Assalamualaikum Admin dan para pembaca.
Dengan lafaz bismillah. Saya merupakan seorang isteri dan seorang ibu kepada seorang anak.
Awal perkenalan dengan suami, suami bukan lah orang senang. Pekerjaan yang tidak tetap.
Namun suami terlihat sebagai seorang yang soft spoken, pandai mengambil hati orang tua, rajin membantu serta sangat terbuka menerima saya dan anak saya.
Tidak lama selepas berkenalan, suami melamar saya untuk berkahwin. Saya menerimanya dan kami di satukan dalam majlis kecil kecilan.
Awalnya alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik. Suami sangat ringan tulang. Saya terasa di layan umpama ratu.
Kebanyakan hal urusan rumah tangga memang suami yang buat, saya cuma memasak. Cuma isu yang bagi saya agak besar adalah status pekerjaan suami.
Kerana suami sering berada di rumah dengan alasan tiada projek (sebelum nikah dia bagitau kerja kontraktor dan pernah bawa saya ke tapak pembinaan tempat dia berkerja).
Memandangkan suami anak sulung, dia bertanggungjawab akan kebajikan ibunya.
Ibunya memang tak pernah culas menelefon setiap bulan meminta duit belanja. Walaupun banyak kali saya jelaskan bahawa suami tidak berduit kerana tiada projek, ibunya seperti tidak mengerti.
Kalau tak bagi, memang akan keluar kata kata yang agak kurang menyenangkan. Ibunya ibu tunggal, suami ada 5 beradik kesemuanya telah berkahwin.
Jadi untuk mengelakkan sebarang masalah dengan mertua, memang hampir setiap bulan duit gaji saya akan peruntukkan RM500 untuk mertua.
Saya bertuah ummi saya memahami dan tidak banyak soal bila saya memohon maaf akan kegagalan saya menghulur duit belanja.
Dalam tempoh 3 tahun ni, tak ada lah suami culas terus soal nafkah. Dalam setahun mungkin ada dalam dua hingga tiga projek. Di mana sekali dia dapat payment, memang dia tak berkira.
Saya akan di berikan duit belanja berjumlah sehingga lima angka. Kira tercover lah hutang hutang nafkah yang saya dahulu kan dengan duit saya.
Mertua pula memang kalau nak apa apa, dia takkan minta pada anak anak yang lain. Hanya minta melalui suami sahaja.
Barang barang yang di kehendaki biasanya berharga ribuan. Kalau ada duit, saya turutkan sahaja sebab takut bila mulut dia melabel suami yang bukan bukan.
Ujian kami yang paling berat bermula awal tahun ni apabila suami meminta keseluruhan simpanan saya. Katanya nak rolling projek.
Asalnya saya ragu ragu nak bagi tetapi memandangkan saya masih ada beberapa barang kemas yang agak berat, jadi saya turutkan sahaja.
Tak lama selepas itu, suami minta duit lagi. Dan keengganan saya untuk bagi menyebabkan kami bergaduh besar. Kerana jujur duit saya baru sahaja habis untuk buatkan auto gate untuk ummi saya dan hulur sikit buat adik adik yang masih belajar.
Ibu mertua pun masuk campur dalam pergaduhan kami hingga menyebabkan suami memaksa saya untuk berhenti kerja.
Selepas dua bulan dalam krisis, akhirnya saya terpaksa berhenti berkerja kerana suami sampai tahap mengganggu di pejabat dan rakan rakan sekerja. Katanya saya berpotensi untuk curang dan ada lelaki lain memandangkan dia dalam keadaan susah.
Dari situ bermula lah hidup saya yang memang sangat mencabar kerana kedua dua kami tak mempunyai pendapatan. (barang kemas saya dalam simpanan ummi saya kerana saya miliki naluri yang kurang enak dengan suami).
Hampir setiap hari kami bergaduh soal duit, makan minum, komitmen dan segala pembayaran yang tertangguh.
Saya sering bertanya akan masalah sebenar suami namun tak pernah diberitahu. Dia akan mengelak. Apabila saya mempersoalkan tentang duit, nafkah dan tanggungjawab, kebanyakan masanya memang dia akan berdiam diri.
Ibu mertua pula tak habis habis meminta duit, walau puas saya tegaskan kami suami isteri tak mempunyai pendapatan, mertua tak percaya kerana bagi mertua, anaknya kerja bagus dan saya tukang perabih harto katanya.
Implikasi daripada kekecewaan mertua kerana kami “mengabaikan” tanggungjawab menafkahi dia, saya ingat makiannya yang berbunyi lebih kurang,
“Aku harap korang merempat macam pengemis sebab buat aku macam pengemis dok minta minta duit dengan korang. Si xxxxx (suami) biar mereput dalam penjara je dah hidup miskin sangat”.
Saya ketar lepas dengar kata kata begitu dari mulut seorang ibu terhadap kami. Seumur hidup saya, itu lah kali pertama saya mendengar seorang ibu mendoakan anaknya sebegitu.
Tak lama, selepas sebulan dua kemudian, polis datang ke rumah mencari suami. Katanya suami terlibat dengan jenayah scam. Demi Allah, saya jatuh terduduk. Hampir sebulan tak berjumpa dengan suami kerana suami kena “roadshow”.
Apabila berpeluang bertemu suami, saya tanyakan apa yang berlaku dan suami hanya mengatakan dia telah ditipu oleh rakan perniagaannya.
Saya inform mertua akan keadaan suami dan mertua mengarahkan agar saya mengikat jamin suami, kalau tak siapa nak bagi dia duit belanja katanya.
Rasa seolah olah sudah jatuh di timpa tangga pula. Dengan saya tak punya pendapatan, di arah pula untuk mencari duit bagi membebaskan anak dia tanpa dia membantu sedikitpun.
Bermula lah struggle saya mencari peguam dan proses ikat jamin suami tak mudah kerana banyak kes di laporkan. Belum sempat keluar dari mahkamah, balai lain datang tangkap pula.
Sehingga lah ke pertuduhan ketiga, kemampuan saya habis setakat itu sahaja dan saya mohon ampun kepada suami kerana terpaksa biarkan dia berada dalam penjara.
Selama suami berada dalam penjara, ahli keluarga suami lansung tidak pernah bertanya khabar. Menghulur duit sedikit sebanyak lansung tidak pernah walaupun mengetahui saya struggle membayar peguam.
Dalam tempoh telah beberapa bulan suami dalam penjara, saya merasa sayu kerana sudahlah saya di block oleh ahli keluarga suami, dapat tau pula mertua dan adik beradik suami sempat bercuti sakan seolah olah suami tak pernah wujud.
Untuk berjumpa suami pula, hanya ketika perbicaraan sahaja kerana saya merupakan penjamin, jadi saya dikehendaki untuk hadir.
Nak melawat di penjara agak susah kerana jarak perjalanan yang memakan masa lebih 6 jam. Dan kos banyak habis berulang alik ke negeri yang prosiding berjalan (3 buah negeri).
Kini, saya dalam keadaan patah hati, down dan segala resource telah habis. Adik adik dan keluarga saya sendiri telah berhabis puluhan ribu ringgit bagi urusan ikat jamin dan pembayaran deposit peguam.
Adakah zalim jika saya menuntut fasakh dari suami? Jika suami didapati bersalah atau tidak bersalah sekalipun, dia tetap terpaksa membayar balik duit mangsa mangsa walaupun dia sndiri adalah mangsa keadaan.
Di tambah pula dengan terpaksa menafkahi saya dan membayar apa yang telah saya keluarkan, saya percaya keluarga suami akan kembali menagih wang apabila suami bebas nanti.
Sekarang pun saya dah merasa lelah, saya tak tau jika keadaan akan menjadi semakin baik nanti. Saya akui suami baik orangnya. Tak pernah angkat tangan, jika bergaduh pun, saya yang kebanyakan masanya meninggi suara dan suami hanya bersabar.
Susah nak cari suami seperti suami saya namun saya merasa terbeban memikir kan keluarga suami dan mertua yang akan kembali mencari suami untuk duit nantinya.
Sekali lagi saya ingin bertanya, zalim kah saya jika saya meninggalkan suami sendirian menjalani ujian ini dan menuntut fasakh?
– Dhiya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit