You’ll Never Work Alone

Assalamualaikum pembaca iium. Terima kasih admin sudi approve cerita aku ni. Maaflah kalau penulisan aku ni agak boring and cliché, aku tak pandai sangat nak mengarang ayat.

Cerita aku nih tentang perkara yg terjadi kat sepupu aku (Aisha) OK aku mulakan cerita. Aku dan Aisha nih sangat rapat sejak kecik lg, walaupun dia lebih muda dari aku,tp aku selesa lah nk cerita apa2 rahsia ngn dia. Dia pulak takde kakak, so apa2 rahsia dia pun cerita kat aku..termasuklah cerita ‘cinta’ dia.

“alaaa tak habis2 cerita cinta..”

Korang jgn nak judge cerita aku dulu eh. Kemain aku excited menaip ni,,sebab nk share perasaan aku yg bercambur baur ni. hmm

Sambung cerita. Aisha dan Asyraf ni dh lama kawan, dekat 7 tahun lebih dh. Biasala lah kan kenal sejak zaman sekolah lg, mula2 kawan biasa..then bercinta..ada gaduh2 sikit, lepastu sambung balik. Kemuncaknya bertunang jugak merpati dua sejoli nih. Masa tuh dua2 tgh study lg, Aisha last semester diploma, Asyraf pulak lg berapa sem nk habis degree. Haa orang kata dlm tempoh bertunang ni lah mcm2 dugaan akan datang.

Tak lama lepas bertunang tu, Asyraf accident kat tempat dia belajar. Agak teruk jugakla sebab dia injured kat kepala, lpstu koma beberapa hari. Masa tu pulak Aisha ni tgh final exam, so dia tak dapat la nak melawat tunang dia kt hospital. Korang tau tak dlm tempoh Asyraf koma tu tiap2 hari Aisha nangis call aku, risau katanya. Takut2 bila Asyraf dh sedar nnti dia lupa ingatan lah apa. Aku rasa nk hempuk je kepala dia masa tu. Elok2 sihat dia pulak yg hilang ingatan kang. Banyak fikir sangat.

Tapi Alhamdulillah takde apa jd. Lps Asyraf dh balik ke rumah dia barulah Aisha sempat nk melawat dia. Aku yg teman dia masa tu. Tak lama lps tu kan, adik Asyraf ada share something kat Aisha. Dia cakap masa abang dia kt hospital haritu, makcik2 dia semua marahkan Aisha. Sebabnya tak melawat tunang tgh sakit. Macam2 lah dorang buruk2kan Aisha ni depan Asyraf dan mak dia. Nasib baik mak dia tak termakan kata2 makcik dia. Asyraf dh jelaskan elok2 kt mak dia..and dia mmg marah la kat makcik2 dia. Sampai jd perang mulut lah jugak. Dia mmg tak penah cerita pun kt Aisha pasal ni, aku dan Aisha tahu semua cerita pun dari adik Asyraf. Maybe dia taknak keruhkan lg keadaan.

Aku ingatkan sampai situ je makcik2 dia buat perangai. Tp nampaknya mmg benci sangat dah makcik2 dia kt Aisha ni. Aku igt lagi hari raya puasa yg lepas, mak Asyraf ajak kitorang pergi open house rumah dia. Aku pun bagai orang lapar dihulur makanan, terus ON je lah. Rugi weii kalau tolak, dah la mak dia masak sedap. Hehe First time masuk rumah Asyraf, mmg terpegun jugak la aku. Tiga kali ganda besar dari umah aku agaknya. Tp tu bukan main pointnya. Aku mmg respect la kat mak dan adik beradik Asyraf ni. (ayah dia dh meninggal dua tahun lps). Walaupun orang senang tapi tak sombong langsung. Lain sangat dengan makcik2 dia tuh. Sakit pulak hati aku bila ingat balik.

So korang dah boleh agak kan kenapa makcik2 Asyraf tak suka kt Aisha. Aku ingat dlm drama je ada watak2 sampingan mcm ni. Sepanjang aku dan Aisha kt rumah tu, makcik2 dia tak habis2 duk sindir2, bg layanan sinis kat kitorang. Terbantut selera aku nk makan. Fikirkan duk rumah org je masa tu, kalau tak dah lama aku balas kata2 makcik2 dia tu. Silap2 boleh tarik2 tudung lg, apa dia ingat dia orang2 kaya boleh senang2 nk tindas2 kitorang. Kau lulusan luar negara pun tak guna kalau kesedaran sivik takde. Hah kan dh terpanjang aku taip. Geram sangat ni.

Ok part tu dah habis, ni pasal Asyraf dan Aisha pulak. Lama kelamaan hubungan dorang makin ‘panas’ jadinya. Dulu2 okey je. Tapi skrg ni tak boleh silap sikit, boleh gaduh besar jdnya. Dlm phone pun dah mcm nk berperang, tu belum jumpa lagi..bila dh jumpa lagi teruk. Sorang anak sulung, sorang bongsu..jd kadang2 nampak macam abg tgh layan adik dia yg kuat memberontak pun ada. Dahtu kalau gaduh dua2 mengadu kat aku.. sampai pening aku nk layan,lantak korang la nk bertumbuk ke apa. Aku ni bab nasihat org pandai, tp hakikatnya aku sendiri tak pernah bercinta. Buat2 tak nampak je la eh ayat tu. Ok bhaii.

Lps semua kejadian tu kan, Aisha selalu je sakit2 kepala yg teruk, smpai tak boleh nk tidur, takboleh nk makan, makan je muntah2. Sampai kena admitted ward sbb kurang air dlm bdn. Then hampir tiap2 malam la dpt mimpi buruk, bila bangun pagi ada lebam2 kt peha n badan dia. Bukan tu je, timbul gatal2 kt badan dia. Gatal2 yg mcm kena ulat bulu tu, bila garu dia jd makin besar tu. Apa org panggil, gegata eh? Sblm ni mmg dia pernah kena mcm ni, Tp ni lagi teruk, smpai dh nangis2 dia tak tahan. Lama kelamaan makin teruk jdnya.

Then, aku suggest kt family aku, suruh try perubatan alternatif. Mana tau ada sebab2 lain kn. Korang tahu tak, mmg betul la tekaan aku, si Aisha ni dh ‘terkena’. Ustaz tu cakap, dia dh biasa dh handle case mcm ni,org hantar kt dia ni sihir pemisah. Mula2 org tu hantar kt Asyraf jgk,nak suruh dia benci kt Aisha ni, tp tula Allah SWT nk lindung hamba dia kan, berkat si Asyraf ni jaga solat dia, termasuk solat sunat, dan selalu mengaji.. so sihir tu tak berkesan sangat kat dia. Sbb tu org tu hantar kt Aisha pulak. Biasa lah kan org perempuan ni kuat mcm mana pun, ada masa2 dia lemah jugak. Sbb tu senang benda tu nk masuk. Terkedu family aku dengar kata2 ustaz tu.

Walaupun family aku dah boleh agak siapa yg hantar tu, tp kami diamkan jelah. Taknak bukak aib sape2. Kita doa jelah supaya si pelaku tu insaf. FYI, sepatutnya kan Asyraf n Aisha nikah hujung bulan Januari ni, tp atas alasan yg hanya diorang dan Allah SWT sahaja yg tahu, diorang amik keputusan nk putuskan hubungan. Aku harap Aisha dan Asyraf kuat, sebab aku syg korang. Korang dh mcm adik beradik aku. Aku tahu Aisha layan page ni, dan aku harap dia baca confession aku nih.

Aku tak pandai nak beri kata2 semangat. Tp aku nk kau tahu , walauapapun keputusan kau, aku yg akan mula2 berdiri belakang kau. Aku akan sokong apa yg kau buat, asalkan itu yg terbaik. Kalau kau nak luahkan apa2 kt aku, silakan. Dh lama kau tak luah apa2 kt aku, aku sedih bila kau sedih. Aku tak suka kau pendam sorang2. Aku tak suka bila kau diamkan diri. Cari aku bila kau perlukan teman,okey. You will never walk alone, Aisha.

Thank you, readers!

– bukan fan LFC

– bukan fan LFC

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit