Assalamualaikum Readers and Confessor. Thank you admin if cerita ni diapprove.
Aku nak cerita masa ‘Zaman Nakal’ aku. Aku ni seorang yang ceria, memang dalam rumah ni aku jenis yang kaki gelak. Aku and adik bongsu aku Syada memang suka gelak. And aku rapat dengan semua adik beradik aku, aku ada 4 adik beradik and aku no 2.
Aku ni nak kata kan bad luck pun tak jugak, tapi nak kata ada luck pun tak jugak, tapi alhamdulillah laa perjalanan hidup aku dipermudahkan Allah. Mungkin berkat doa ibu ayah aku kot. Nape aku cakap macam ni ? Haa mehh aku cerita.
Aku ni boleh dikatakan pandai laa jugak dalam 4 beradik ni. Aku UPSR 4A 1B dan PSRA Mumtaz dan dapat masuk ke Sambest Asrama penuh. Tapi dugaan kan, dan mungkin pengaruh kawan yang buat aku jadi nakal. Aku bertahan sampai form 3 je, lepas tu aku ditukarkan ke Sekolah Hisammudin. Memang ayah aku suruh aku masuk sekolah agama sebab ibu ayah aku nak aku jadi ustaz, tapi aku ni salah pilih kawan dan mungkin aku masih mentah.
Form 1 aku masih okey, mendengar cakap dan tidak buat apa-apa benda jahat. Tapi start form 2 nak masuk form 3. Aku mula nakal, aku mencuri, aku tipu ibu ayah aku pasal result. Aku cakap kat mereka yang aku dapat 3A. Padahal 1A pun tak ada, aku tahu apa yang aku buat ni menghancurkan harapan ibu ayah.
Dan masuk form 4-5 aku makin nakal, melawan ibu ayah, curi-curi bawa motor and kereta, ponteng puasa, mencuri tak payah cakap laaa, itu dah memang menjadi kebiasaan. Cuma aku curi duit ibu dan nenek aku je, sebab aku ni cucu kesayangan nenek aku. Rotan, tali pinggang, hanger, penampar sebut saja. Semuanya pernah hinggap kat badan aku. Tapi Aku rasa puas bila dapat tukar-tukar hp, ye lahhh family aku masa ni memang susah. Cukup-cukup makan saja.
Start masuk U, aku dah mula slow sikit. Oh ya, Result SPM aku cukup-cukup makan saja, so aku masuk U dalam bidang medical. Tapi bukan Doc lah, alhamdulillah lepas 3 tahun berjuang hahah, aku grad. Dan setahun jugak laa aku tanam anggur, tapi sepanjang setahun tu, aku ada laa buat bisnes online. And aku dapat beli kereta di usia aku 23 tahun.
Tahun 2014, ayah dapat pergi haji. Dan sebelum ayah berangkat ke airport, ayah bagi pesanan yang buat aku ingat kata-kata ayah. Ayah pesan, “Along Angah, ayah nak pesan. Jaga Ibu, and adik-adik. Sepanjang ayah tak ada, pantau lah ibu and adik-adik jaga makan minum. Ayah nak, Along dengan Angah imamkan ibu adik dekat rumah, at least sekali seminggu. And ayah nak along angah gantikan ayah dekat surau, sepanjang ayah tak ada.”
Masa ni memang aku menangis, aku cakap dalam hati, aku ni laa anak harapan ayah ibu (abang aku sakit), tapi kenapa aku boleh hancurkan harapan ibu ayah. Ok masa type ni pun aku dah bergenang. Lepas dari tu, memang aku berubah. Aku jadi lebih bertanggungjawab.
Bulan 12 2015. Aku dapat surat tawaran untuk bekerja di hosp kerajaan. Dan sekali lagi, nasib menyebelahi aku, bukan sahaja aku diterima, malahan aku juga dapat hosp yang jaraknya hanya 25km sahaja dari rumah aku. Aku bersyukur sangat.
Sekarang aku lebih bertanggungjawab dengan ibu ayah aku, adik-beradik aku pun aku jadi lebih rapat sekarang. Duit-duit gaji aku, aku banyak spend untuk family. Belanja makan, belanja adik-adik aku. Aku happy bila tengok adik-adik aku happy. Dulu, apa-apa pun mesti aku utamakan kawan, tapi sekarang. Aku lebih utamakan family berbanding kawan. Dan aku lebih happy dan tenang sekarang.
Aku tahu, ini semua doa dari ibu ayah aku yang tak putus mendoakan aku. Dan aku bersyukur sangat Allah masih memberikan aku rezeki dan nikmat ni, walaupun aku banyak sangat dosa. Kadang aku rasa menyesal, tapi dah lambat. Berbelas tahun dah berlalu.
Kepada yang kat sana tu, tolong lah fikir dulu sebelum buat benda-benda jahat. Tolong laa ingat tanggungjawab kat family especially kaum lelaki. Sekian tu je laa perkongsian aku, yang mana baik ambik lah. Yang mana buruk, tinggalkan.
Assalamualaikum.
– Raef
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit