Assalamualaikum dan salam sejahtera
Terpanggil untuk tulis confession ni selepas membaca confession puan yg baru lepas bersalin dan tgh berpantang..
Walaupun saya tak pernah lagi bersalin dan berpantang, I feel u sis!
Hmm kes yang hampir serupa juga berlaku kat saya.. 2, 3 tahun lepas saya selalu masuk hospital.. tak kira lah wad icu (intensive care unit), hdu (high dependency unit) mahupun ward biasa, semua saya dah rasa. Disebabkan saya dan mak ayah saya ramai kenalan, so ramai juga lah yang datang melawat.
Actually, saya faham niat baik diorg yang datang melawat tu, semuanya nak gembirakan saya/pesakit dan mendoakan tapi tak kurang juga yang melawat tu bawak perangai tak senonoh mereka sekali
1) melawat beramai-ramai
Tak perlulah datang beramai2 nak melawat pesakit, walaupun dalam hospital swasta. Kalau bilik satu pesakit sorang tak apa jugak, ini wad berkongsi. Siap bawak bekalan makan dan picnic pulak kat situ, gelak2 sambil tgk tv. Buat bising.. mentang mentang hospital swasta, rules agak longgar tapi agak2 la..
2)tempoh waktu melawat
Ini pun ada kaitan dgn yg no1. tadi. Sudahlah buat bising, lepak lama lama pulak dekat katil patient tu. Ingatlah patient lain perlu berehat jugak. Patient yg datuk/nenek/mak/anak awak tu pun nak berehat jugak. Kalau kamu ganggu dia macamana dia nak rehat dgn secukupnya.
3) buah tangan
Semasa melawat patient kat hospital, bagus sebenarnya bawa buah tangan. Seeloknya makanan lah kan. Tapi perlu diingatkan kalau nak bawa buah, pastikan dah dipotong siap siap (kalau kes saya sejuk2 lagi sedap) janganlah bawak buah dalam hamper yang belum buang kulit atau susah dikupas. Patient xde masa nak pegang pisau potong/kupas buah tersebut. Last skali mesti patient tu tak dapat makan.
Seelok eloknya kalau nak bawa makanan/buah tangan, hubungi pesakit yg nk dilawat tu atau ahli keluarga pesakit dahulu. Mungkin pesakit tersebut ada pantang makan atau alergi dgn sesetengah bahan makanan. Ataupun mungkin pesakit tersebut teringin nak makan apa2 .. lagi happy patient tu kalau bawakkan makanan favourite dia.
4) pertanyaan
Elakkan terlalu banyak bertanya pesakit mengenai penyakitnya. Sebab kadang2 patient ni stress. Dah lah stress dgn sakit dia, kamu pulak banyak pulak pertanyaannya.
Dan lagi satu,
Kamu tak perlu pandai pandai nasihatkan pesakit itu, kecuali kamu mmg doktor pakar atau pun ahli yang berkaitan. Nasihat kamu mungkin salah.
Pesakit mungkin lebih arif tentang penyakitnya itu.
5) kanak kanak
Ini ada kaitan juga dgn yg no1 tadi. Seeloknya tak perlulah bawa kanak kanak terutamanya yang tengah lasak.karenah kanak kanak meragam , merengek dan berlari lari menambahkan stress pesakit dan kadang kadang menyusahkan kerana mereka mungkin mengusik mesin mesin yang digunakan di hospital. Lagipun hospital banyak kuman, elakkan bawa kanak kanak kerana sistem imun mereka masih belum kuat.
Saya rasa cukuplah setakat ini sahaja. Saya menulis berdasarkan pengalaman saya, mendapatkan rawatan di hospital swasta dan juga hospital kerajaan.
– cik sakit
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit