Assalamualaikum. Saya ada kemusykilan agama. Berkenaan zakat simpanan ni. Maafkan saya bertanya disini, sebabnya saya tak berani nak pergi tanya kat pejabat pungutan zakat. Jadinya saya ingin bertanya di sini. Just in case ade ustaz ustazah yang arif agama ade baca confession ni. Or maybe ada pembaca di sini yang pernah mempunyai permasalahan yg sama seperti saya. Mohon tunjuk ajar.
Saya tahu bahawasanya seseorang muslim itu wajib mengeluarkan zakat simpanan apabila telah cukup haul dan nisabnya. Saya punya simpanan sudah cukup haul nya, dan insya-Allah akan cukup nisabnya beberapa bulan lagi. Dulu time mula2 menyimpan, saya sgt excited. Yela, bila simpanan dah cukup haul dan nisab, sy boleh berzakat. pastu duit zakat tu pulak dapat dimanfaatkan oleh rakan muslim yang lain yang layak menerima zakat. Gembira rasanya membayangkan dapat berkorban harta kepada agama Islam.
Tapi sekarang. mula timbul rasa bakhil dalam diri saya bila melihat duit simpanan yang banyak dalam akaun bank A. Saya mula fikir bagaimana caranya untuk mengelakkan bayar zakat. Hari ini saya dah keluarkan beberapa ribu dari simpanan saya dan masukkan ke dalam akaun bank B. Tapi jumlah simpanan berbaki yang tidak bergerak masih layak dikeluarkan zakat apabila sampai masa nanti. Saya dah berkira-kira mahu memindahkan lagi beberapa ribu ke akaun bank C pula supaya baki yang terendah dalam akaun bank A adalah dibawah nilai yang perlu dikeluarkan zakat.
Pendirian saya teguh untuk melakukan sedemikian sehinggalah tadi Allah gerakkan hati saudara saya (beliau seorang ustaz) yang bertanyakan saya sama ada saya sudah mengeluarkan zakat, kerana beliau terbabit dengan pemungutan zakat. Saya nyatakan simpanan saya belum cukup haul dan nisab. Beliau mengangguk faham dan ayat terakhir beliau, “Ibadah zakat jangan buat main-main” buatkan saya diserbu rasa takut.
Saya mula berfikir apakah tindakan yang saya lakukan (memindahkan wang ke akaun lain atas sebab mengelakkan daripada membayar zakat) ini dikira melanggar perintah Allah. Atau sebenarnya ia masih belum menyalahi agama. Saya mula membuat carian berkenaan zakat. dan saya menemukan kenyataan bahawasanya sesiapa yang enggan menunaikan zakat adalah KAFIR dan MURTAD! Adakah saya ini juga dikira tergolong dalam orang yang enggan menunaikan zakat?
Jadi, saya mohon sahabat-sahabat yang budiman tolong berikan saya pencerahan agama.
– Nia
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit