You’re Responsible For Your Happiness

Assalamualaikum to admin dan para readers. Perkenalkan aku Si Loner semestinya nama samaran. Terdetik di hati nak menulis sikit lepas baca confession yang ditulis Cik Sya – Once Alone Always Alone, (https://iiumc.com/once-alone-always-alone/).

Kepada admin tqvm kalau confession ni approved ya. Disclaimer ya pasal history friendship aku ni dah pernah tulis lama dulu tapi sekarang more to a response towards confession kak Sya tu..

And this version a bit different since aku dah berubah dan berbeza berbanding sewaktu aku menulis confession yang dulu tu.

Macam aku bagitau tadi, aku tergerak hati nak menulis jugak lepas baca confession berkenaan sebab aku rasa sebijik apa yang confessor rasa (not literally tapi banyak persamaan la). Aku pun tak ramai kawan jugak. Kawan tu ada, tapi ‘sahabat’ tu dah takde kot. Pernah ada tapi bukan lagi sahabat.

Sejak sekolah rendah aku agak introvert jugak memang takde sahabat langsung tapi kawan ramai cuma sekadar kenal camtu jela takde nak rapat2 sangat. Mungkin aku memang tak layak atau tak sesuai untuk ada sahabat? Entahla.

Sampaila darjah ,6 camtu ada la sahabat baik sekejap. Since tak pernah ada so aku mcm syg gila2 jugak ar dia tu. Tapi sekejap jela sekolah menengah lain2 so tak rapat sangat dah. Awal tu kemain sedih tapi sekarang dah tak rase ape2 sangat dah.

Naik sekolah menengah sorang2 lonely balik sampaila form 4 jumpa lagi seorang sahabat baik. Lagi rapat dari zaman sekolah rendah and banyak kali gaduh.

Nak describe rapatnya tu, cikgu pun panggil kembar bagai. Tapi sempat gaduh dan ada kejadian tikam belakang sebelum habis SPM and sampai sekarang langsung tak bertegur dah. Sampai sekarang pun masing2 ego.

Kemudian dapat result spm aku sambung matrikulasi. And zaman matrikulasi jumpa lagi 2 orang jadi geng rapat jugaklah even masa masuk tu aku plan taknak ada so-called sahabat dah pun. Last2 aku jadi mcm attached jugak sikit2. Cuma diorg tu mmg geng sejak sekolah.

Similar story happened again iaitu aku separated dengan 2 org tadi sebab degree uni lain2. Diorg satu uni tapi aku jer lain. Awal2 tu nak jaga jugak bond tu jumpa jalan2 since uni kitorang sama2 kat KL.

But then lama2 kitorang dah tak bercakap langsung. Aku pun taktahu cemana jadi camtu. Kitorang tak gaduh pun. Tapi tak semesra dulu mungkin sebab tak selalu jumpa or faktor jarak la org kata.

And aku pun ada mcm dapat rasa like aku dah bosan sangat hargai orang lebih2 sebab orang bukannya hargai aku sangat pun. Aku selalu update orang dalam IG story, whatsapp status tapi aku tak pernah muncul pun unless gambar ramai2.

Aku selalu ingat orang tapi orang tak ingat kat aku pun. Sampai aku develop ego sikit. Masa aku tulis ni tengah birthday kawan matriks aku tu tapi aku tak wish pun unless dia buat story ke apa.

Sebab? Birthday aku dia tak ingat pun sampaila aku post IG baru dia wish. Padahal birthday dia aku tak lupa langsung pun. Aku rasa dah letih sangat nak beria dengan orang tapi orang takde pun beria dengan aku.

Dan time aku tgh takde kawan, aku banyak kali jugak rasa lonely sedih and fikir kenapa aku takde kawan rapat mcm org lain. Sedih lebih2 gak la.

Dan sekarang aku dapat jawapannya iaitu aku ni ada sikap nakkan perhatian dan tumpuan orang. Aku nak kawan yang dengar aku, luangkan masa untuk aku selalu. Aku nak orang pandang dan tengok aku.

Then aku figured it out yang kawan tu tetap manusia walau serapat manapun. Tak semua orang bernasib baik ada kawan rapat sejak kecil tak backstab bagai. Sebaik2 kebergantungan dan harapan adalah terhadapNya.

Aku juga belajar yang disebabkan hidup aku terlalu fokuskan orang lain, aku abaikan diri aku sendiri dan tak terurus. Kesannya, aku belajar untuk sayangkan diri aku sendiri dulu.

Sebabnya nak sayang sangat orang lain belum tentu diorang sayang kau sama banyak. Unless family la. Tapi orang luar apa semua takyah la. Perkataan ‘sahabat’ dan ‘kawan baik’ tu aku dah bakar dan buang jauh2 dari hidup aku.

Sekarang aku tengah degree aku ada lagi kawan2 biasa2 tapi aku takde dah nak buat so-called sahabat lagi. Diorang tak rapat sangat dengan aku pun aku tak kisah.

Sekarang aku fokus dekat diri aku jer. Aku buat benda yang aku suka. Aku improve diri aku dan penampilan aku antaranya aku diet dan lebih yakin dengan penampilan aku berbanding dulu. Aku fokus pada hobi aku minat aku.

Apa org lain nak kutuk, pergi m*m*os jela hahaha. Sebab pandangan dan tanggapan orang lain bukannya boleh affect hidup aku pun. Selagi apa aku buat tak langgar hukum agama, why not ?

Kepada Cik Sya, walaupun saya lebih muda daripada kak, sedikit sebanyak saya dapat rasa dan faham apa yang kak lalui.

Pesanan saya, cuba untuk tidak hiraukan orang lain Berhenti cari perhatian orang. Kalau gagal, cuba lagi sampai berjaya. Saya nak sampai tahap dapat ‘appreciate diri sendiri’ ni pun tak sekejap.

Kesiankan diri kita. Sampai bila kita nak terperangkap dan dikurung dalam penjara yang kita sendiri bina? Bebaskanlah diri kita dari segala beban.

Saya minta maaf kalau ada silap dalam confession ni or salah faham ke apa. Bukan sahaja kepada Cik Sya tapi juga admin dan readers sekalian.

Akhir kata sepertimana tajuk confession saya ini, you are responsible for your own happiness.

– Si Loner (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *