Assalamualaikum pembaca IIUM Confession. Sedikit pengenalan, aku Bunga Tulip berumur 25 macamtu la tak tua tak muda.
Harap semua pembaca sihat dan dimudahkan semua urusan. Sebelum tu terima kasih admin kalau approve confession kali ni.
Aku sekarang tengah ODL class. Aku percaya mesti ramai yang stress kan dengan ODL. Tapi ada juga yang gembira. Masing2 dengan pendapat masih2.
Jujur aku cakap, aku suka ODL walaupun aku tinggal di kampung dengan line nya sekat2 untuk meet aku suka. Nak tahu sebab apa?
Sebab aku boleh jaga bapa aku yang tengah sakit.bapa aku sakit jantung yang agak kronik.
So Berbaki masa yang ada untuk aku ngadap kelas online boleh la aku jaga bapa aku selagi dia hidup ye tak. Dalam hidup aku bapa mak aku la orang paling penting.
Apa yang aku nak cerita dekat sini, sejak Pkp 2.0 aku Tengok berlambak orang yang stress kena buang kerja, student yang tengah struggle cari duit. Aku salute la orang yang cari duit dengan niaga tepi jalan.
Dengan panas dan banyak Risiko mereka sanggup demi sesuap nasi dan Macam2 lah lagi. Nak cerita memang tak akan habis. Nak tak nak kena hadap saja la. Dunia hari ini sungguh aku cakap dunia yang Penuh onak duri dan cabaran.
Bagi aku sendiri juga macam Korang la struggle cari duit untuk kelansungan hidup. Aku sekarang struggle cari duit nak sara mak ayah aku.
Kehidupan ayah aku Bergantung dengan pampers dan susu. So aku kena kerja keras sikit untuk mak ayah aku. Aku Nak buat bayar yuran Pengajian lagi.
Aku sedih kelas ODL tapi yuran tidak beza sedikit pun. Kenapa laa tiada orang fight benda ni. Aku fikir kelas online boleh la kurang beban sikit tapi macam sama.
Penat la hidup, hahaha… dengan nak beli data internet lagi. Tak apa la aku redha. Dalam hidup ni kita kena belajar menerima sesuatu dengan ikhlas ye dok.
Okey sebelum aku merepek lagi panjang, aku kembali topik asal, Aku ada buat kelas ngaji dekat kampung macam home tutor dan kelas ngaji online juga untuk tampung kehidupan aku dekat kampung sambil2 jaga mak bapak aku.
Aku cuma nak tanya semua pembaca perlu atau tidak guru yang mengajar membaca al quran dan iqra’ ni mengenakan bayaran bulanan pada orang yang belajar mengaji?
Aku buat ngajar pergi ke rumah. Yuran dia aku tak pernah letak sebab aku takut. Kadang-kadang takut orang fikir, ‘Alah ajar orang baca al-quran pun tak ikhlas. Mengajar kerana Allah ke kerana duit?’. Sebab aku ngajar quran bukan tuisyen.
Nak cerita nya sekali tu mak ayah pelajar ada tanya yuran dekat aku, so aku cakap la RM50 saja la sebulan. Aku kira minyak kereta saja sebab nak pergi rumah dia dalam 15km. 5x sebulan.
Tapi bila aku cakap yuran macamtu teruk aku kena sebab mahal. Mungkin sebab kat kampung kot orang fikir mahal. Aku duk kelantan area bandar gak kalau nak kira. Nak hadap jem semua pergi rumah student.
So aku macam frust. Berapa la aku nak kena letak. Kalau letak murah macam mana aku nak tanggung bapak aku. Nak isi minyak kereta lagi. Bantu aku tuan puan ayah ibu sekalian. Bagi cadangan yuran ngaji Berapa Sebenarnya orang ambil?
Aku memang buat kelas ngaji saja sebab aku tak nak terikat. Bapa aku kadang2 kena heart attack. Memerlukan aku banyak masa dengan dia.
Aku buntu dah ni. Aku juga ada buat kelas ngaji online yuran RM30 sebulan one to one. Adakah itu mahal juga? Last aku minta semoga kalian dapat bantu aku beri pendapat dan cadangan.
Akhir sekali, aku mohon doa kalian agar kita semua dipermudahkan segala urusan. Doakan aku kuat untuk hadap cabaran2 hidup yang akan datang.. Semoga Allah terima dan berkati setiap amal kita.
– Bunga Tulip (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit