Zalim Si Dia

Aku rasa kesian kepada kaum hawa yang bakal berkahwin dengan perokok.

Tolak tepi penyakit dan kewangan, antara aspek yang ramai orang tak nampak adalah masa.

Tengah-tengah makan, tiba-tiba dia bangun tinggalkan kau sebab nak berasap. Dah la sehari suntuk dia bekerja, bila balik rumah untuk beberapa jam yang ada, baru nak ajak berborak, tangan dia dah bergetar sebab dah sampai masa merokok. Kalau sebatang mungkin sekejap, tapi yang 5-6 batang sekali harung? Habis rokok dan masuk rumah terus buka topik nafkah batin. Nafkah batin awak sebagai wanita yang beremosi pulak tak diendahkannya. Adil ke?

Tak payah la nak kata yang lelalaki kaki tengok tv atau kaki hp pun sama. Paling koman org main game boleh la angguk pura-pura layan bebelan awak sambil awak sandar atau duduk bawah ketiak. Tapi kalau rokok bersedialah untuk kena tinggal dengan anak-anak macam ibu tunggal.

Aku sebagai lelaki yang hanya boleh jumpa member masa rehat sejam pun terasa, bila member rapat mintak diri awal dari kumpulan besar kami sebab nak berasap 20 minit. Yang masa tengah peak period kerja tiba2 hilang. Semua orang macam terima je, sebab kalau dia tak berasap dia jadi agressif.

Buat kaum adam, berusahalah untuk berhenti merokok. Kalau tak boleh, set masa yang sesuai supaya awak tak zalim sangat kepada isteri dan anak-anak.

Benda paling berharga dalam hidup adalah masa dan hubungan sesama manusia. Awak tak luangkan masa dengan anak-anak, jangan terkejut bila mereka tak mahu meluangkan masa dengan anda di kemudian hari.

Sempena ramadhan ini, marilah kita sama-sama menjauhi maksiat dan menjadi lebih baik, insyallah.

Peace!

– Kawanku Perokok

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit