Zina Dengan Tuan Rumah

Hi semua.. Mohon beri nasihat dan pandangan anda.

Saya sudah lama memendam rahsia ini tetapi semakin saya tanam, semakin terbakar hati saya, sampai tak lena tidur.

Saya rasa kan, kalau boleh saya luahkan sahaja supaya ruang dada saya tidak lagi dihimpit dengan rahsia ini.

Mungkin juga boleh dijadikan iktibar kepada pembaca semua.

Saya tinggal dalam rumah sewa yang dimiliki Kak Tortilla (bukan nama sebenar), dia master tenant dan suaminya bekerja di negeri lain.

Saya hanya menyewa satu bilik kecil yang bersesuaian dengan gaya hidup bujang.

Nak dipendekkan cerita, satu malam tu saya terlanjur dengan Kak Tortilla di dalam biliknya.

Saya tahu perbuatan saya salah & terkutuk tapi apakah daya, bisikan syaitan telah membakar kesemua tembok iman saya.

Tapi yang saya tidak jangka, Kak Tortilla tidak membenci saya, malah kami menjadi lebih intim dan lebih kerap melakukan perbuatan zina di biliknya.

Saya risau ini akan menjejaskan hubungan Kak Tortilla dengan suaminya dan mungkin akan menyebabkan mereka bercerai.

Saya rasa serba salah dan ingin berpindah keluar tetapi saya sudah bayar deposit advance dan sain kontrak X tahun.

Patutkah saya pindah atau habiskan sahaja tempoh 1 tahun penyewaan?

– Amboiasamboi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

8 Comments

  1. Pindah. Selagi kita bernafas, selagi itu pintu taubat terbuka. Jadi, marilah taubat. Pindah tetap pindah ok bro.

  2. Kalau rasa iman tu ada lagi and dah bertaubat nasuha , tolong keluar dari rumah tu , kalau nk tunggu tempoh 1 tahun tu silap2 keluar anak tak sah taraf . Ni bukan ikut logik akal dh ni , ni ikut iman kau tu ada ke x .

  3. Dosa zina sudah berat, ini kan lagi dengan isteri orang, terlalu berat. Ingat, balasan Allah itu pasti. Hari ini kita buat pada isteri orang… apa perasaan kita pula bila isteri kita buat dengan orang lain. Satu lagi…. Sekarang ini tak semestinya daun tua sahaja yang gugur dari pohon, daun muda pun boleh gugur. Jadi, keluarlah dari rumah tersebut segera. Jangan sayangkan duit pendahuluan yang telah dibayar tetapi fikirkanlah azab yang akan kita terima nanti.

  4. 3bulan advance kontrak 1 tahun? klu lps hbs kontrak ko smbg kontrak tahun kedua ko takyah byr lgsg setahun tahun kedua pun tenant takkan halau ko😂😂😂 yg paham tu pahamlah.hihi. sory2 im kidding, kuar la bro sbb.. ko kn org islam

  5. tak apa, ni semua sebab bisikan syaitan. kami as readers sangat memahami. bertaubatlah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *