You Do You!

Assalamualaikum & Hi. Nama aku Melur. Aku nak shares aku punya story on how to increase and boost your confidence level and how it will attract you to good friends, spouse, and surroundings.

Aku dulu masa kecik2, sangat2 la low confidences. Aku tak pandai, comot and kurus sangat macam mak pak tak bagi makan. Padahal, mak pak kerja and berduit, makan apa semua boleh dapat lah insyaAllah.

Tapi tula, masih lagi comot. Kalau orang cakap comot macam potato, aku ni potato benyek tu. Haha.

Fast forward to sekolah menengah, aku masih lagi comot. This time package kulit gelap gila. Yela, masa time ni la, semua senior recruit nak masuk kawad kaki la, sports games la. Aku pakat tibai semua activity sekolah tu.

Aku ni kira athletic jugak la. Cumanya, athlet lain, comel saja time sekolah, aku dari time sekolah bawak ke hari turun padang, comot ya amat. Haha.

Aku paling yakin, masa atas padang. Sebab aku tau, time tu aku all out main sports/kawad .

Bila masuk class, aku rasa macam dinding. Tak da orang perasan kewujudan aku, and aku sangat la kurang kawan. Aku memamg social awkward sikit. Haha.

Masa aku sekolah dulu, dah famous saja semua product2 kecantikan ni ha. Ada saja mai sekolah pakai bedak, lip balm color2 , eye liner semua. Haha. Tapi kulit aku sangat gelap, sampai aku tak berani nak pakai bedak ke apa ka.

Nak beli product2 kecantikan ni, mak aku tak tau sangat. Sebab dia memamg kulit cantik, putih. Adik2 aku pun tak da la samalah kulit sangat. Aku paling down, masa jerawat mencanak naik. Ya Allah. Stress nya aku masa tu.

Standard la masuk sekolah menengah dah ada perasaan suka senior tu, suka budak class ni. Aku pun ada saja suka senior2 ni. Tapi duk diam2 jela. Tengok dari jauh saja, sebab segan weh. Sedar diri tak cantik. Haha.

Selalu tengok kawan2 aku dapat message nak kenal la, nak ajak lepak la. Haha. Comel saja kalau ingat.

Anddd, fast forward to zaman university. Ini turning point aku. Aku masuk university without kawan2 sekolah aku. Which mean, tempat aku belajar ni, tak da alumni dari sekolah.

Cuma diri aku sorang. A day before masuk U, aku dah manifest diri aku, tak cantik takpa, janji ada confidence. Tegur jela kawan2 tu, cakap saja macam biasa. Kau pandai, masuk U, pandai main sports, you got this girl!

Aku ingat, aku slow2, buang segan malu, tak cantik aku tu jauh2. Belajar2, pakai shawl, dari bawal. Tengok youtube make up, belajar pakai eye liner dulu, lepastu slow2, belajar pakai foundation etc.

Mind you, masa ni kulit aku masih gelap ya. Masih dalam process recovering.

Aku tengok youtube belajar tentang produk kecantikan kulit, banyak produk2 korea la.

Belajar dapat duit belanja, simpan sikit, aim nk beli 1 produk kulit 1 bulan. Haha. Pakai jimat2 weh, sebab mahal punya pasal. Mahal la bagi aku time balajar dulu.

Student life, hectic tapi aku sangat happy. Baru aku tahu, kalau rajin tegur orang and senyum ni ramai orang senang. Haha. Ramai saja mai tolong kalau aku susah ke apa ya. Alhamdulillah.

Aku pun selalu saja offer kawan2 aku notes ke, printing material ke, apa2 yang aku blh tolong. Aku active dalam activity U and aku selalu kedepan masa presentations.

Weh, presentations ni, kau buat tebal muka ja and cakap saja. Salah ke betul ke, tak pe. Masa ni la kau belajar.

Time dekat U ni la, aku ad crush, dekat member sendiri. Tapi aku diam jela sorang2. tak da nya nak bagitau, eh aku suka kau. Haha.

Masuk zaman kerja, aku cuba untuk increase kan lagi confidence level aku dengan involve banyak task and settle kan kerja2 yang boss bagi dengan sedaya dan sebagus & semampu aku.

Aku mengaku, dalam zaman kerja ni, ramai gila orang cantik2 yang pakai shawl belit, kasut tinggi and contact lens. Aku masih belajar nak adapt dunia ni pula.

Baru2 kerja ni, macam2 godaan. Godaan makan tu masyaAllah. Haha. Tapi aku masih dalam recovery phase aku. Sihatkan kulit dan belajar sebanyak mungkin dalam company aku baru masuk ni. Memang aku kerja kaw2 punya and kejar KPI sebaik mungkin.

Dalam aku sibuk2 dengan kerja, ada kawan lama aku contact aku balik. Ajak dinner. Aku ni sangat la segan dengan orang lelaki, sebab aku kan ada trauma lama yang aku rasa aku tak cantik.

Jumpa dia lepak, makan and after a few meetings tu, dia ajak aku kahwin. Out of no where wehh.

Well, sekarang aku dah selamat kahwin dah. 1st thing aku tanya, apa yang buat dia ajak aku kahwin, dia cakap, personality aku.

Dia cakap, aku ni takda la cantik pun, keluar jumpa dia pun pakai biasa2, kadang2 bedak muka pun tak pakai.

Tapi, dia suka bila berborak dengan aku, dia suka bila aku boleh tolerate dengan perangai dia and kami communicate and click well together gitu.

Aku selalu fikir dulu, yang aku ni bakal kahwin lewat, sebab, aku tak cantek, aku masih ada masalah kulit, walaupun kulit dh cerah sikit. Aku independence yang sampai orang sekeliling aku cakap, tak da orang nak kahwin dengan aku nanti. Orang laki takot. Haha.

Allahu.

So aku nak highlight kan dekat sini, bukan cantik sahaja yang boleh attract orang2 baik kepada kita. Ikhlas & baik tu memamg la tak nampak, tapi Allah tahu. Allah yang menjaga hati and hamba Nya.

Tengok balik dalam hidup aku, alhamdulillah, Allah ni maha baik jaga aku, jumpa kan dengan orang yang baik2 dan sentiasa menjaga and menghormati aku.

Biasa la usik2, nakal dari makcik pakcik or kawan2, pasal kulit kita ke, pasal badan kita or pasal jodoh kita. Diam kan dan senyum jela. Mana tau, dalam hati diaorang duk doa yang baik2 untuk kita.

Kepada mereka yang struggle nak survive dalam dunia sekarang yang bagi aku, masyaAllah, ramai nya orang cantik ni, you do you girl! Keep the spirit, your own spirit, your own color. The right person saja, yang akan nampak your truly color.

Kalau you nak berkawan dengan orang A, tapi tak dapat, sebab, Allah tahu, orang A tu bukan baik untuk you. You ada kawan dari B-Z sis. So tak payah la pening kepala. Haha.

Aku harap, cerita ni, dapat disiarkan kepada semua and dapat bagi semangat sikit kepada semua. Suami aku ni boleh dikatakan good looking jugak la. Rezeki dapat. Tapi tula, lama2, nanti hilang dah rupa tu.

Janji, hati dia masih sama. Gituhh.

Haha.

– Melur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *