Assalamulaikum semua. Kalau confession ni disiarkan, alhamdulillah.
Perkenalkan, aku seorang perempuan, berumur 34 tahun. Aku terpanggil untuk menulis hari ini sebab terbaca berita pasal kemalangan yang meragut nyawa suami isteri lalu meninggalkan 3 orang anak2 yang masih kecil. Kejadian di keratong, rompin.
Anak2 yang ditinggal, berumur 6 tahun, 4 tahun dan 2 tahun. Umurnya sama macam anak2 aku masa kehilangan mama dan ayah 10 tahun lepas. Sambil menaip, sambil menangis. Al-fatihah untuk arwah abang dan kakak ipar.
Sekali lagi, hati aku rasa terpukul, menangis mengenang nasib anak2 yang ditinggalkan tu. Aku tak tau macam mana nak gambarkan perasaan ni. Aku tak tau macam mana dorang nak hadapi hari2 dorang tanpa ibu dan bapa lagi.
Rutin harian yang takkan pernah sama macam sebelum2 nya. Aku sebak. Aku harap anak2 itu akan dijaga oleh orang yang baik2. Semoga anak2 itu tak lalui apa yang anak abang dan kakak ipar aku lalui waktu umur2 mereka.
Setiap kali aku terbaca kes kemalangan yang macam ni, mesti aku akan terimbau kenangan 10 tahun lepas. Kenangan yang akan aku bawak sampai mati. Kenangan dimana aku menjadi manusia paling bodoh sebodoh bodohnya.
Episod hidup aku berubah 360 darjah. Dari seorang graduan yang baru je habis ijazah, bujang kepada status “mak dan bapak” pada umur 24 tahun. Kehilangan satu satunya abang kandung menjadikan aku satu satunya anak tunggal.
Aku dipaksa menjaga 2 orang anak arwah abang yang berumur 3 tahun dan 2 tahun waktu itu. Tapi, disebabkan sifat aku yang masih tak matang, masih bertatih nak membina kehidupan, aku tolak anak2 itu kepada keluarga belah arwah kakak ipar.
Mak dan ayah aku pun terpaksa melepaskan cucu2. Awalnya mak dan ayah aku tak rela, sebab anak2 pun dah biasa hidup dengan kami dari lahir.
Arwah abang dan kakak ipar memang stay berdekatan dengan rumah kami. Tapi, atas sebab keluarga belah sana pun berjanji bulan dan bintang. Kami pun percaya dorang akan bagi kehidupan yang baik. Aku pun perlu fokus cari kerja, dan stabilkan kewangan waktu tu.
2 tahun berlalu yang aku takkan maafkan diri aku sampai mati. 2 tahun bukan waktu yang singkat ya. Disebabkan kebodohan idea aku untuk bagi anak2 pada dorang, aku lepaskan anak2, disebabkan kebodohkan aku percayakan dorang, aku biarkan anak2 lalui 2 TAHUN penderitaan. 2 TAHUN yang cukup lama untuk aku gambarkan.
2 TAHUN anak2 didera. Fizikal. Dan mental. Remuknya hati aku tengok anak2 buat pertama kalinya, selepas 2 TAHUN aku tinggalkan, muka2 orang yang pukul, cubit, tampar, dan rotan anak2 yang waktu tu cuma umur 2 dan 3 tahun. Aku akan bawak sampai akhirat. Aku akan minta Allah perhitungkan semua nanti.
Aku tak tahu kenapa tergamaknya korang pukul anak2 sekecil itu. Yatim piatu, Dan lebih menyedihkan, darah daging sendiri pulak tu! Aku biarkan korang lepas didunia, sebab aku tahu Allah ada. Setiap titis air mata yang mengalir, akan aku tuntut diakhirat sana.
Kisah 10 tahun yang takkan terpadam walaupun beribu tahun yang akan datang. Mama akan perjuangkan anak2 mama sampai akhir hayat. Memang Allah tak kirimkan mama jodoh didunia, mungkin Allah jodohkan mama dengan anak2. Jodohkan mama dengan orang tua. Mama akan bahagiakan syurga mama.
Abang, anak2 abang dah besar. Dorang dah pandai cantik2 lebih cantik dari adik tau. Si adik baru je lepas upsr. Doakan keputusan baik2 je. In shaa Allah. Kalau abang masih ada, abang mesti bangga. Adik abang yang manja dulu ni, dah jadi adik yang paling berjiwa kental. Tak lagi cengeng mengharapkan abang.
Abang dengan kakak tenanglah. Semoga Allah pertemukan kita disyurga.
Kepada Aryan, Areesh, dan Arfan, mama doakan kehidupan awak. Semoga ada sinar yang baru untuk awak adik beradik. Semoga Allah kirimkan orang yang baik2. Semoga menjadi anak2 yang soleh dunia akhirat. Hugs and kisses.
Kepada bakal penjaga, semoga anak2 itu akan menjadi asbab awak masuk ke syurga. Semoga doa anak itu menjadi penerang kehidupan awak dan keluarga. Jagalah amanah Allah itu sebaik mungkin. Saya mendoakan awak dilapangkan dada menerima mereka seadanya.
– Mama muda (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit