Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Masa arwah ayah masih ada boleh dikatakan semua adik-beradik aku agak berdisiplin. Malangnya setelah ayah meninggal, masing-masing macam hilang arah. Mak sendiri pun nampak struggle nak uruskan 5 orang anak sendirian.
Mak cakap dalam ramai-ramai anak dia, aku la yang paling serupa dengan ayah. Ayah ni jenis pembersih dan hardworking. Mak aku pulak is a gardening and laid back person. Cuma bila ayah dah takde, rumah tu jadi tak terurus. Disebabkan aku anak bongsu dan siblings yang lain semua tengah belajar di universiti, aku la yang took over kerja rumah tapi aku okey sebab mak aku kerja jurutera. Bila balik rumah, dia mostly penat dan nak rehat.
Kemudian tiba masa untuk aku tinggalkan rumah sebab aku dapat biasiswa untuk sambung belajar kat luar negara. Sebenarnya aku berat hati nak tinggalkan mak tapi mak berkeras suruh pergi jugak. Mak pernah beritahu yang dia kena pencen umur 60 otherwise dia tak cukup duit nak tanggung keluarga ni. Sedih aku dengar. Lagi membuak-buak semangat aku nak senangkan mak di kemudian hari.
Memang aku gunakan peluang belajar di tempat orang sepenuhnya. Aku buat double majors dan satu minor. Ketika rakan-rakan aku melancong sana-sini, aku sibuk kerja part-time dari pagi ke malam. Sepanjang 4 tahun tidak pernah sekali pun aku pulang ziarah mak. Instead aku kirim duit untuk mak belanja.
Lepas dah lunyai berhempas-pulas nak graduate first-class, aku pun tinggalkan Boston bersama kenangannya. Majoriti kawan aku tanya, tak menyesal ke tak travel? Aku jawab tak sebab somehow aku dapat rasa yang one day aku akan ke sini lagi. Setibanya di rumah, aku mengucap panjang. Dari luar, rumah aku nampak usang dengan lalang yang sama tinggi dengan pagar.
Bahagian dalam pulak terdapat banyak barang terbiar yang ditinggalkan married siblings. Baju mak aku sendiri tergantung hampir di setiap tingkap mengakibatkan rumah tu jadi gelap. Memandangkan aku tak boleh hidup dalam keadaan sepah dan berdebu maka aku pun buat keputusan untuk ceriakan balik rumah ni dan sediakan keadaan yang kondusif untuk mak.
Aku mula dengan sedekahkan or recycle baju yang tak terpakai. Barang yang rosak dan buruk, aku buang guna khidmat lori sewa. Mak jenis yang sentimental dan sayangkan harta. Memang susah nak convince dia untuk let go all those broken items tapi aku pujuk sampai dia setuju. Once dah selesai lupuskan apa yang patut, aku start mengecat pulak. From dinding to siling to tingkap dan pintu. Then aku tambah pulak perabot baru di samping susun balik perabot lama supaya ruang nampak lebih luas.
Semua tu aku guna duit sendiri sebab mak selalu kena stand by in case siblings aku yang lain short on money. Dah siap kerjakan bahagian dalam, aku fokus pada laman pulak. Aku cangkul all those lalang dan rumput liar. Dengan bantuan mak, aku planned a simple but nice landscape. Pasu pokok bunga dan segala makhluk yang mak aku tanam, aku susun balik biar nampak tersusun dan cantik. Aku excited gila when eventually aku dapat cat bahagian luar rumah pulak.
Along the way aku uruskan jugak kucing-kucing yang ada kat rumah sehingga yang cekeding dan sakit jadi sihat dan bulat. They seriously look like walking fishballs yang berbulu. Semua kerja ni took me 6 months untuk disiapkan. Mak ada jugak tolong here and there tapi aku tak paksa. Lagipun mak dah tua. Aku couldn’t be happier bila mak dapat enjoy solat dalam bilik yang harum, di atas sejadah yang empuk menggunakan kain sembahyang yang digosok. Mak aku kata ada aku seorang je dah macam ada 10 orang anak. Aku gelakkan je.
Tak penat ke buat semua ni? Of course la penat. Aku pun human. Cuma sebelum aku start buat semua tu, aku dah rancang elok-elok the budget, the timeframe apa semua. Kalau aku penat, aku tak terus berhenti. Aku rehat dan buat apa yang aku suka. Paling penting, from the beginning lagi aku dah ikhlaskan hati despite apa yang jadi nanti. Apa yang aku buat ni is between me and Allah. Hopefully Dia terima semua effort aku untuk bahagiakan mak.
Cukup 6 bulan aku jadi YM (yang menganggur), aku pun apply la kerja. Pergi job interview sana-sini. Rezeki memihak kepada aku kerana aku lulus kesemua temuduga. Tinggal pilih sahaja nak kerja yang mana. So aku end up kerja dengan Puan N di syarikat swasta. Puan N ni single lagi. Sangat cerewet tapi lawa orangnya. Majoriti umat yang kerja kat situ tak suka Puan N tapi aku boleh clicked dengan dia sebab aku faham her enthusiasm bila masuk bab kerja.
Mungkin aku dah terbiasa berdikari dan uruskan hal sendiri menyebabkan kerja di syarikat tu jadi sangat mudah. Puan N perlu beritahu je apa yang dia nak dan aku usually provide melebihi expectation dia. Perkara ni membuatkan aku dapat naik pangkat in no time. Pernah aku luah kat mak, adakah semua ni istidraj? Sebab rasa macam perjalanan hidup aku terlalu mudah. Mak aku ketawa. Dia cakap apa yang mudahnya? Sesetengah orang berkira nak berbakti pada mak ayah tapi aku berikan semampu yang boleh.
Over the years aku jadi rapat dengan Puan N. Dia gemar bawak aku ke mana sahaja dia pergi. Kalau aku perhati betul-betul, Puan N ni baik je orangnya. Cuma sedikit tegas. Biasa la nak jadi ketua mana boleh lembik nanti kena pijak. Dan aku perasan jugak ke mana sahaja Puan N pergi mesti ada seorang lelaki kacak ni. Bila ditanya siapa tu, Puan N dengan selamba bagitahu yang lelaki tu anak ikan dia. Abang aku memang dah warning perihal dunia korporat ni tapi tak sangka yang benda tu akan muncul depan mata.
Bila dah selesa berbual dan bergelak ketawa, Puan N tanya whether aku dah ada somebody atau tak. Aku geleng walaupun usia aku dah 26 tahun. Dia kata kalau nak berkenalan dengan lelaki bujang yang decent bagitau la. Aku jokingly replied sekarang pun boleh. Tak sangka pulak yang Puan N took it seriously. Sebulan kemudian, hari Sabtu, Puan N called tanya rumah kat mana? Lepas dah beritahu the exact location, aku tanya la kenapa? Puan N cakap dia dan lelaki yang interested nak kenal aku tu hendak ke rumah.
Aku dah berdebar macam apa. Sekarang ke? Aku tanya lagi. Puan N cakap mungkin lepas Asar. Mak aku pun beria la masak pelbagai lauk untuk jamu tetamu sebab nak kasi good first impression tentang keluarga ni. Aku pun layankan je. Then Puan N called lagi cakap dah sampai depan rumah. Aku pun keluar la kat pintu sebab nak jemput mereka masuk. Aku senyum kat Puan N then at her anak ikan then at … seorang pakcik tua baya mak aku. Terus aku bantai gelak.
Dalam kepala aku, Puan N ni biar betik. Ni nak jodohkan aku ke mak aku? Bila anak ikan Puan N tu masuk ke ruang tamu, dia cakap sedapnya bau. Mak aku yang tak tahu apa-apa tu terus jemput mereka makan. First time seumur hidup, tomyam kaw yang mak aku masak rasa tawar. Aku sibuk fikir macam mana nak reject pakcik ni tanpa lukakan hati dia?
Tiba-tiba pakcik tu tanya, rumah ni baru siap ke? Mak aku cakap tak, dah 15 tahun duduk sini. Pakcik tu tanya lagi, baru siap renovate? Berapa kena bayar upah? Mak aku senyum sambil cakap free. Kemudian dia duk cerita pasal aku yang sakit pinggang sebab lama sangat diri untuk cat rumah. Lepas tu jari-jemari takleh genggam sebab lenguh.
Pakcik tu pandang aku dengan riak tak percaya. Sebab aku pendek, 155cm. Siling rumah tu pulak tinggi. Pakcik tu pun cerita la yang dia kerja as pemaju rumah dan dia kagum dengan hasil kerja aku sebab the end result nampak kemas. Aku diam je. Tiba-tiba anak ikan Puan N tu mencelah. Dia cakap I can design pretty houses, so can we go out? Aku pandang Puan N, risau kalau dia marah. Perlahan je aku cakap tak boleh, you kan dah ada Puan N. Semua orang kat situ nampak confused dengan statement aku.
Tiba-tiba lagi Puan N gelak kuat gila. Dia cakap, Hilya, ini adik I la not my anak ikan sambil tepuk lengan ‘anak ikan’ dia tu. Habis tu you ingat siapa yang nak berkenalan dengan you sekarang? tanya si anak ikan. Aku pun sengih sambil tunjuk ke arah pakcik tu. Habis satu meja tu gelak termasuk aku. Selama 2 tahun aku kerja dengan Puan N, mati-mati aku ingat that guy memang betul-betul anak ikan dia. Puan N ni jenis yang kalau dia cakap apa pun memang orang akan percaya sebab dia pandai yakinkan orang. Plus she’s a serious-looking type.
And yes, pakcik tu bapak Puan N dan perkenalkan Fathi. Yang aku pelik, mereka bertiga takde iras. Langsung. Pakcik tu explained la yang dia kahwin twice but both failed. Dia serik dah nak kahwin. 11 months later, aku selamat jadi isteri Fathi. Sehari selepas majlis, Fathi cakap dia ada surprise untuk aku tapi sebelum tu dia kena jenguk rumah client dulu. Katanya esok owner nak pindah masuk. Aku pun ikut la dia pergi tengok banglo dua tingkat. Sebelum ni pun aku ada jugak teman dia buat site visit dan kongsi idea atau pendapat yang tak seberapa.
Cuma banglo yang dia tunjuk tu, decoration dia sangat kena dengan taste aku. Tak serabut sangat dan banyak nude colors. Aku tak suka rumput dan laman banglo tu dihias dengan artificial turf, pebbles. Sedang aku sibuk tilik perabot, Fathi cakap I did my best to make the owner suka banglo ni. You suka tak? Aku angguk la dan cakap for me banglo ni dah nice. If the owner is someone simple dan appreciate ruang yang luas, mesti dia pun akan suka. Fathi pun cakap dengan beria, welcome home!
Tell me, aku yang clueless ke anak-beranak si Fathi ni memang pandai menipu? Tapi aku tetap gelak dan felt so grateful sebab aku sekarang dah ada rumah where I can build my own family. Meski aku kahwin dengan orang berada, aku tetap jadi diri sendiri, work hard dan bantu mak macam biasa. Awal-awal lagi aku volunteer nak jaga mak dan Fathi pun restu. Bagi dia mak bukan jenis yang banyak kerenah.
Fathi dengan aku memang serasi. Dia bukan lelaki kaya tipikal yang ditayang kat drama tv3. Most kerja rumah dia yang buat kalau sempat sebab aku sibuk dengan anak-anak. Being a dad, dia memang ajar anak-anak untuk rajin tolong aku. Boy ke girl ke, everyone is equal in this house. Mak aku pulak boleh tumpu sepenuhnya pada ibadah. Puan N still tak kahwin dan anak-anak aku panggil dia mama. Dia kini menetap dengan bapa mentua. Sampai ke sudah aku panggil dia Puan N.
Rumah mak yang dulu kini dihuni oleh kakak dan keluarganya yang kurang bernasib baik. Some might say buat penat je renovate rumah tu, in the end mak tak duduk situ pun. Aku takde sekelumit rasa menyesal pun sebab kakak banyak tolong babysit anak-anak aku. Itu pun merupakan satu nikmat yang besar. Sepanjang aku hidup, terasa Allah banyak makbulkan doa aku. Namun aku sedar, ini semua hanya sementara dan aku tak impikan apa-apa kecuali dapat bersama dengan keluarga aku di syurga-Nya.
Semua orang diuji dengan perkara yang berbeza. Selain kena pastikan kami tidak hanyut dalam kesenangan, aku dan Fathi turut diduga dengan keguguran bayi di dalam kandungan sebanyak 3x berturut-turut sehingga aku hampir putus asa untuk mempunyai anak. Fathi pujuk supaya tetap bersangka baik dengan Allah dan kesudahannya aku dikurniakan 3 babies serentak. Terus Fathi serik nak tambah anak.
Dear beautiful souls, please do not lose hope and continue fighting to win your battle. I know you’ve given your best and trust me, only the best will come back to you.
– Hilya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit