You Will Be Mine

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Thank you IIUM Confession kalau siarkan cerita aku. Nama aku Iskandar (KALAU BAGITAHU NAMA BETUL NANTI ORANG SENANG DETECT). Kat sini aku nak bercerita tentang kisah aku dengan seseorang yang aku cintai dan sayangi walaupun dulunya berlainan agama, aku seorang pensyarah di salah sebuah IPTS di Borneo.

Aku nak minta maaf if cerita aku membosankan yer, jika tertypo tu maapkan lah yer. So aku tak tau nak mulakan macam mana tapi aku nak confess yang aku jatuh cinta dengan student aku sendiri. Jarak umur memang ketara sangat, sebab aku waktu tu umur 28, student aku 21.

Dari 1.8K keseluruhan pelajar ntah mcm mana aku boleh tertarik dengan student yang sorang nie. Aku nama kan dia as JLO (nama samaran juga gabungan nama dia dan nma ayah dia) JLO nie student yang bagi aku menepati taste aku, tapi aku tak pernah mengajar dia. JLO nie budak dip, aku mengajar budak Degree, so memang takkan jumpa tapi we know each other from I’m a staff and dia adalah student. Mksd nya knl dr muka jer lah dan nama.

So cerita dia bermula when malam new year aku buat UBER dalam jam 9.30 aku gerak dari rumah, dari rumah tu aku dapat satu rq form customer dari JOGJA, terima kasih pak kerana setelah menghantar bapak saya sudah menemukan orang yang saya ingin kenal dengan lebih dekat (Hope uncle tu baca confess nie). Aku hantar uncle tu tak jauh dari asrama student2 aku ddk, so dalam arti kata lain adakah ini di namakan jodoh sebab penumpang seterusnya adalah JLO?? Heee..

Ok, sambung balik,waktu dalam kereta JLO dengan kwn dia sorang tu nak beli brg untuk sambut new year, sebab makanan tak cukup and so on then aku tanya waktu jalan p balik nanti nak rq grab lain ke atau nak aku tggu, so dia orang decided srh aku tggu, sementara tggu tu aku masok kat MC D sebab nak terkucil kan.. Hbis 3 batang rokok dia orang datang pergi ke kereta aku balik.

“Ok sir, kami sudah.” Kata JLO menyuruh aku jalan.

Aku perasan yang dia orang ni ada beli (air bintang) dlm botol, so aku buat salamber jer Asalkan dia orang focus dengan study sudah. Aku tak nak judge orang lebih sebab aku pun before nie pun nakal. Itu nanti aku ceritakan kan ruangan lain ok??

Waktu on d way balik tu memang kita orang berbual mcm seorang guru yang cuba untuk memahami isi hati sebagai student, dan aku tak percaya yang JLO nie ddk kat depan sebelah aku weyyy, kau bayangkan kau pensyarah crush dekat student kau dan student kau tu berlainan agama. Kalau aku cerita kat kwn aku, memang dia orang cakap aku pelik and ayat yang selalu keluar,

“Can’t brain lah bodo, banyak lagi kot lecture cantek kat tmpt kau mengajar, student nie juga kau terpikat”.

Tapi aku abaikan sebab bagi aku jodoh, ajal maut semua ketentuan Yang Maha Esa, Sambung lagi, after drop dia orang kat asrama aku ada tanya kat dia orang if nak guna grab boleh jer contact aku, tapi asalkan bukan ari isnin sampai jumaat, kalau malam boleh tapi aku tmbh lagi if g club or bar aku memang tak ambik (Nasib baik aku dh bertahun tak pergi situ kalau tak). HAHAHA.

Waktu tu jam 2 pagi, aku tengah rilek jap. Rezeki malam tu memang kaw2, alhamdulilah betol. Then aku view kat status ws aku. Aku tengok JLO nie still bangun, and aku assume yang dia dah mabok tapi tak, TAK WEYYY. Aku cuba ajak dia have a some coffee (WALAUPUN AKU MEMANG X MNM COFFEE) kat kedai yang bukak lah waktu tu and waktu aku ambik dia, macam nak jatuh iman aku tengok, tapi as a lecture kau kena control diri kau.

Sampai kat kedai tu, aku tanyalah part yang aku rasa sensitive kot.

“JLO, kamu tadi dengan kawan kamu beli air bintang kan??”

“Yeah sir, their all still drink at outside. Why you asking sir?”

Kau speaking pulakkkk, aku nie even jumpa kat lua still formal sebab tu jodoh lambat lagi nak datanggg. Maybe lah. HAHAHA.

“Nope, I just courios that kamu beli then kamu tidak mahu join kawan2 kamu. Malah kamu nak lepak dengan saya kat sini.”

“Sorry sir, saya tidak mnm kerana saya memang tidak pandai mnm. Bukan tidak pernah mnm tapi if saya mnm memang saya akan auto 50/50 so better jangan mnm.” Pelik juga student aku nie, tak mnm ke atau fake depan aku??

“Lagipula minum tidak bagus untuk kesihatan, mcm sir lah yang sedang merokok sekarang.” Kan dah kena setepek, haha. Padan muka aku, belum sempat aku balas dengan ayat deep aku, aku pula yang kena kan.

“Seriyesly??? Saya fikir kamu mnm dengan ur friends td. By d way, saya nak tanya kat awak why awak nak kua ngan saya malam ni ek?? Dah larut malam sangat nie, saya tak pe sbb memang kalau malam cuti saya akan balik lewat malam sikit.”

“Kenapa saya nak keluar dengan sir?? Sebab sir adalah lecture kat tempat saya study, sy pun tak tkt waktu sir minta no hp saya so I’m not that type women yg akan scared if da apa sebab I know who are you sir”

“Oh I see, ok. Saya sekarang paham, so kamu nak mnm apa??” Memang padan dengan aku, tapi atleast aku gentle lah kan, cakap direct nak bawa keluar.

Dan itulah permulaan cerita bagi kami berdua, cerita yang di olah oleh kami sendiri walapun berlainan agama dan pegangan dan lakonan yang di jayakan adalah melalui adegan kehidupan masyarakat sekeliling. Setelah lama aku mengenali JLO, aku mula sedar bahawa berlainan agama bukan bermaksud sesorang itu tidak layak menegur kita walapun kita memang perlu di tegur.

Since aku rapat dengan JLO, aku dah jarang buat UBER masa waktu hujung mggu kerna aku akan keluar dengan JLO mcm biasa and ahad masa aku memang ssh untuk orang kacau sebab aku gila main bola. Tournament apa je memang aku ngan pasukan aku join. Jangan tanya why JLO tak pernah ikot aku waktu aku main bola. HAHAHA

Ambik dia kat asrama is adalah rutin mingguan bagi aku since aku knl dia, then jalan2 pusing satu town sebab JLO nie orang datang and dia bukan asal bandar yang aku ddk sekarang. Setiap perjalanan kami pasti akan ada coretan kenangan baru yang aku dan JLO buat.

Betullah kata orang, bila kita dah kenal sesorang yang kita suka like mcm kita sukakan crush kita kan. Kita akan buat sesuatu setiap hari untuk kita nak knl dengan lebih dalam lagi. JLO ni memang suara seakan artis, tapi bagi aku memang suara dia layak jadi penyanyi pun. Based on student degree yang aku ajar, JLO sama kampung dengan student aku dari daerah K _ _ _ _, student aku bagitahu yang JLO tak nak menyanyi sebab family dia nak dia focus dengan pelajaran. Perghhh.

Dannnnn tak di nafikan, waktu aku dah mulai rapat dengan JLO and dah salu keluar bersama (still berahsia lagi tau dr smua pihak include my family) aku srh dia nyanyi and guest what, lagu yang aku pasang every morning waktu keja lagu itu yang JLO nyanyikan untuk aku. (SAMBUTLAH KASIH, LOVEHUNTERS). Sepanjang perjalanan aku dan JLO ke uptown memang aku terpesona dengan suara JLO. Sumpah weyy, kenangan dengan crush merangkap student aku memang awesome. Thanks ALLAH because You already create my stories more happiness. Hee

Ada satu peristiwa yang aku akan ingat sampai bila-bila, bagi aku peristiwa ini memang sungguh awesome untuk aku kenang sampai bila-bila. JLO nie waktu mula kenal and mula2 rapat salu gak kua klau aku free and sampai satu hari tu aku kua temankan dia COD barang then waktu tu jam 7.45 azan isyak berkumandang aku bagi tahu kat dia, diam please hormati azan. Biasalah kalau jadi lecture kadang-kadang akan jadi garang and dia diam terus sampai lagu maher zain kua dia still diam.

Bapak ah, memang marah betol JLO kat aku sampai tak nak bercakap terus, sampai aku yang bertanya kat dia “Awak, kenapa awak diam?? Hallo awakkk”. korang tahu tak apa dia cakap??

“ANANG GUAI BEJAKU ABG, NGANTI AZAN ABIS TUA BEJAKU?”

Waktu tu, memang 100 percent nak tergelak aku sebab mula2 dia tanya about my religion, kami berbual berbahagi pendapat DAN aku terlupa nak bagitahu part mana yang azan hbs, doa selepas azan and smua nya lah. Ini sampai lagu maher zain dia bantai diam jer. Maybe JLO ingat lagu Ins Sha ALLAH itu doa selepas azan kott, Heee. Sayang, sayanggg, awak ni kan. HAHAHAHAHAHAHAHA!

After peristiwa aku gelakkan dia sebab lagu Maher Zain, aku terkena balik which is aku nak bawa dia teman kan aku shopping cari kasut bola. Waktu dalam kereta kami berdua berbual tentang pelajaran nya yang JLO nak sambung Degree or stop after DIP, sedang aku syok bercakap dan explainkan dengan JLO suddenly dia berenti bertanya dan bercakap apabila terdengar berkumandang nya AZAN di radio and aku keep make noising sampai kena jeling kot.

You all know apa mksd jelingan dia? Aku terus terdiam seribu bahasa dan aku merasa berdosanya aku sewaktu tu, Ya ALLAH berdosa nya aku!! Tapi waktu aku kena tu, aku diam sebab bagi aku memang salah aku kot keep talking time azan. Padan muka! Hahaha.

JLO nie walaupun usia dia muda tapi fikiran dia matang, and she keep remind me about solat, jangan lupa doakan untuk family aku and aku rasa speechless sangat2 kot. Yang berlainan agama keep me to jaga solat sedangkan EX aku dulu tak pnh nak ingat kan aku dengan benda mcm nie. Bukan niat nak compare dengan EX aku tapi memang kenyataan nya kan. Aku doakan EX aku bahagia sebagaimana motosikal EX5 aku yang aku jual bahagia dengan owner baru.

Since aritu aku guide dia untuk kenal aku, kenal ISLAM lebih dalam, tapi before aku guide die, JLO nie memang dari mula2 aku start texting ws dengan dia, JLO nie lah yang akan always remind aku everything, sebelum aku tdo. Solat perkara utama yang salu dia mention untuk aku, doa sebelum tdo, bangun subuh and mcm2. Aku rasa selesa sangat bila dia remind aku always, Thanks sayangggg.

Aku lupa nak bagitahu kat korang, JLO nie orang kuat gereja, so every Sunday dia akan pergi gereja. Kadang aku hantar dia sorang kalau tak dia dengan kwn2 dia then aku lepak kat kedai makan, sambil tggu dia orang habis buat ibadah dia orang. Kalau ari jumaat tu, ada ari aku akan rasa malas sangat nak g solat jumaat walapun masjid tu memang tak jauh dari tempat aku mengajar.

Waktu nie lah si JLO nie akan SPAM aku sampai aku angkat and balas ws JLO. Thanks sayanggg, abg hargai awak betol2. Tapi as a muslim aku bukan kerana JLO aku nak solat smua, memang azali as Muslim kita wajib solat dan solat itu tiang agama.

Yang td bab solat belom lagi bab makan, pernah satu hari aku kena marah kaw2 sebab aku tak baca doa sebelum makan. Peristiwa ini berlaku aku lepas game bola aku g makan ngan JLO, waktu makanan dtg terus aku ngap, dengan aku skali kena ngap dengan teguran deep JLO ini. Since itu aku akan baca doa dan JLO akan baca doa cara dia, I’m happy with you sayangggg!!

Kalau korang cakap yang berlainan agama itu racist, penipu lah korang. Cuba kenal dulu sapa yang korang nak cakap. Aku ada kwn yang beragama CHRISTIAN, BUDDHA, HINDU & PAGAN, which that manusia yang membuat onar, AGAMA yang menjadi busuk. tapi aku respect dekat kwn-kwn aku sebab mereka memang menghormati agama ISLAM. Aku respect kat dia orang sebab kwn-kwn aku dah bagi banyak knowledge kat aku tau, tentang adat member-member akuu! Thanks apai because kau selalu ingat kat aku walaupun anak ko dah 4.

Now JLO dah bersama dengan aku, Alhamdulilah dengan segala rintangan yang aku lalui bersama dengan JLO now dia dah menjadi kekasih halal dunia akhirat buat aku. Terima kasih Ya ALLAH. Aku rasa sampai kat sini dulu lah aku bercerita dan menulis, kalau aku nak tulis semua better aku buat novel kan??

Jika dengan izin_Nya cerita aku disiarkan, after cerita ini aku akan ceritakan halangan dan dugaan dari keluarga aku dan keluarga JLO ketika kami nak bersatu, maaf yer nak g lunch dulu nie. Wife aku dah tggu kat office, nantikan sambungan cerita aku yang bertajuk GUEST, STUDENT ITU ISTERIKUUU! Cerita berkisar tentang bertambahnya umat Nabi Muhammad S.A.W.

Hope korang tak boring baca ek, tajuk dah ada, plot cerita aku dah siapkan cuma nanti aku sambung tulis if cerita nie di publish dengan admin dan dapat sambutan. Kalau tak dapat sambutan aku simpan bagi anak-anak aku baca. HAHAHA.

Thanks sayanggg sebab always ada dengan abg, nanti cuti sekolah kita balik kampung apai indai au?? Assalamulaikum semuaaaa!!

– ISKANDAR

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *