You Are Beautiful

Assalammualaikum. Aku Mia. Hari ni aku nak cerita kisah aku yang memang mengalami masalah kulit sejak kecil.

Aku harap admin dapat siarkan kisah aku ini supaya menjadi pengajaran, pedoman dan dapat menguatkan semangat orang yang mengalami masalah yang sama macam aku.

Aku dilahirkan dengan kulit agak gelap berbanding adik beradik aku yang lain. Aku je yang paling gelap, dulu aku rasa sedih tapi sekarang aku okay je, aku sayang kulit aku.

Dari kecil kulit aku memang jenis yang tak licin, kaki tangan semua berkudis. Orang lain elok je balik kampung tak kena gigit nyamuk pun, tapi aku habis kaki tangan muka semua. Garu ke tak garu ke tetap berparut. Sampai sekarang, aku pun tak tahu dah nak buat apa huhu.

Menginjak dewasa, waktu usia 17 tahun, dah mula ada ruam ruam kecil dekat pipi aku, ku sangkakan ruam rupanya jerawat.

Dan dia jadi semakin teruk waktu aku usia 18 tahun. Dia jadi bernanah, timbul jerawat besar besar dekat pipi. Macam2 produk aku cuba, aku tak ada pakai local produk, paling2 pun cuma drugstore.

Waktu tu, memang self esteem, self confidence, segala self semua jatuh merudum. Lagi lagi bila orang sekeliling suka tegur tegur kulit aku. Walaupun aku dah banyak kali cakap jangan tegur.

Aku ingat lagi waktu ni abang saudara aku datang rumah, lepastu aku baru turun tangga, lepas tu mak aku cakap kuat kuat, kenapa makin teruk muka kau ni? (Nada yang pada aku bukan concern, tapi lebih kepada mempersoalkan).

Adik aku pun selalu tanya kenapa makin teruk, tak pakai itu ke tak pakai ini ke. Tengok aku pakai produk murah je pun kulit flawless. Kau pakai produk mahal, macam macam produk pun tak flawless aku tengok. (Allah je tahu betapa sedihnya aku waktu tu).

Orang asyik promote dekat aku produk itu ini, suruh aku tonyoh limau nipis, guna serbuk kayu manis, you name it, apa je cara aku tak guna. Makin merah kulit aku adalah.

Cut the story short, kulit aku sekarang makin okay, cuma tinggal scars, and ada juga gatal gatal and tiba tiba timbul jerawat, aku pun tak tahu apa masalah dia, sebab mask atau apa. Ada je kawan kerja tegur, awak tak pakai apa apa ke dekat muka awak.

Hmm, Allah sahaja yang tahu berapa banyak duit aku dah habis untuk skincare, untuk jumpa Dr. Semua cara aku dah guna, tapi Allah masih belum izin aku untuk sembuh, apa yang aku boleh buat? Aku usaha, bukan aku tak usaha.

Aku cerita dengan mak aku, pasal kawan kerja tegur muka aku, aku cakap aku tak suka orang tegur pasal muka aku, sebab itu insecurities aku. Menangis nangis aku cerita, tapi end up mak aku juga yang buat benda yang sama.

Beberapa minggu lepas, ada kenduri family, lepas tu waktu tengah duduk ramai ramai ni, ada kucing ni datang main dekat aku, dia cium cium aku manja dengan aku. Tiba tiba mak aku cakap, ha baguslah kucing tu cium kau, biar bersih sikit muka tu.

Waktu tu ada saudara mara aku yang lain dekat situ, semua gelakkan aku.Aku diam je, aku tak cakap apa apa. Aku tahan diri aku dari menjawab, sebab aku tak nak mak aku malu, aku tak nak sakitkan hati dia. Aku buat macam tak ada apa berlaku.

Tak lama lepas tu aku terus naik bilik cerita dekat kakak aku (She is the only one yang dari dulu sampai sekarang tak pernah tegur muka aku, bila aku cerita dia selalu bagi semangat kat aku).

Aku sedihlah, padahal mak aku tahu aku tak suka orang cakap apa apa pasal kulit aku, mak aku tahu aku tengah usaha, mak aku tahu aku memang rendah keyakinan bila orang tegur pasal muka aku, dia lebih tahu dari orang lain perasaan aku.

Tapi end up, dia sendiri yang cakap macam tu. Mungkin pada orang lain, ala relaxlah, gurau je kot. Relaxlah benda kecil ke apa ke. Pada aku, tak lawak langsung bila kau jadikan kekurangan orang lain sebagai bahan cakap atau bahan lawak.

Tak perlu tegur, tak perlu suggest apa apa produk, sampailah kami yang macam ini sendiri yang tanya suggestions. Jangan tanya kenapa, apa, macam mana pada kami, kami sendiri tak tahu kenapa muka kami tak flawless macam orang lain.

Mungkin akan ada yang muka tak flawless juga tapi claim diri sendiri okay je, tak ada pun nak sentap lebih macam aku. Macam ni, mungkin orang sekeliling kita berbeza, keadaan diri kita berbeza, segalanya berbeza untuk diri kita.

Aku cuma ada diri aku je yang hari hari pujuk diri sendiri, semuanya akan baik, Allah tahu aku mampu, Allah ada dengan aku dan ada hikmah di sebalik semua ini. Banyak lagi kisah2 yang aku tak cerita, sebab aku tak nak ingat benda benda yang menyedihkan aku.

Aku cuma minta orang untuk lebih sensitif, lebih empati kepada orang lain, dan lebih hormat pada orang lain. Raikan perbezaan dan perasaan setiap dari kita.

Flawless ke tak flawless ke, hitam ke putih ke, gemuk ke kurus ke, tak kisahlah apa pun ciri ciri fizikal kita, di sisi Dia, kita semua sama, yang membezakan hanya taqwa…

Doakan aku sembuh dari segala penyakit yang terlihat atau tak terlihat, aku doakan juga yang mengalami keadaan sama dengan aku, moga Allah permudahkan kalian, diberi kesembuhan dan kekuatan yang kalian perlukan.

Moga kita semua dipertemukan dengan jodoh dan orang sekeliling yang supportive, yang terima diri kita seadanya dan dalam apa jua keadaan sekalipun.

Untuk yang berkenaan, yang tak pernah rasa apa aku rasa, aku yakin setiap orang akan ada insecurities masing2, tak kira lah benda kecil atau besar, banyak2 berfikir sebelum kita bercakap. Kadang2 niat kita mungkin nak bergurau, tapi terguris hati orang lain tanpa kita sedar.

Kalau tak ada benda baik nak cakap, kita diam sahaja. Kadang2 orang ni luaran kita nampak dia okay, nampak senyum je, tapi dalam hati Allah je tahu. Hati hati dalam bicara kita terutamanya dan dalam setiap perbuatan kita.

One last thing, percayalah cakap aku, kalau kita bergantung harap pada manusia, memang kita akan kecewa. Memang ramuannya begitu, tak kira lah orang paling rapat, paling sayang atau sebagainya.

Hanya Allah sahaja sebaik2 tempat untuk mengadu, untuk bergantung harap, yang Maha Memahami, Maha Menyembuhkan, Maha Membantu..

Moga dengan ujian ini kita sama sama akan lebih kuat dan lebih dekat denganNya… Aamiin…

Thank you.

– Mia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *