Assalamualaikum wbt semua pembaca. Terima kasih admin kerana approved kisah yeop.saya tak perasan kisah yeop tergantung kerana hati saya semakin sebak saat berkongsi kisah yeop dengan semua..maafkan saya…
Sambungannya
Pada hari ke3 ,kakak ipar dan emaknya pulang semula ke putrajaya dengan hampa kerana tak dpt hp yeop dan kunci kereta yeop….malam itu selesai majlis tahlil untuk yeop.suasana rumah sunyi sepi.
Keesokan harinya semua kembali kepada rutin biasa..sebelum pulang saya sempat meminta kepada kakak sulung untuk membantu selesaikan segala hutang2 yeop yg masih tertunggak dan selesaikan juga haji utk arwah yeop…dan saya titipkan kad amanah raya utk membantu urusan pembahagian harta arwah kepada waris yg berhak.saya tatap wajah abah yg masih terkejut utk terima berita anak sulungnya telah pergi…wajah itu nampak kosong…sekosong otak saya utk menerima berita yg yeop telah tiada.saya masih cuba utk terima yg yeop telah meninggal dunia.
selama 2 minggu dirumah mak abah, mak sebut yeop selalu merungut sikap isterinya..suka berbelanja dengan boros, tak pernah masak utk yeop,selalu beli makanan diluar,hidup mcm orang kaya…abah nasihatkan yeop supaya bersabar.berikan waktu..tapi yeop tetap mengomel…mak abah turut berkongsi kisah saat mereka ziarah yeop di ijn…malam itu mak abah tidur di rumah kakak ipar, sampai pagar rumah,mak cakap ada serang lelaki naik motor bersama ibunya marah2 kakak ipar ..mereka mendakwa kakak ipar janji nak nikah dengan dia..tapi kakak ipar nikah dengan orang lain..lelaki itu mendakwa rumah besar dua tingkat tu,hasil dari duit dia termasuk lampu…mak abah terkedu..mak call adik yg kerja polis utk bantu..datang polis peronda utk leraikan kekecohan itu..mak abah ingat org tu tersilap org…jadi mak abah tak fikir apa2 yg pelik..selepas keluar ijn,yeop diberi notis berhenti kerja kerana sudah 4 bulan cuti sakit.company yeop bagi gaji 4 bulan sebagai pampasan.yeop dihantar ke rumah mak abah selepas itu.dirumah abah, yeop dibawa berubat darul syifa .time tu yeop sempat berkelah dengan keluarga..berbaqeu..masa tu semua adik beradik ada, hanya saya dan seorang adik tiada kerana saya ada kursus seminggu dan adik yg bertugas sebagai polis ..masa dapat khabar mereka berbaqeu,jeleslah jugak…
Dan hari terakhir hidup yeop, abah kata yeop lebih senyap..malam itu yeop masuk ke bilik tidur adik bongsu kami…memandangkan kami semua sudah berumahtangga melainkan yg bongsu…hari itu hari ahad, adik bongsu ku pulang dari cameron highland kerana bertugas disana..dia sampai pukul 4 pagi dari tanah rata..masa adik aku masuk ke bilik dia pelik kenapa yeop tidur tak tutup lampu..adik dah maklumkan,yeop jangan tunggu adik, tidur dulu sebab takut adik lewat sampai…dan yeop tidur tak pasang aircond dan kipas..jadi adikku nak on aircond .masa tu dia lihat dada yeop tidak berombak..adik pegang kaki yeop…sejukk…adik kejut yeop..tapi yeop senyap…adik terus jerit panggil mak abah..dan jasad yeop ditahan oleh hospital utk bedah siasat kerana ketika ditemui,yeop tiada kad pengenalan dan utk mencari punca kematian.yeop disahkan meninggal mengejut dalam tidur.
Adik aku yg bertugas sebagai polis di petaling jaya terus ke hospital utk tengok kes yeop..alhamdulillah ayah mentua adikku juga polis tapi telah pencen membantu mempercepatkan proses tuntutan mayat kerana ayah mentua adik selalu handle kes2 bedah siasat, jasad yeop dibenarkan pulang dan siap dimandikan dan dikafankan utk pulang ke rumah awal sebelum zohor.biasanya postmortem mengambil masa sehari. Tapi urusan yeop dipermudahkan oleh Allah.
Walaupun yeop jarang pulang ke rumah abah..waktu raya yeop mesti datang jumpa abah…jika yeop ada tugas di perak, yeop akan singgah ziarah abah…yeop seorang lelaki yg tidak suka bercerita masalahnya…seorang yg mandiri…mungkin kerana sejak kecil telah dipisahkan dari ayahnya gara2 adik beradik abah tak suka isteri pertama abah sehingga bercerai…abah nikah baru tapi mak yeop tak pernah bernikah sehingga makcik kami meninggal dunia kerana kanser payu dara.masa itu yeop dah umur 20-an.masa kami kecik ,waktu cuti sekolah, abah akan bawa yeop ke rumah kami..mula2 pelik jugak,siapa ni…aah
dan mak maklumkan ini abang sulung kami.satu ayah lain mak..kami ok dan kakak sulung paling teruja sebab dapat tahu dia ada abanh…bila yeop datang ke rumah kami yeop akan bawak kami ke padang, bermain dan bergembira di dalam hujan..sungguh masih ku ingat kenangan wajah itu ..pendiam dan mahal senyuman…jika yeop senyum, hensem dan manis…
Bila dah meningkat dewasa yeop jarang balik kerana sibuk bertugas.yeop akan ziarah kami bila time raya..raya adalah hari pling bahahia kerana waktu itu kami akan bertemu setelah sekian lama tidak bersua..ketika itu yeop bertugas di rawang..
Kini genap 4 tahun yeop tinggalkan kami…kembali kepada Yang Maha Pencipta..perginya yeop dengan wajah yg manis tersenyum dan berpeluh…aku yakin yeop tergolong dalam org yg teraniaya…moga Allah ganjari yeop dengan syurga tertinggi…amin ya Allah
Adikmu yg telah redha dengan takdir Allah yg tertulis
Kakyang
– Adik
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit