You’re Not Alone

Assalamualaikum. Hai wxyz… kita mungkin sebaya. Aku 27 tahun dan bujang. Let me answer you.

1. Ya, ramai orang pernah melalui fasa ni. So you are not alone.

2. Bukan awak seorang yang punya rasa macam tu. Aku juga merasainya, dan sedang mengharunginya. Dan aku percaya orang lain pun sama. You are not alone.

3. Yes, you are alone when you think you are alone in this matter. But, you are not alone.

Apa yang awak coretkan, itulah yang sedangku hadapi. Kenapa tertarik dengan confession awak? Sebab aku juga mencari tempat untuk mengadu untuk melepaskan segala senak sesak dalam dada. Haha. Tapi, yang indah pun tiada siapa sudi mendengar. Then, gerimis mengundang. Ha ha ha.

Tak tahu nak cerita pada siapa, nak minta nasihat siapa, dengan siapa aku boleh percaya. Soalan-soalan ni yang selalu berlegar dalam kepala, kemudian jawab sendiri. Lepas tu, takpelah, pujuk hati sendiri jelah.

Perkara ni menyebabkan kita hilang keyakinan diri. Takut tu, risau ni, apa jadi nanti, macam-macam dalam kepala. Low self-esteem, negative thinking and inferiority complex yang menghala kearah rasa rendah diri melampau. Nak approach orang pun takut dan risau sebab mindset orang tu pandang slack kat kita. Padahal orang tu memang tunggu kau approach dulu. Agaknyalah. Haha.

Gila tak sunyi? Sunyi wooo… terasa kosong kat dada ni padahal sendat padat dengan perkara-perkara yang tak terluah. Aku risau bila dada terasa kosong. Aku takut Allah hilang dari hati sebab memang terasa sangat kosongnya. Nauzubillah. Astaghfirullah. Lailahaillantasubhanakainnikuntuminazzolimin. Aku akan ulang-ulang banyak kali supaya Allah tetap dihati. Aku paling takut jika terfikirkan adakah hati aku tertutup atau telah hitam. Aku akan segera mengucap dan istighfar. Kadang mengaji pun, bukan terasa lapang dada, rasa kosong. Honestly, aku tak tahu ni depression atau apa. Huhu. Terkadang akan rasa benci. Benci dengan apa, pada siapa, tak tahu. Yes, it happened. Tetiba mulut akan cakap, arghhh bencinyaaa!

Kadang kita je dengar rintihan hati orang, tapi bila turn kita nak mengadu, dia asyik ubah topik, tak pun tak respon apa-apa. Pedih jugaklah bila kena macam tu. Huhu. Nak telan saliva pun macam tersekat di skala enam kat tekak. Seolah kita ni cuma persinggahan mereka disaat mereka memerlukan. Then sedapkan hati sendiri. Takpelah, hidup ni kan kena selalu tolong menolong… (smirk)

Orang lain seronok bercerita their love story kat kita, tapi turn kita nak cerita pasal crush, habis dimarah ( Holah, crush je… Tak pernah bercinta pun sebab takde siapa sudi. Huhu. Nak kata jual mahal, kau mesej aku reply. Bukan blue tick je aku bagi. ) Adududududu… Rindu kat boipren kau cakap kat aku buat apa woi? Kalau depan mata memang aku dah debik dah. Haha. Each time nak bercerita, apa-apalah, mesti cut off. Tak pernah sempat habiskan sebab no use. Tak dapat apa. Lagi bengkek adalah. BFF ke gitu? Huhu. Sedih. Takpelah, husnuzon.

Pernah juga terfikir aku kena kahwin ni untuk buang segala negative thoughts, but nak kahwin dengan siapaaaaa hahahaha. Jodoh sesat lagi nii… So hadaplah sendirian… sedih sebab tak terluah segala benda yang nak diluah. Penat. Mana aku nak curah niii…. beratttt nak bawa kehulu kehilir. Macam tulah rasanya. Tapi sayang, takde siapa sudi nak tadah or senduk buang keluar.

So, wxyz, bukan awak seorang saja yang rasa begitu ya. Awak ada geng. Jangan risau. Awak kena pastikan Allah sentiasa ada dalam hati awak. Barulah awak akan rasa tenang. Itu yang aku akan lakukan bila terasa sunyi atau kosong. Please don’t let your faith leave you. Keep it forever. Tingkatkan keimanan. Itu sahaja yang akan menjamin segala-galanya. In shaa Allah. Wassalam.

– asna

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *