sbb aku x suka bercerita hal org mcm dorg… bila aku balik keje ptg, nnt ada la makcik2 bawang duduk bawah pokok dan mengata anak org itu ini… bila mak n adik aku balik, dorg pulak cter kat kami n pd isi rumah… benda ni mmg aku x leh tolerate sbb aku x suka nak ckp psl org sbb aku xnak benda ni berbalik pd kita pulak….
psl aku beli mcm2 utk anak buah, ok. Anak alang cucu first dlm family aku.. and of cos kami happy. Aku pon anggap alang mcm anak aku jugak… aku x berkira dan aku x mengungkit…. tp bila pertelingkahan mulut aritu depan kwn2 aku, dia ckp, dia x penah pon mintak aku belikan semua, aku yg sibuk nak bg… sudah lah tak berterima kasih dan ckp mcm2 lg… aku dah hilang sabar tp aku tak blh nak tampar dia… sbb dia akan bertindak lg ganas…. jadi, aku amik langkah, aku msg suami dia dan mintak tlg nasihat… bila suami dia ckp kat dia, dia msg aku dan ckp aku mengemis simpati dr suami dia… dasar pempuan andartu…. then apa lg perlu aku buat utk betulkan keadaan n perangai alang tu….. aku pon dah buntu…
Ada yg ckp, ada duit pegi la travel, hahaha.. aku dah pegi jepun, indon (byk kali) vietnam, thailand (plg byk kali).. tapi setiap kali aku pegi mesti aku akan ingat family aku. Aku nak bawak mak bapak aku pegi umrah awal tahun aritu, kira nya aku support, tp alang x bg sbb sape mak jaga anak dia. Since anak dia mmg mak aku jaga dr kecik smoai dah setahun lebih ni. Sbb alang keje.. so semuanya mesti alang yg buat keputusan… end up. X jd pon pegi umrah dgn family aku. So aku cancel dgn ejen tu…. sorry kak sharifah…. bila anak alang mak aku yg jaga, so dr dia anta anak dia pg2 kat mak aku smpai la dia amik anak dia ptg tu… semua makan kat umah mak aku. Pg tgh hari n malam…. semua ditanggung…. aku pelik n tegur… kenapa sgup balik lunch, kenapa x makan kat tmpt keje je, dia bg alasan sbb nak susukan anak dia sbb tu dia balik… mak aku pon ckp penat tp still masakkan jugak utk alang… alang mmg x bape pandai masak… n suami dia pon makan kat umah mak dia… nampak x jimat nya kat situ….. dorg sgt jimat tp aku x tau utk apa dorg simpan…. sbb baru ni alang beli kereta pon, mak abah aku yg bayarkan duit muka…. hahhaaa seronok kan jd anak kesayangan.. dah kawen pon still dpt support dr parents….
Ok ni part plg sedih la… abah aku.. aku sgt sygkan abah aku…. antara semua ahli family aku, aabah aku sorg je yg aku x block wasap n call dia… ada yg ckp apa function bapak aku… seriously, abah aku sgt sgt cool. Dia jenis pendiam. X byk ckp. Bila dia tegur mak aku, then mak aku akan ckp kenapa nak lebih kan anak dr isteri… then apa lg aku nak ckp….. memang mak aku control semuanya….. sampai gaji pencen n gaji keje bapak aku pon mak aku pegang…. hahaaa ni bukan rekaan yer.. masa kecik aku jd pelik, sbb duit sekolah kami, mak aku yg bg, duit abah aku bwk p keje pon mak aku bg, sehari 10 jer.. n bila aku dah keje ni, aku tanya kat abah aku. Abah ckup ke p keje 10 je… abah ckp kalau mintak lebih nnt mak bising.. allahu… aku x tau nak ckp apa.. aku pon diam2 akan bg duit kat abah aku sbnrnya… kalau aku keluar ngan abah aku beli brg, aku yg akan byr n aku ckp duit yg mak bg tu abah simpan lah buat belanja…. hampa rasa tak betapa kritikal nya family aku???
Actually ada la benda yg mak aku penah buat, sbb katanya takde perhatian dr abah aku sbb abah aku lebih kan anak2.. aku tau abah aku syg aku.. tp dia xleh ckp apa… dlu masa aku sekolah. Abah aku keje jauh, n bila abah aku call, dia tanya aku nak apa. Bila aku jwb nak payung sbb panas nak pegi sekolah. N benda ni mak aku taktau.. smpai la abah balik n bawak balik payung tu…. then aku kena pukul ngan getah paip smpai luka n berbirat sbb aku mintak benda bukan2 dr abah aku.. sbb dia ckp mahal… benda tu x penting pon.. sejak dr tu.. apa2 yg aku nak aku usaha sendiri. Aku takkan mintak dgn sesiapa…. aku sbnrnya kesian kat abah aku kena control dgn mak aku… apa yg mak aku buat semua tak mintak pendapat.. main buat jer.. bila aku tgk semua ni.. aku nak sgt bila aku kawen, aku x kan buat mcm mak aku…. sbb aku tau syurga isteri ada pd suami…..
Ok pasal aku nak pindah balik kat kl.. aku tak blh lg.. sbb aku dah sewakan rumah aku… kalau pindah kl aku kena angkut blik brg2 aku.. brg2 aku byk… sbb aku jenis suka beli brg rumah… hahahahaha.. smpai mak aku selalu ckp, kalau laki nak kawen ngan aku mesti dia syok sbb masuk umah aku cuci kaki sbb semuanya dah ada.. bg aku, aku beli semua tu sbb memudahkan kehidupan seharian aku jer.. tah la… mcm2 persepsi org ni.. pemikiran aku x sama ngan pemikiran family aku….
mcm aku beli umah kat kl, aku x inform sape pon sbnrnya. Bila dah beli n renovate baru aku bgtau.. sbb aku nak tnjuk yg aku blh beli rumah kat family aku… tp.. dorg x suka.. dorg rasa pempuan x patot beli rumah…. hahaaa… zaman skrg dah berubah.. x kesah la laki tu takde apa n pempuan tu ada segalanya. Kena la ada give and take… kita jer blh corakkan perkahwinan kita nanti.. chewahhh.. (tak kawen lg blh la ckp) hahaha…
Psl kerja, aku ada apply keje kat dubai n spain.. hahahaa… tp tu la. Bru je apply last month before puasa…. doakan aku dpt keje tu. so sape2 ada keje kosong utk HR manager contact la aku.. hahahahaha…. nnt aku pm personal kat org yg komen vacancy tu…. hehehe… aku kat tmpt keje staff respect aku, baik dgn aku, tapi bila smpai hal famili sendiri, adik2 aku sorg pon x respect aku…. hahahaa… sadis kan hidup aku…
Ada sorg komen nama ida abdullah… aku pon x bape ingat, dia ckp aku ada mslh dalaman sbb tu family aku x suka.. aku nak try amik hati dorg utk dorg hormat n hargai aku sbg ahli family dorg jugak… hurmm sbb tu aku suka muhasabah diri aku.. kenapa dorg benci aku.. apa yg aku patot buat… maybe sbb dorg x leh tgk aku lebih.. bila aku dgn kwn2.. dorg ckp kawan2 aku tu just ada bila aku senang.. tapi sbnrnya tak.. kawan2 aku trip to island semua ada bila aku susah.. bila aku nak pindah dorg semua tlg aku.. siap angkut anak ngan suami lg.. hahaaa… bff aku sgt memahami even dorg tau mana umah aku, aku percaya dorg takkan bukak cter kat family aku… sbb aku cuma takut dorg dpt jumpa aku n cri aku kat ofis… aku takut benda lama jd lagi….
Aku dah berpindah umah lain dan sbnrnya tak jauh pon dr umah family aku.. sbb aku fikir kalau apa2 jadi pd parents aku.. senang aku nak balik n jaga dorg.. maybe aku terlalu byk berfikir sampaikan aku fikir kalau mak abah aku sakit terlantar.. sapa nak jaga dorg… bukan aku nk ckp adik2 lain x blh jaga.. tp dlu mak aku penah kena strok n x blh gerak, n aku balik cuti dr U utk balik jaga mak aku. 2 mgu aku balik jaga mak aku. Then aku terpaksa balik u semula sbb takut kena buang pulak. Then setiap weekend mmg aku ulang alik balik kedah. Aku balik n prepare makan utk mak aku utk seminggu… bila balik aku la mandikan mak aku semua… adik aku yg lg 2 masa tu sekolah lg.. n alang mmg x tlg la… suruh masak pon dia mmg x pandai nak masak… so aku terpaksa bgtau sedara atau jiran utk tgkkan…. aku x mengungkit.. aku ikhlas buat semua tu… tp… kenapa mak aku still x nampak aku sbg anak Dia… tah la.. part ni mmg mcm drama… aku rasa mcm sakit sgt2… org lain ckp cter novel la rekaan la tp sbnrnya.. ia adalab kisah hidup aku…. aku bukan nak kan simpati. Tp aku nak meluahkan apa aku simpan selama ni… ni je medium utk aku luahkan semua yg aku tau. Tp org tau kisah ni adalah aku…
Aku kalau blh elakkan hidup sorg2.. tp mmg aku tgl pon sorg2… aku bykkan buat terawih sendiri malam… kdg2 aku mengaji… aku try utk x menangis.. tp kdg2 tumpah jugak air mata.. ni smbil confess ni pon aku nangis…. Tak semua org hidup happy tanpa mslh…. Aku happy dgn cara aku… aku blh drive jauh2 sorg2 sbb tu buat aku happy…. aku jadikan kereta aku peneman setia aku….
Lepas aku confess semua ni.. aku rasa hati aku lapang.. aku rasa happy. Dan aku dah x rasa sakit hati sgt.. aku doakan raya ni dorg akan ingat n hargai pengorbanan aku…. aku harap readers semua doakan lah aku mampu bertahan dan bersabar dgn apa yg jadi…. bak kata cikgu aku… “Hang in there tulip, You have been through a lot. You will get through this one too.”
Terima kasih utk sesiapa yg ada and lend me your shoulder. Terima kasih utk setiap komen2 readers… semoga hidup anda semua diberkati Allah……
– Tulip Lavender
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit