You Are What You Think

Salam semua,

Aku sokong confession sebelum ini yang ada tulis pasal ‘The power of positive thinking’

Dulu sejarah hidup aku, aku pernah jatuh dan aku boleh kategorikan aku gagal sejak aku sekolah menengah (kategori gagal dalam benchmark life aku sendiri tanpa di bandingkan dengan orang lain).

Aku UPSR bermula dengan cemerlang aku dapat 5A, dan kemudian aku dapat offer masuk SBP. Maka di zaman sekolah menengah inilah bagi aku episod kegagalan aku ni bermula (yang mana aku assume aku kategori gagal ikut definisi aku sendiri). Bermula dengan form 1 result aku masa periksa agak bagus juga, tapi malangnya start form 2 slowly aku jatuh dan jatuh dan akhirnya aku selalu dapat top ten LOWEST rank di SBP tersebut (malu, tapi aku tak tahu aku memang banyak main dan aku letih sekolah asrama dan atas2 sebab lain lagi, aku tak boleh catch up). Kemudian PMR aku dapat result biasa2 je tak segempak orang lain yang straight A’s (Sikit je A nye dan mujur takde C). Kemudian sekali lagi SPM aku dapat sikit je A. Bayangkan aku sekolah SBP tapi result aku macam sekolah biasa. Aku ade fikir nak berhenti lepas PMR tapi ade halangan jadi teruskan lagi dengan harapan boleh tebus masa SPM tapi rupanya tak!. Aku sedih, Malu.. Malu dan maluuu. Aku dah hampakan mak ayah aku terutamanya. Aku kecewa dengan diri aku. Kawan aku sekolah rendah yang tak masuk Sekolah berasrama penuh pun (sekolah harian biasa) pun ade dapat lagi gempak result dari aku. Aku memang malu sangat. Dan confidence aku pun entah mana hala, aku moral aku DOWN, DOWN, dan TERUS DOWN. Aku nangis setiap malam lepas dalam SPM tu. Aku menyesal, sebab aku tak skor. Aku belajar main2. Kawan kawan aku yang lain dapat offer pergi oversea pergi belajar dekat Korea, dekat London , UK, JEPUN, matriks, asasi, dapat perubatan, dapat course gempak2. Ni fasa paling down dalam hidup aku.

Kemudian, dengan berbekalkan SPM yang tak seberapa tu (bagi aku) syukur aku dapat juga tawaran kos di sebuah U ni dengan buat Diploma dan seterusnya buat Degree walaupun kos aku tu biasa sangat. Jauh nak dibandingkan dengan kawan kawan aku yang lain yang dapat peluang pergi luar negara berbekalkan SPM diorang yang gempak tu. (Aku cukup trauma dengan SPM sampai sekarang sangat terkesan dalam hidup aku)

Ok sambung..

Slowly, aku build balik aku punya confidence di U tersebut. Aku observe, aku banyak buat observation. Aku observe budak budak lain yang confidence level tinggi, yang background diorang bukan asalnya 5A pun masa UPSR macam aku, tapi aku tanya SPM diorang berapa diorang lagi bagus dan lagi aku kagum mereka sekolah harian biasa je tak macam aku (tak kesah la mereka bukan aliran sains macam aku tapi basic nya diorang tak perlu masuk sekolah bertaraf tinggi pun tapi diorang dapat result lagi bagus dari aku, aku menyesal sebab aku main main masa sekolah menengah aku sepatutnya tak berada kat sini mungkin aku kat luar negara tapi sesal pun takde guna dan aku cuba move on dan lupakan kisah lalu).

Aku kagum! Ye aku kagum. Kerana mereka ni datang dari macam macam background. Ade yang dari kampung, sekolah harian biasa, sekolah teknik, anak orang biasa biasa, tak pergi tuisyen, dan macam2 lagi aku fikirkan tentang background diorang. Boleh kata Dekat U selama 5 tahun (Diploma and degree) tulah aku belajar buka minda, aku lapangkan dada, aku train otak aku fikir positive.

Aku observe aku ambil yang positive dari diorang ni. Dan aku ada juga rasa tercabar yang ‘eh diorang boleh takkan aku tak boleh’. Aku dah pernah sekolah dengan budak budak genius yang tak yah study pun boleh score. Tak kan la macam ni aku tak boleh challenge. Kalau Diorang boleh, aku lagi boleh (aku selalu asak minda aku camni). I can do better, i can be better than them.

So dari situ aku start cuba ubah mindset. Walaupun dalam masa yang sama aku tengah berperang dengan perasaan aku sendiri, aku rasa masa depan aku gelap! Aku rasa aku seorang yang tak de masa depan, aku rasa aku tak de kerja bila grad, aku rasa aku akan hampakan mak ayah aku, aku rasa macam macam kegelapan lagi! Lagipula bila buka fb tengok gambar kawan sekolah yang study kat luar negara upload gambar main salji, pergi jalan2 bila cuti sem dekat luar negara (sbb mereka sedang belajar kat sana), pakai baju doc, study engineering, notes yang penuh dengan formula physics. Aku rasa down bile aku tengok apa yang aku ada pada waktu tu.

Tapi Aku cuba lawan perasaan tu, aku cuba untuk jadi positive, aku cuba nak tebus balik kekalahan aku masa sekolah menengah and tak sangka dekat u aku berjaya merasa dapat dean list (satu sem je merasaEdit tapi syukur Alhamdulillah merasa gak). Aku doa, doa dan berdoa minta pada Allah yang aku nak merasa sedikit kejayaan aku tak nak gagal lagi. Aku nak tebus Kekecewaan yang aku dah buat dekat family aku. Jadi, lepas habis Degree aku decide untuk sambung Master atas dorongan ibu bapa juga yang tak pernah berhenti sokong aku. Dan alhamdulillah aku layak sambung Master.

Bermula episode hidup sebagai pelajar Master. Aku bina lagi keyakinan diri aku, aku topup semaksimum mungkin. Part yang mana aku rasa takut, yang mana aku rasa tak yakin boleh ke aku buat aku akan fikir senior aku boleh lepas, takkan aku tak boleh lepas. Aku terus melangkah hari demi hari. Dengan azam aku nak tebus kekalahan aku masa sekolah menengah. Akhirnya aku berjaya tebus, aku dapat buat Master dalam masa satu tahun. Syukur akhirnya aku berjaya grad dengan Master. Aku dah berjaya tebus satu kekalahan. Yang mana kawan kawan aku masa SBP tu pun belum ada master (mereka tak tahu pun aku ada master, tapi ni ukuran yang buat antara hidup aku dan diri aku. Battle antara hidup aku dan diri aku).

Aku rasa puas.

Kemudian, fasa mendebarkan seterusnya adalah fasa mencari kerja. Setiap hari aku berdoa dan doa agar aku di beri peluang kerjaya yang baik dengan gaji yang baik. Aku percaya yang Allah tu yang paling berkuasa hanya pada dia lah yang layak aku minta nak tentukan hala tuju hidup aku. Aku kerap solat dhuha masa tunggu kerja di rumah dan tak putus doa. Dan percayalah ALLAH itu maha mendengar, maha mengasihani. Percayalah kita takkan kalah (gagal) selamanya yang penting jangan putus USAHA untuk menaikkan hidup dan diri kau sendiri dan jangan putus harapa dengan Allah.

Alhamdulillah, aku dapat kerja beberapa minggu selepas aku grad dengan starting gaji yang agak baik pada masa itu dalam tahun 2013. Dengan kos yang ‘biasa2’ dimana, pasaran juga beri gaji ‘biasa2’ pada fresh grad kos aku ni (berdasarkan observation dan pengalaman senior atas aku) dan Alhamdulillah (tak sangka) aku dapat starting gaji ‘luar biasa’ dan aku dapat kerja berhampiran kawasan rumah family. Aku dapat duduk dengan family. Aku bersyukur sangat! Aku rasa happy!

Percayalah Allah bagi banyak bende best lepas kita train mindset positive ni!

Dan sekarang aku dah hampir 4 tahun bekerja dan aku dah berjaya masuk company yang lagi besar dengan gaji yang lebih besar seperti yang aku impikan and tak sangka aku boleh dapat apa yang aku fikirkan (Boleh kata aku antara beberapa orang yang dapat gaji agak tinggi compared to the 120 ex student lagi dalam batch aku) Alhamdulillah at the end dapat juga aku gaji lebih kurang sama macam kawan kawan aku yang cemerlang masa SPM dulu walaupun laluan aku tak sama macam diorang. Confident level aku makin hari makin tinggi dan aku semakin hari semakin suka dengan cara pemikiran positif ni.

Sungguh benar kata pepatah ‘You are what you think’

Dan yang paling penting jangan pernah berputus asa. Usaha! Usaha! Usaha untuk jadi yang lebih baik. Gagal sekali tak bermakna kau akan gagal selamanya! To the readers Jangan pernah sekali berputus asa. Saya doakan anda semua juga berjaya lawan minda negatif ni dan jangan tunduk dengan negativity dan semoga korang semua dapat apa yang korang impikan! Amin amin amin!

Don’t give up and don’t lose hope! Ok?! Janji?

Tulus ikhlas,
Saya yang pernah gagal.

*Confession ini Tiada niat langsung untuk riak, hanya untuk pembakar semangat pada mereka yang pernah gagal.

– Seorang yang pernah gagal

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit