Hi semua pembaca IIUM Confession, aku bukan nak luah tapi lebih kepada nak cerita. Cerita kelakar mungkin.
Aku teringat zaman sekolah aku dulu, aku ada suka sorang mamat ni dia ketua Badar (ketua usrah) .
Aku suka dia sebab time dia mengaji suara dia sedap plus mamat ni kelakar, bukan je kelakar mamat ni jugak budak pandai.
Kalau dekat sekolah agama/Maahad time form 4 akan ada satu exam subjek agama iaitu exam SMU/SMA, dan dia dapat 10 mumtaz.
Aku ni pulak jenis suka budak pandai, tah tak tahu sebab apa aku memang tertarik betul dengan manusia-manusia bijaksana ni.
Sekolah aku setiap pagi akan ada perhimpunan dan setiap pagi juga ada bacaan al quran secara ramai-ramai tapi akan ada sorang yang lead.
Mamat ni la antara yang selalu lead bacaan al quran setiap pagi, serious suara dia mengaji memang padu.
Time tu aku form 4 dia form 5, setiap tahun akan ada hari sukan so kebetulan aku satu rumah sukan dengan dia.
Aku punya la gigih cari nombor dia dalam group rumah sukan kami, bila dah jumpa apa lagi aku pun chat la dia suruh dia save number aku.
Aku ingat dia tak layan, tapi dia reply jugak chat aku dan save number aku. So disebabkan aku suka dia, aku selalu bagi pick up line kat dia.
Zaman tu memang tengah famous la pick up line ni. Bila teringat balik rasa kelakar pun ada. Yang aku ingat pick up line yang aku bagi kat dia,
“Awak selalu jadi imam time solat zohor kat sekolah, bila pulak awak nak jadi imam saya…” Weyh bila teringat sumpah nak muntah, HAHAHA.
Pastu korang bayangkan dia balas dengan pick up line balik tau tapi aku tak ingat sangat.
Lama jugak la kami chat kat whatsapp tu, so dia tahu yang aku suka dia.
Bila dia tahu aku suka dia, cuba teka dia suruh aku buat apa? Dia suruh aku pakai purdah babeeee. Sumpah dia ingat aku isteri dia ke?
Aku tak tahu kenapa lepas dari tu aku turn off dengan dia, aku terus block dia kat whatsapp.
Jumpa kat sekolah pun buat bodoh je, kalau kawan-kawan dia terserempak dengan aku mereka akan selalu panggil aku dengan nama mamat tu. Sumpah menyampah.
Berlarutan sampai aku form 5 tau, time tu dia ambik STAM.
Aku bukan turn off sebab pakai purdah tau, tapi aku rasa mamat ni acah baik.
Dia sumpah menggatal dalam whatsapp tapi in real life dia pura-pura jadi laki jual mahal.
Tu je aku nak cerita, terima kasih sudi baca.
– Mawar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Adik beri pick up line pada mamat tu at the first place. Kat situ dia dah nampak adik -maaf ckp- murah dan x jaga iktilat. Jangan harap dia nak hormat adik. Baguslah adik tak teruskan. Setidaknya terhindar dari dosa. Alhamdulillah.