You Are Bloody Selfish

Assalamualaikum and hai saya Anja. Anda semua ingat lagi tak kisah “Isteri Kedua Yang Bahagia” (https://iiumc.com/isteri-kedua-yang-bahagia/).

Saya nak tahulah juga Puan Lavender adakah anda bahagia sekarang dengan madu anda????

Saya sebenarnya dah lama nak luahkan tentang sikap anda but saya diam je sahaja dulu sebab saya tidak ingin menambah dosa saya.

First, I nak tulis dan mengucapkan Tahniah dan syabas kepada isteri pertama kerana anda sangat hebat kerana telah menerima anak-anak isteri kedua dan Puan Lavender (aka Puan Rafflesia) yang busuk dan ego ini menjadi madu.

Sekarang ini ramai kata berpoligami itu halal. Yes, I agree. But, why suami bercinta dengan wanita tersebut dan bermesej baru nak berkahwin and berpoligami.

Sedangkan anda bercinta 6 tahun dengan suami orang. Adakah anda rasa Malaikat Atid tidak mencatat amalan kejahatan anda berdua bercinta dibelakangkan isteri dia selama 6 tahun.

Apabila saya membaca luahan Puan Rafflesia saya saya rasa geram kerana anda mencerita kisah tentang anda yang di mana banyak sangat rintangan untuk berkahwin dengan suami anda.

Anda memang sangat hebat sampai bersanding di kedua-kedua belah pengantin. Itu menunjukkan anda sangat-sangat kejam dan tinggi diri kerana impian anda tercapai juga.

Jangan sesekali menyalahkan takdir. Adakah Allah SWT menyuruh hamba-hambanya bercouple dengan suami orang itulah jodoh isteri kedua. Tidak.

Bagi saya orang yang baik jodohnya dengan yang baik orang yang jahat berjodoh dengan yang jahat.

Contohnya, macam Puan Rafflesialah yang konon nampak baik and educated rupanya kejam dan bercinta dengan suami orang selama 6 tahun.

Jadi jodoh itu sesuailah dengan pilihan Puan kerana sikap anda dengan suami anda bercinta sembunyi dari diketahui isteri dia.

Anda and suami anda sangat-sangat selfish kerana apabila anda berdua sibuk bekerja why tidak mengambil anak anda di tadika. Tapikan masa anda bercinta itu sesibuk apa pun mesti anda berjumpakan.

Kelakar suruh isteri pertama amik anak di tadika sebab anda berdua sibuk. Puan ada kaki dan tangan whylah suruh isteri pertama amik.

Kesian kaki dan tangan tak ada untuk mengambil anak kot.

Sebagai seorang ibu jangan sesekali menyuruh orang lain menggalas tugas anda kepada isteri pertama.

Hal ini kerana anda tidak pandai membahagikan masa kerja dan amik anak-anak. Macam itu je kau suruh isteri pertama amik anak engkau.

Kedua, nak mendapatkan pengiktirafan menjadi isteri kedua dan nak hak macam isteri pertama. Saya rasa memang boleh mendapat hak macam tu.

But, why kau kawin bersanding di kedua-kedua belah pihak meriah. Macam tu ke kau sampai nak hak isteri pertama.

Buat kedua-dua belah pengantin perkahwinan besar-besaran dan meriah. Memang selfish dua2 orang macam ini.

Puan boleh kata saya rasa berkahwin bukan dengan suami orang. Kejam sungguh sikap anda. Hak-hak nafkah itu semua pentinglah kan but jangan lah sampai nak mencerita dalam ini kisah perkahwinan kau.

Anda berkata yang suami anda bergaji tinggi.Itu bermakna anda rasa dia mampulah untuk menampung dua keluarga.

But, suami anda tidak mampu untuk menyembuh luka isteri pertama. Ingat apabila isteri pertama itu redha and ikhlas. Dia dah lama menegur anda.

But, apabila anda menulis confesor ini. I think isteri pertama boleh tahu sikap anda macam mana.

Lebih baik jauhkan diri sebab apabila dia rapat dengan anda mungkin anda rasa kemenangan milik anda. Kalau saya memang tak nak dah berkenalan dan bercakap dengan anda.

Ego sungguh sikap anda. Saya tak nak menulis mencaci or memaki sebab saya langsung tiada kaitan dalam kes ini but cara anda menulis kita boleh tahu anda seorang ego dan tinggi diri.

Apabila orang educated mereka akan mencapai cita-cita mereka hingga tercapai walaupun mengkhianati orang lain.

Bercinta 6 tahun baru nak kahwin ingatkan nak tambah dosa lagi. Rasanya itulah takdir anda apabila isteri pertama tidak akan menerima anda selama-lamanya.

Ketiga, anda pergi ke rumah isteri pertama apabila ada suami. Nampak sangat anda seorang pengecut. Kalau saya pon tidak ingin melayan tetamu yang bukan saya jemput.

Kalau suami anda jemput anda itu tugas dia melayan anda sebab dia menjemput anda ke rumah bukan isteri pertama.

Jadi isteri pertama itu nampak sangat memang tidak akan menyukai anda sampai bila-bila. Jadi jangan sesekali mendekatkan diri dengan orang yang tidak menyukai kita.

Kita juga perlu menjauhi diri dengan orang yang ego tinggi dan penipu. Especially, mendekatkan diri dengan suami orang dan bercinta 6 tahun dari diketahui isteri.

Keempat, suami engkau kata, “ini jalan kita and takdir kita. Siapa kita untuk menidakkan takdir Tuhan”.

Sebagai manusia yang waras yes tu jalan yang anda pilih but bukan takdir Tuhan jangan sesekali melibatkan Allah SWT yang engkau bercinta dengan suami engkau selama 6 tahun.

Itu nafsu dan iblis yang masuk campur. Engkau kena ingat tau setiap berbuat yang kita buat akan berbalik kepada keluarga kita.

Contohlah, tiba-tiba engkau punya kakak kena madu engkau nak kata apa ‘Sabarlah ini takdir daripada Allah SWT”.

Last but not least, engkau kata nak bershopping dengan madu dan berkawan baik. I think memang lambat or memang tidak akan terjadi.

Hal ini kerana anda kan educated kena lah tahu punca keretakan hati isteri pertama dari siapa???

Takkanlah dia nak dekatkan diri dengan manusia yang menghancurkan hati dan menyebabkan suaminya sembunyikan perempuan simpanan selama 6 tahun dan memilih untuk berkahwin dengan dia. Sampai berjaya permohonan untuk berpoligami sehingga kedua kali.

Nabi Muhammad SAW boleh memaafkan pembunuh yang membunuh bapa saudaranya Hamzah. But, dengan bersyarat jangan sesekali lalu or berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW.

Jadi di sini kita boleh tahu akan menimbul perasaan dendam dan sedih sekiranya kita melihat orang yang menghancurkan hati perasaan kita sendiri.

Jangan memaksa orang untuk menerima kita dan mendekatkan diri dengan orang yang pernah sakiti hati kita. Hal ini kerana sakit hati lebih parah dari penyakit yang lain.

Akhir sekali, saya mengucapkan “Tahniah” kepada semua masyarakat yang berpoligami secara adil but jangan lah sesekali bercinta dengan scandal anda terlalu lama kerana amalan dosa tetap akan berjalan dengan seperti biasa. Amalan baik juga tetap berjalan seperti biasa.

Kepada isteri kedua nasihatlah suami untuk adil dengan isteri pertama. Ini ada kes sampai suami balik rumah isteri pertama 2 minggu sekali itu je.

Lepastu duduk dengan suami rumah baru.Isteri pertama dan anak2 isteri pertama duduk rumah sewa. Lepastu si isteri kedua sedih apa salah dia sampai kakak madu panggil dia wanita jalang dan penyondol. Hmmm..

Saya tidak ingin berkata kasar sebab hal ini akan berbalik pada kita suatu hari nanti. But, ada juga kes isteri pertama suruh suami berkahwin dengan kawan dia sebab tidak boleh mengandung.

Jadi si isteri kedua ini mengandung lepastu gugur banyak kali. One day, isteri pertama mengandung dan bersalin berapa bulan lepas tu. After that, isteri pertama suruh suaminya becerai dengan isteri kedua.Hmmmmm..

Sebab itu saya tidak boleh berpihak sebelah sahaja but kena dengan kedua-dua belah pihak baru saya rasa adil.

Jadi lain kali kepada Puan jangan sesekali ego menebal, berlagak, meninggi diri dan rasa diri hebat sangat sebab satu hari nanti kifarah akan datang dengan berperingkat.

Sebab sikap anda begitu memang isteri pertama tidak akan menyukai anda sampai bila-bila.

Jangan lupa kirim salam saya dekat isteri pertama. Semoga isteri pertama lagi cantik dan sikap yang sangat berattitude dari diri anda sendiri.

Kepada isteri kedua anda kena hormat madu pertama anda. Sekiranya nak ambil hati mereka ajak lah berjalan2 or bermesej dengan dia.

Kalau kena block bagi lah bunga or makeup or ajak lah mereka pergi ke spa.

Kepada isteri pertama jangan terlalu lama bersedih sebab hidup ini perlu diteruskan. Anda layak untuk bahagiakan diri sendiri dan anak2 anda. Semoga hati anda kuat dan jangan lemah sayang.

Kepada suami jangan sesekali tidak adil kepada isteri kerana wanita perlu disayangi bukan disakiti.Kalau tidak adil adakah anda berani untuk menjawab semua soalan di hadapan Allah SWT???

– Anja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *