Assalamualaikum. Aku tak tau macam mana nak luahkan rasa hati ni. Kosong. Tawar.
Dulu aku anak yatim. Aku isi hati dan tujuan hidup semuanya untuk mak aku. Walaupun aku bukanlah anak favourite, aku cuba buat yang terbaik untuk mak.
Segala apa aku buat, semuanya salah dan tak cukup di mata mak. Bila aku gembira, pasti ada sahaja mak downkan dan saja buat aku sakit hati.
Orang kata buat tak tahu je lah. Sampai bila aku nak buat tak tahu?
Bila melibatkan suami dan anak-anak aku yang tak ada kaitan, yang tak pernah cakap buruk atau sakiti mak, tapi jadi mangsa buah mulut mak. Siapa tahan.
Kalau mak bercakap aku seorang je aku tak kisah. Tapi mak bercakap perihal aku, suami aku, anak-anak aku, kat adik beradik lain. Kalau benda baik takpe.
Takkan mak tak tahu, menyakiti suami dan anak-anak aku, samalah seperti menyakiti aku.
Terbaru aku luah isi hati kat mak. Aku bagitau betapa sakitnya aku dari kecil mak perlakukan kat aku.
Bermula dari aku difitnah sampai mak tak percaya aku, mak buat aku punching bag, banyak la benda malas aku nak ingat which is normally seorang mak tak buat camtu kat anak.
Aku bagitau aku “sakit”, depression dan makan ubat.
Tidak ada sekelumit rasa simpati. Bahkan bila aku luahkan, lagi bertambah benci mak kat aku.
Pernah mak tak benarkan aku call dia, aku terima. Aku call pun nak tanya khabar je.
Sekarang bila aku luahkan apa aku tak puas hati, mak tak benarkan aku balik rumah dah.
Walaupun aku rasa melampau mak buat macam tu, aku terima. Tu rumah mak, hak dia. Takpelah.
Selama ni mak burukkan arwah ayah aku, nenek aku, atuk aku, mak saudara aku. Benda tu menyakitkan aku.
Terbaru juga, mak burukkan abang aku, benda tu menyakitkan aku juga.
Mak aku dan adik beradik yang jenis kaki cucuk cakap, benda takde kaitan dengan aku, kenapa aku nak sakit hati?
Sape tak sakit hati kalau orang yang kau sayang kena jadi bahan mengata?
Walau apa pun, teruk macam mana pun, kalau ada orang mengata mak aku atau adik beradik aku yang jenis kaki cucuk sekali pun, aku tetap akan rasa sakit hati.
Tak boleh ke jaga mulut? Kau ibadah la seratus tahun kalau mulut jahat tak jadi gak. Takde istilah mulut jahat tapi hati baik. Apa yang keluar kat mulut tu lah hati kau.
Aku meletop luah isi hati aku kat mak, sebab aku tak tahan bila tengok arwah mak saudara aku kena bahan.
Selama aku hidup, aku tak pernah tengok arwah mak saudara bercakap benda tak elok.
Tapi daripada mulut mak aku, sampai adik-adik aku boleh mengata arwah mak saudara aku, PADA HARI pengebumian arwah dan selepas hari pengebumian arwah, aku rasa langsung tak boleh brain.
Kalau adik lelaki aku yang mulut jahat tu, memang la dia jenis mulut jahat.
Tapi sampai adik perempuan aku yang kononnya anak paling baik, paling pendiam, boleh mengata arwah mak saudara aku. Kegilaan apa kah ni?
Salahkah aku menegur adik aku?
Aku sedih sebenarnya adik aku pun jadi rosak jiwa. Aku rasa nak marah kenapa mesti nak mengata.
Demi Allah tak pernah sekalipun arwah mak saudara aku menganiaya, mengusik, menyakiti adik perempuan aku sampai dia layak nak melempias tak sukanya pada arwah mak saudara aku.
Mak nak tunjuk benci atau tak suka pada sesiapa pun, tu hak mak. Mak mungkin ada history dengan arwah mak saudara atau saudara lain.
Tapi adik perempuan aku yang langsung takde kaitan, kenapa nak mengata arwah mak saudara aku?
Kalau arwah ayah aku hidup, tak sedihkah dia bila orang mengata mak ayah dia, adik kandung dia sendiri?
Terbaru, mak langsung tak bagitau adik lelaki aku sorang lagi kahwin. Sampai hati mak.
Dgn orang luar boleh mak cakap elok-elok, dengan aku mak kejam. Mak buat aku macam tak wujud.
Mak beriya suruh kakak aku panggil saudara mara datang rumah makan-makan, tapi dengan anak yang darah daging dia sendiri dia buat camni.
Aku tau mak takkan berhenti sakitkan hati aku. Mak buat macam aku yang bermasalah. Semuanya salah aku.
Mak tak boleh terima sebab mak tak boleh control aku.
Adik lelaki aku datang berjalan rumah aku bawa isteri dia cuti sekolah baru-baru ni.
Anak aku tanya sejak bila pakcik dia tu berkahwin, kenapa kita tak tahu? Tahu-tahu je dah kahwin. Aku pun tak tau nak jawab apa.
Mak tak bagi aku balik, aku terima.
Tapi perlukah buat aku sampai macam ni? Siap putar cerita kata aku kena minta maaf dengan dia. Apa lagi yang tak minta maafnya?
Mentang-mentang takde manusia lain menyaksikan aku minta maaf. Senang buat cerita.
Tak lama lagi nak puasa dan raya. Aku tak kisah pun tak balik raya rumah mak sebab tiada tempat pun aku dalam rumah tu. Tapi anak-anak aku akan bertanya. Kesian anak-anak aku.
Aku kuat, aku tak harap apa-apa dah. Aku tak mampu buat apa pun. Lagipun bukan pertama kali aku kena palau.
Biar Allah tunjuk satu hari nanti. Aku nak mak berhenti jaja cerita tak baik antara anak-anak.
Aku nak hidup dalam persekitaran positif. Aku nak anak-anak duduk dalam persekitaran positif.
Itu je intention dan niat aku.
Korang doakan aku. Biar hubungan aku semuanya bertambah baik.
– Yu Li (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sis, akk pun pernah dgr cerita jenis lebih kurang mcm ni, jenis dpt ibu yang lebih kurang mcm mak sis ni. Memang kwn akk tu pun tertekan, lagi la mak dia duduk sekali dgn dia. Suami kwn akk tu lagi la xdisukai oleh mak kwn akk ni. Memang kwn akk ni akk tgk dia kdg2 stress, & penah satu hr tu, akk terdengar perbualan (hp) dia dgn mak dia, masa tu kwn akk tu pun nmpk stress. Akk pun terpikir, rupanya ada jenis mak mcm ni ye, berckap dgn anak kandung mcm anak tiri. Allahuakbar…. tp tula, kwn akk ni sangatlah bersabar dlm melayan karenah mak dia. Alhamdulillah, thn lepas dia bgtau akk, dia gembira sangat.. sbb mak dia dh berubah sangat. antara amalan kwn akk ini ialah dia selalu bgn tahajud, mengadu pd Allah. bygkan dia telah hadap mak dia berperangai cmtu sejak dia kahwin, smpai skang umur 50.. akhirnya mak dia berubah. MasyaAllah…. berkat sabar & sentiasa mendoakan maknya itu, Allah jentik hati maknya utk berubah. Alhamdulillah…
Saya ada seorang adik sama seperti confessor. Selalu acah suci, tersakiti, rasa teraniaya, dan dialah yang paling baik atas muka bumi. Tapi hakikatnya, kebanyakan kesilapan dan masalah dicipta oleh dia sendiri, sentiasa berfikiran buruk sangka, memutar belitkan fakta dan negatif. Setiap kali balik ke rumah ibu, ada sahaja yang tidak kena dan sepanjang masa mencari gaduh dan menjerit seperti orang gila sampai lupa status seorang ibu itu patut dihormati. Kemuncak kegilaan adik aku ni telah menyebabkan keluar dari mulut seorang ibu sambil mengalir air mata, dia tidak halalkan semua. Kerana itulah hidup adik aku tidak tenang sampai hari ini.
Dia turut menuduh ibu memburukkan arwah ayah, makcik, datuk dan nenek kami. Hakikatnya, aku sebagai yang sulung lebih tahu semua cerita yang berlaku bagaimana datuk, nenek dan makcik melayan kami sebelum dan lagi teruk setelah arwah ayah meninggal. Dia hanya berumur 9 tahun pada masa itu tetapi acah seperti dia tahu semuanya. Apa yang adik aku tahu, setelah kesemua mereka insaf lantas memuji mereka. Kami semua tidak mengungkit perkara ini kerana mereka telah insaf sebelum dipanggil Illahi dan telah berbaik dengan ibu. Tapi adik aku sentiasa melebih seolah makcik dia adalah malaikat.
Demi Allah, tidak pernah sesekali ibu memburukkan arwah ayah. Selama hidup dia, ibu berbakti sepenuh hati. Semasa ayah di ICU, ibu yg dijangkiti chicken pox dan sedang mengandung 5 bulan, tidur di lantai simen koridor hospital kerana tidak mahu meninggalkan ayah sehingga hari terakhir arwah ayah menghembuskan nafas. Perempuan sebegini yang adik aku fitnah kata memburukkan arwah ayah.
Selama ini pon ibu sudah cukup balik menyediakan makan minum setiap kali adik sekeluarga balik. Belum lagi, ration lain yang ibu beli berbakul2 untuk anak2 adik. Tu pon masih mengamuk tak berhenti kata ibu layan suami dan anaknya dengan buruk. Sekiranya begitu..belajarlah pulang ke rumah mertua. Setiap kali pulang, nak tidor semalaman di rumah mertua pon payah.
Kami pon sudah jelik dengan perangai adik. Kenduri yang bakal diadakan pon sudah dia ketahui. Tiba2 mengamuk ibu tak jemput. Perlukah ibu menjemput anak2 sendiri untuk majlis di rumah sendiri? Nak kena bentang carpet merah baru nak pulang? Sebagai anak, adik yang sepatutnya telefon dan bertanya..bukan ibu yang perlu menjemput hantar kad bagai. Akhir zaman, banyak anak yang menjadi tuan.
Tapi cukup setakat ini..banyak lagi yang boleh saya jawab tuduhan adik tetapi tak perlu saya teruskan kerana martabat kami tidak serendah adik. Dengan confession adik yang memburukkan ahli keluarga termasuk suami sendiri menggunakan pelbagai nama, saya mohon berhenti menulis sebelum satu dunia tahu siapakah confessor.
Saya ada seorang adik sama seperti confessor. Selalu acah suci, tersakiti, rasa teraniaya, dan dialah yang paling baik atas muka bumi. Tapi hakikatnya, kebanyakan kesilapan dan masalah dicipta oleh dia sendiri, sentiasa berfikiran buruk sangka, memutar belitkan fakta dan negatif. Setiap kali balik ke rumah ibu, ada sahaja yang tidak kena dan sepanjang masa mencari gaduh dan menjerit seperti orang gila sampai lupa status seorang ibu itu patut dihormati. Kemuncak kegilaan adik aku ni telah menyebabkan keluar dari mulut seorang ibu sambil mengalir air mata, dia tidak halalkan semua. Kerana itulah hidup adik aku tidak tenang sampai hari ini.
Dia turut menuduh ibu memburukkan arwah ayah, makcik, datuk dan nenek kami. Hakikatnya, saya sebagai yang sulung lebih tahu semua cerita yang berlaku bagaimana datuk, nenek dan makcik melayan kami sebelum dan lagi teruk setelah arwah ayah meninggal. Dia hanya berumur 9 tahun pada masa itu tetapi acah seperti dia tahu semuanya. Apa yang adik aku tahu, setelah kesemua mereka insaf lantas memuji mereka. Kami semua tidak mengungkit perkara ini kerana mereka telah insaf sebelum dipanggil Illahi dan telah berbaik dengan ibu. Tapi adik aku sentiasa melebih seolah makcik dia adalah malaikat.
Demi Allah, tidak pernah sesekali ibu memburukkan arwah ayah. Selama hidup dia, ibu berbakti sepenuh hati. Semasa ayah di ICU, ibu yg dijangkiti chicken pox dan sedang mengandung 5 bulan, tidur di lantai simen koridor hospital kerana tidak mahu meninggalkan ayah sehingga hari terakhir arwah ayah menghembuskan nafas. Perempuan sebegini yang adik aku fitnah kata memburukkan arwah ayah.
Selama ini pon ibu sudah cukup balik menyediakan makan minum setiap kali adik sekeluarga balik. Belum lagi, ration lain yang ibu beli berbakul2 untuk anak2 adik. Tu pon masih mengamuk tak berhenti kata ibu layan suami dan anaknya dengan buruk.
Tidak pernah sama sekali ibu menghalau adik, cuma dia katakan..sekiranya layanan dia tidak cukup baik dan sempurna, pulanglah ke rumah mertua. Setiap kali pulang, nak tidor semalaman di rumah mertua pon payah. Belajarlah pulang ke rumah mertua. Bukan jauh hanya dua traffic lights.
Kami pon sudah jelik dengan perangai adik. Kenduri yang bakal diadakan pon sudah dia ketahui. Tiba2 mengamuk ibu tak jemput. Perlukah ibu menjemput anak2 sendiri untuk majlis di rumah sendiri? Nak kena bentang carpet merah baru nak pulang? Sebagai anak, adik yang sepatutnya telefon dan bertanya..bukan ibu yang perlu menjemput hantar kad bagai. Akhir zaman, banyak anak yang menjadi tuan.
Tapi cukup setakat ini..banyak lagi yang boleh saya jawab tuduhan adik tetapi tak perlu saya teruskan kerana martabat kami tidak serendah adik. Saya menulis kerana tidak tahan Dengan sikap adik dan komen netizen yang memburukkan ibu sedangkan mereka tidak tahu keadaan sebenar. Every stories have two side of coins. Dengan confession adik yang memburukkan ahli keluarga termasuk suami sendiri menggunakan pelbagai nama, saya mohon berhenti menulis sebelum satu dunia tahu siapakah confessor.
Saya ada seorang adik sama seperti confessor. Selalu acah suci, tersakiti, rasa teraniaya, dan dialah yang paling baik atas muka bumi. Tapi hakikatnya, kebanyakan kesilapan dan masalah dicipta oleh dia sendiri, sentiasa berfikiran buruk sangka, memutar belitkan fakta dan negatif. Setiap kali balik ke rumah ibu, ada sahaja yang tidak kena dan sepanjang masa mencari gaduh dan menjerit seperti orang gila sampai lupa status seorang ibu itu patut dihormati. Kemuncak kegilaan adik aku ni telah menyebabkan keluar dari mulut seorang ibu sambil mengalir air mata, dia tidak halalkan semua. Kerana itulah hidup adik aku tidak tenang sampai hari ini.
Dia turut menuduh ibu memburukkan arwah ayah, makcik, datuk dan nenek kami. Hakikatnya, saya sebagai yang sulung lebih tahu semua cerita yang berlaku bagaimana datuk, nenek dan makcik melayan kami sebelum dan lagi teruk setelah arwah ayah meninggal. Dia hanya berumur 9 tahun pada masa itu tetapi acah seperti dia tahu semuanya. Apa yang adik aku tahu, setelah kesemua mereka insaf lantas memuji mereka. Kami semua tidak mengungkit perkara ini kerana mereka telah insaf sebelum dipanggil Illahi dan telah berbaik dengan ibu. Tapi adik aku sentiasa melebih seolah makcik dia adalah malaikat.
Demi Allah, tidak pernah sesekali ibu memburukkan arwah ayah. Selama hidup dia, ibu berbakti sepenuh hati. Semasa ayah di ICU, ibu yg dijangkiti chicken pox dan sedang mengandung 5 bulan, tidur di lantai simen koridor hospital kerana tidak mahu meninggalkan ayah sehingga hari terakhir arwah ayah menghembuskan nafas. Perempuan sebegini yang adik aku fitnah kata memburukkan arwah ayah.
Selama ini pon ibu sudah cukup baik menyediakan makan minum setiap kali adik sekeluarga balik. Belum lagi, ration lain yang ibu beli berbakul2 untuk anak2 adik. Tu pon masih mengamuk tak berhenti kata ibu layan suami dan anaknya dengan buruk.