Aku Zakiah (bukan nama sebenar), berumur 23 tahun dan menetap di selatan tanah air. Aku dah berkahwin selama lebih setahun dan mempunyai seorang anak berusia 3 bulan. Aku tak tahu apa masalah aku sebenarnya tapi aku memang tak boleh masuk dengan mother-in-law a.k.a MIL.
Sejak berkahwin aku dan suami duduk dengan mertua sebab kesihatan MIL yang tak menentu. Dia seorang diabetic dan mempunyai luka di kaki yang perlu dicuci setiap hari.
Suami aku jadi doktor tak bertauliah dan cuci lukanya setiap hari. Suami aku ada seorang kakak yang bekerja sebagai doktor, duduk dalam daerah yang sama. Dia pun duduk dengan MIL nya kerana masalah yang sama (hanya untuk konteks, nanti faham la).
Di awal perkahwinan aku so-so jugak la bila kena duduk dengan mertua sebab mak ayah aku pernah cakap sebelum kami adik-beradik kahwin,
“Kalau dah kahwin, jangan duduk sebumbung dengan mak ayah. Selagi mama abah ada kudrat, kami boleh urus diri sendiri. Mama abah tak nak sebab duduk sebumbung jadi gaduh keluarga dan laki bini.”
Jadi aku ada rasa keraguan tu.
Tapi apakan daya, bukannya laki aku suka suki bawak aku duduk dengan family dia kan. Awal kahwin tu cukup okay, seronok boleh sembang apa semua. Aku tak rasa terbeban walaupun masa tu lockdown and kena spend masa dengan family suami.
Masa aku mengandung anak pertama, aku gugur pada minggu ke-12. Agak sedih sebab aku dikhabarkan pada minggu je-11 janin aku takde degupan jantung. Pada minggu ke-12 masa aku teman suami berurusan di JB, kami sempat jalan2 dan malam tu aku tumpah darah. Aku sedih tapi aku simpan.
Aku dah dikhabarkan, sama ada anak tu akan keluar sendiri, atau doktor yang akan keluarkan dalam masa seminggu dari hari dia beritahu anak aku dah tiada. Masa keluar darah tu aku duduk je kat tandas, biar darah turun. Aku tak nak pergi hospital atau apa2.
Aku diam, aku tenang sebab masa tu kami kat rumah kakak sedara aku. Sampailah kami balik rumah pon, aku tak mintak dibawak ke hospital walaupun doktor suruh datang kalau darah turun, sebabnya aku tak nak menyusahkan suami sedangkan dia asyik sibuk dengan kerja.
Sejujurnya aku tak salahkan dia sebab aku masih belajar, dia kena tanggung aku, gaji dia tak menentu, dia sorang berusaha untuk mencari duit sedangkan aku hanya mampu beri moral support.
Jadi aku pergi hospital sendiri, tanya kakak ipar selok belok proses, sampai dia pelik kenapa aku buat semua sendiri sedangkan aku perlu ada teman masa2 begitu.
Tapi aku cakap je suami kerja, aku tak nak menyusahkan dia. Jadinya aku menghadap proses tu sorang2, aku menangis di hospital sampai aku lari sebelum jumpa doktor lagi sebab aku tak boleh berhenti. Nurse sampai cari merata sebab aku menangis dan tak dapat communicate betul2 kenapa aku menangis.
Dah namanya hilang anak, siapa tak sedih. Nampak macam drama, tapi aku ada masalah anxiety yang tak sempat di-treat. Suami aku yakin sebelum kahwin yang aku tak perlu teruskan referral yang KK bagi untuk aku ke hospital untuk jumpa kaunselor, sebab dia rasa dia boleh bantu aku betulkan masalah anxiety aku.
Tapi faham2 lah, aku masih ada ketakutan untuk menghadapi macam2. (Perenggan ni juga konteks untuk cerita seterusnya).
Masalah sebenar muncul masa aku mengandung anak kedua. Bila duduk dengan mertua mestilah ada pantang larangnya. Aku lewat makan pon jadi isu. Aku tahu dia caring tapi sebab mulut MIL yang terlalu tajam mengeluarkan kata tu buat aku terasa.
Masa ditegur tu aku tahu aku biadap sebaba aku tak balas, air mata je keluar, lepastu aku terus masuk bilik. Aku dengar MIL aku cakap “ha, menangis jela, asal orang cakap tahunya menangis.” Last2 lepastu suami paksa aku mintak maaf dan peluk maknya.
Aku telan jela perasaan aku masa tu… aku sedih sangat sebab pagi tu jela masanya aku nak bermanja dengan suami di hujung minggu. Sepanjang minggu suami busy dengan kerja, balik malam. Tapi kami keluar bilik lewat jadi isu.
Mak bapak aku tak pernah marah kami walau tengah hari baru muncul batang hidung kat luar sebab mereka faham anak menantu penat dengan kerja, dengan kena travel jauh jumpa diorang.
Mak bapak aku senang, kalau lapar pandai la cari makan sebab dapur ni penuh dengan makanan.
Bukannya kami kat bilik tu tak makan, sebelum ni suami dah beritahu maknya kami simpan stok makanan dalam bilik, aku letak kat trolley ikea sebesar-besarnya sebelah pintu masuk bilik.
Suami dah pesan kat mak ayahnya aku tak pernah kebulur sebab aku reti cari makan. Tapi nak buat macam mana, orang tua risau kan, cumanya MIL aku ni ayat dia tajam sangat. Ada masa aku ignore je sebab malas nak amik hati.
Tapi kalau dah namanya mengandung, benda kecik pon aku nangis.
Mil selalu tegur masa makan, satu benda yang aku rasa agak tak sesuai. Mak aku selalu cakap, nak tegur bukan masa makan, nanti orang boleh hilang selera atau terbantut nak makan.
Kalau nak tegur atau have an open discussion, biasanya masa dalam kereta. Masa makan kat luar, ada satu hari aku tak berapa nak selera sebab asyik nak muntah, kena marah sebab MIL kata aku memilih makanan, sedangkan aku tengah paksa diri makan, cuma sate je aku tak sentuh.
Bukan aku yang order pon. Dah aku cakap dengan suami aku tak nak sate, dia order untuk dia dan maknya. Bila tak habis, maknya suruh aku habiskan sate dia. Aku bukannya tong sampah. Aku diam je lepas tu, terus tak cakap pape, balik rumah aku nangis.
Jadinya aku memang tak banyak keluar bilik dah. Aku selalu berkurung sebab stress. Kadang aku stress sangat aku duduk dalam kereta yang mak aku pinjamkan kat aku masa awal2 kahwin.
Bila berkurung lagi la MIL aku buat ayat2 pedas. Aku luahkan semua ni kat suami tapi suami kata biasalah orang tua. Memang la dia tua, tapi dia takde conscience ke?
Dia tu kaunselor, background agama pulak tu. Aku mengharapkan sedikit compassion tapi apakan daya, dia manusia kan? Dia stress pasal tempat kerja, dia lepaskan kat rumah.
Masa aku mengandung ni aku banyak mengalah dengan MIL, laki aku utamakan dia pon aku diam je. Aku pergi klinik sorang2 pon takpe.
Sedangkan aku ni kena diabetes masa mengandung, aku ulang-alik klinik tu hampir tiap2 minggu. Sampai la aku sarat pon aku redha kan untuk urus diri aku sendiri. Aku pon tak tahu la redha ke tak sebenarnya sebab baru2 ni aku ungkit balik kat suami.
Masa aku sarat, MIL punya condition luka makin teruk, asyik demam tiap2 minggu. Masa awal2 kahwin banyak dah MIL punya tapak kaki tu kena potong so suami aku dah puas bawak ulang alik KPJ.
Tiba2 bila tahun ni makin teruk, diorang cuba ikhtiar ke klinik swasta kat puchong. Alhamdulillah makin baik, tapi hakikatnya ada masalah lain mendatang. Kami duduk kat puchong sebulan, hantar MIL pergi balik klinik. Suami ada masanya terpaksa travel dari johor ke puchong sebab kerjanya.
Kalau tak kerja, mana nak dapat duit kan? Hari yang di tak boleh hantar, dia mintak tolong pak ciknya hantar. Aku tak hantar sendiri sebab aku cakap dengan suami, emosi aku pon tak cukup kuat nak layan emosi maknya yang tak menentu.
Aku dah la sarat, dia mengharap aku boleh tolong jaga maknya sedangkan aku kena keluar masuk KK sebab diabetes masa mengandung.
Lepas di puchong, kami teruskan rawatan di JB beberapa bulan. Tiap2 pagi suami akan hantar maknya ke jb, travel time 4 hours pergi balik.
Lepas hantar maknya, dia pergi kerja terus. Masa dengan aku makin sikit. Aku masih ke KK sendiri dalam keadaan sarat sampaikan mak aku tanya kenapa tak suami aku yang hantar. Aku cakap je sebab tak nak susahkan dia. Nanti mak aku diam jela walaupun anaknya susah sendiri.
Mak aku siap tanya tak nak duduk dengan dia je ke, macam kakak aku. Akak aku mengandung bila dah sarat, mak aku tolong jaga sebab risau dia buat kerja semua sorang, kang terberanak sendiri susah pulak.
Tapi suami aku tak bagi, dia nak anak dia lahir kat johor jugak… semangat keakuan katanya. Bangga dengan negeri kelahirannya.
Bila aku dah beranak pon, macam biasa, suami hantar maknya buat rawatan tiap2 hari. Aku? Mak aku datang tolong jagakan 2 minggu kat johor sebelum aku dibawak ke Melaka untuk habiskan pantang aku. Suami memang 100% serah aku kat mak aku.
Dia datang je kat aku tiap2 hari, tapi yang menghantar aku pergi KK tetap ayah mak aku. Dia fokus kat maknya. Aku sampai nak meroyan bila suami nampak lebih utamakan anak kami berbanding aku.
Hampa nak kata aku narcissistic suka hati la, tapi emosi aku masa ni memang tak menentu. Sehari sebelum beranak aku merajuk jugak la dengan suami sebab dia kerah aku buat kerja rumah.
Aku bitter jugak masa tu so aku kemas rumah, bilik siap aku panjat kerusi sebab nak buang sawang dan pasang langsir. Bila aku marah, aku memang ada habit buat kerja rumah sampai penat. Rasanya sebab tu la kot anak aku keluar awal masa 37 minggu.
Lepas aku beranak aku jadi defensive sikit dengan MIL. Aku tak berapa nak bagi dia main dengan anak aku sebab aku rasa kecik hati bila dia tegur cara aku urus anak.
Aku ikut cara mak bapak aku, dia tak berapa berkenan. Tapi itu anak aku, takkan la aku nak bagi orang lain dictate cara aku urus anak. Aku angkat anak bila dia nangis pon jadi isu. Memang dah namanya mother’s instinct untuk pujuk anak bila dia nangis.
Dia kata aku manjakan anak. Mak ayah aku relax je dia aku pegang anak puas2, takdenya nak bangkitkan benda tu. Lagi sedih bila MIL asyik ulang2 kata dia dulu boleh je handle anak sambil kemas masak and so so.
Jadi makin lama, makin aku tak bagi MIL angkat anak. Biar aku susah sendiri tanpa mengharap pertolongan orang sampai diungkit kemudian hari. Ada satu hari dia nak duduk dia terjatuh, jadi tangannya sakit. Aku tak bagi dia pegang anak, risau anak aku jatuh. Aku tau agak jahat.
Aku memang tak bagi dia pegang langsung lepas tu sebab di asyik mengeluh tangan sakit. Bila dia nak tengok anak aku kasi dalam carseat yang boleh buai sekali tu. Asal anak nangis aku angkat, aku blah. Aku tak kasi anak duduk lama2 dengan MIL.
Ada satu malam tu, aku dengan suami nak keluar, masa siap suami bagi anak kat MIL. Bila anak dah tertidur kat MIL, dia macam tak nak kasi kami bawak anak keluar sekali. Suami nak amik je dia asyik kata anak dah tido. Aku buat bodoh je, aku kata meh je, takpe, dia tak bangun pon kalau aku amik.
Pastu aku blah je. Sekarang ni aku dah tak peluk langsung MIL kalau aku balik rumah mak ayah aku for a week or so. Aku jalan jauh pon aku salam biasa je, takde nak laga2 pipi macam awal2 kahwin sebab aku simpan dendam. Memang tak elok perangai aku ni.
Tapi aku susah nak ubah, dah gelap agaknya hati aku ni. Bila balik kerja, MIL nak jumpa anak, time tu la aku mandikan anak, time tu la aku tidurkan anak. Paling aku tak suka bila MIL suka terjah bilik kami, ni paling aku pantang.
Mil aku ni memang takde sense of privacy. Dari awal kahwin gini lagi. Aku dah suruh suami nasihat tapi tak jalan gak. Aku tengah manja ngan laki aku dia duk main masuk, kalau hampa tak menyirap ka?
Malam tadi kami keluar sebab fil ada majlis perpisahan, aku takmau keluar sebab pagi tu dah perrgi JB sebab suami ada urusan. Anak kecik pulak biasala kalau jalan jauh, malam tu meragam. Sudahnya aku gagah ikut jugak sebab dah masuk nama dalam list…
otw balik tu hujan, aku ikut hati nak redah je hujan, lecak masuk dalam kereta. Yang suami pi insist aku duduk kat tepi, tempat berbumbung tapi gelap sementara dia amik kereta. Aku takmau tapi dah depan mak ayah dia aku diam jela.
Sudahnya anak aku tiba2 nangis macam kena sampuk. Ah sudah aku ghisauuu. Sepanjang jalan balik anak teriak kuat gila. Aku baca ayat kursi 7 kali pon tak jalan, bagi susu lagi dia marah, bila nak tutup mata dia daripada melilau, lagi kuat dia teriak.
So bila masuk rumah kitorang cuba pujuk. Dah diberitahu kitorang boleh handle lagi MIL nak masuk campur. Aku tengah pakai tak semenggah dalam bilik sambil pujuk anak, tak alih2 MIL main rempuh masuk. Aku memang jerit kuat2 “ummi!” Sambil tutup dada.
Malu woi malu. Sudahnya dalam marah aku diamkan aku pujuk je anak sampai dia berhenti nangis. Anak aku pernah je nangis gini, lagi2 kat tempat orang, bilik aku yang lama dah tak orang jejak kat rumah mak aku.
So aku dah biasa handle sorang. Suami pon dah biasa hadap jadi kami memang sama2 reti pujuk anak. Yang MIL ni dia tak biasa, dia gelabah. Orang dah kata boleh handle, dia rempuh, aku berapi.
Fahamlah aku MIL ni sebenarnya tak percaya kami boleh handle anak sendiri. Hello, dari hari anak ni lahir aku yang hadap naik turun dia bukan kau.
Memang kau berpengalaman tapi anak kau dulu tak sama dengan anak aku sekarang. Ni aku malas nak keluar bilik. Suami dah slow talk dengan maknya malam tu tapi aku tak tanya apa2 la.
Aku ni malas nak kata apa, tapi bila kakak ipar aku duduk ngan MIL dia mengadu kat maknya, tau pulak MIL aku tu marah2 bising2 apa semua.
Seronok duk mengumpat menantu lelakinya tak nak pindah rumah sedangkan orang tu pon kena jaga mak dia yang ada penyakit serupa dengan MIL. Penat dah aku… aku ni baru anak sorang, akak ipar aku tu anak dah nak masuk 3. Macam mana tah dia boleh tahan.
Aku tau mesti ramai kecam aku, tapi ni jela cara aku mampu meluah. Kau faham tak rasanya bila berhadapan semua situasi ni dengan rasa anxiety?
Aku punya takut nak confrontation, takut nak bagitau masalah aku hadapi dengan suami, takut nak kena hadap mulut MIL tanpa mampu buat apa2 selain menangis… kadang aku rasa macam nak mati je tau, aku tak depressed tapi aku stress. Tapi aku memikirkan anak kecik aku yang perlukan maknya.
Aku tak halang suami aku teman mak dia, cuma jangan paksa aku buat benda sama, jangan paksa aku bagi anak aku kat MIL. Aku cukup mengalah bila laki aku utamakan mak dia tapi jangan suruh aku mengalah bagi anak aku kat dia. Aku tak rebut laki aku dari MIL so jangan duk rebut anak aku dari aku…
biar la nak kata aku ada attachment issues ke apa. Aku rela dari ditinggalkan sendiri sementara laki aku ngan mak dia sibuk ngan anak aku… aku tak mintak banyak, jangan suruh aku kongsi anak aku.
Aku dah kongsi laki aku ngan maknya sudahla… aku penat. Aku tau aku zalim sebab pisahkan cucu dengan neneknya. Aku lagi banyak bagi orang lain pegang anak aku daripada MIL. Kalau laki aku paksa aku buat benda sama dekat mak ayah aku pon aku tak sanggup, tapi nak buat macam mana…
aku takut anak aku lagi rapat dengan atok neneknya berbanding aku. Aku takut anak aku lagi sayang kat atok neneknya daripada aku… ingat aku mintak ke dijadikan macam ni?
Ingat aku tak ikhtiar nak rapat ngan MIL? Ingat aku tak doa ke supaya perasaan aku ni dibuang? Banyak benda dah aku buat… bak kata laki aku, kita kat dunia ni bukan nak hidup senang, tapi hang kalah COC pon hang bising kat aku… penat la gini.
– Zakiah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit