Aku Nadrah. Umur sudah menginjak 28 tahun, masih single, sambung master, dan bekerja sementara di salah sebuah farmasi di Kajang untuk tampung perbelanjaan study aku. Tajuk aku berkisahkan mengenai susahnya nak cari bakal suami zaman sekarang. Sebab tu aku buat tajuk zaman dulu lain, zaman sekarang lain.
Aku memang jenis independent, kalau nak pergi mana-mana pergi sorang-sorang pun takpe. Makan sorang-sorang, balik kampung sorang-sorang, tengok wayang sorang-sorang, shopping sorang-sorang. Kalau zaman degree dulu2, selalu nak berteman kalau pegi mana-mana. Sejak sambung study, aku dah terbiasa buat apa-apa pun sorang-sorang. Aku terima je kalau korang nak kata aku forever alone, sebab aku memang tengah forever alone. Dah kawan semua dah kawin, nak buat macam mana. Haha.
Sambung study ni memang aku kena sangat independent, kalau result research aku tak okay, aku kena cari solution lain sendiri. Oh lupa nak bagitau, aku sambung study master in research, jadinya aku tak perlu attend apa-apa kelas. So, sebab tu aku boleh bekerja full time dan study full time. Kannn dah melerett aku cerita.
Nak dijadikan cerita, mak aku suruh cari calon suami sebab umur pun makin bertambah. Mak aku cakap kalau nak dia cari, memang takde. Hmm. Aku pun mula la cari di laman web cari calon yang islamik apa semua. Ramai jugak aku kenal di laman web tu, tapi ramai terus menyepi bila tau aku masih belajar. Masih tidak berputus asa, aku cari dan terus mencari. Tapi semakin banyak aku cari, aku makin putus asa.
Sebab apa? Sebab kebanyakan calon nak isteri yang bekerja, gaji paling kurang 2k ke atas. Siap ada yang demang nak gaji bakal isteri dorang paling kurang 5k. Mak aiii. Aku yang masih student dan hanya bekerja sementara ni terkedu sebab kalau tengok ciri-ciri memang tak layak. Mana taknya, gaji basic aku pun baru 1k. Alahai. Nampak gaya tak berlaki la aku sampai umur 30. Bila aku contact calon-calon yang tak kisah pasal gaji si perempuan, semua menyepi bila tau aku masih student. Kat sini la aku nak highlight, bezanya zaman dahulu dan zaman sekarang.
Kalau dulu, lelaki terima je kalau perempuan tak bekerja. Susah senang sama-sama. Zaman sekarang, kahwin ni ibarat macam hidup bersama tapi belanjawan tanggung sendiri-sendiri ye. Itu yang aku nampak bila semua calon lelaki nak bakal isteri dorang bergaji besar. Aku faham, zaman sekarang zaman ekonomi meleset, semua harga barang naik. Tapi kan Allah dah kata, kalau nak murah rezeki maka berkahwinlah kamu.
Banyak je cerita yang aku dengar dari mak aku. Anak kawan dia yang kawin tu tak kerja lagi, bila dah kawin, tup-tup dapat tawaran kerja. Yang dah kawin, berhenti kerja nak jadi suri rumah sepenuh masa, sambil-sambil tu buat jualan kek, kuih, biskut ataupun jualan online. Laku keras. Sebab apa? Sebab Allah dah janji, sape nak murah rezeki dirikanlah masjid.
Walaupun aku masih student, aku tak pernah mintak duit belanja dari mak ayah aku sejak aku habis spm. Sebab prinsip aku, selagi aku boleh berjimat, aku akan berjimat. Ukur baju di badan sendiri la kan, dah kalau gaji aku seciput, seciput la aku belanja tambah-tambah lagi tang makanan.
Mungkin ada segelintir kaum adam di luar sana yang tak memilih gaji pasangan, tapi sampai sekarang aku tak jumpa lagi. Setakat ini je la confession aku untuk kali ini. Mak aku pernah cakap, selalu doa ciri-ciri bakal suami yang aku nak setiap kali habis solat. Yang ni pun aku dah amalkan sejak umur aku 20 tahun. Mungkin jodoh aku tengah sesat tang mana-mana kot. Haha. Aku harap korang dapat doakan aku dapat bertemu jodoh yang terima aku seadanya.
Sekian. Wassalam.
– Nadrah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit