Zodiac, Astrology & Horoscope

Assalamualaikum, aku bukanlah nak confess pun cuma lebih kepada knowledge sharing saja sebab lately ni berdasarkan permerhatian aku banyak orang percaya pada zodiac2 astrologi ni terutamanya dalam kalangan wanita.

Kadang2 aku nampak ramai orang share post2 berkaitan zodiac ni sama ada kat fb, ig ataupun dorang tulis kat bio Clubhouse maybe untuk define which characters they are actually. Jadi buat aku terfikir, oh ramai juga orang islam yang percaya benda tahyul macam ni.

Tapi itu bukan sebabnya aku rajin nak menulis kat sini. Yang menjadikan aku rasa perlu menulis ialah masa aku layan dengar orang bercakap kat Clubhouse tempoh hari, ada seorang moderator dalam room tu yang buat scanning berdasarkan tarikh lahir seorang akak ni.

Akak tu seorang engineer (which is orang yang ada pelajaran). Akak tu cuma bagi tarikh lahir dia je, kemudian moderator tu akan baca apa sifat2 akak tu dengan detail sambil didengari oleh orang ramai.

Kalau ada orang yang tak tahu pasal hukum hakam, dia orang pun mungkin percaya saja zodiac2 ni.

Aku agak terkilan benda ni ramai orang percaya. Dalam Islam, ilmu astrologi ni amatlah dilarang sama sekali sebab ia sama seprti tilik nasib which is kalau percaya boleh memesongkan akidah.

Tilik nasib atau ramalan ni luas kaedahnya. Ada yang melalui bacaan tarikh lahir, tengok tapak tangan, melenggang perut (amalan orang dulu untuk tentukan jantina bayi), at-tiyarah amalan orang arab (yang menggunakan burung) dan banyak lagi.

Buat yang tak tahu, zodiac/ astrologi/ horoskop ni ialah ilmu yang kononnya boleh menentukan kekuatan dan kelemahan seseorang berdasarkan ciri2 yang ada dalam diri dia biasanya dengan melihat tarikh lahir.

Dengan tarikh lahir tu dia akan menentukan yang korang dalam kategori bintang apa contohnya macam aquarius, pisces, taurus, gemini, cancer etc bagi kalendar greek.

Kalau dalam kalendar cina pun ada macam tahun ular, tikus, lembu etc. Dan dari situ, kemudian dia akan pecahkan kepada 4 element api, air, tanah dan udara.

Bagi orang bukan islam, terpulanglah kepada mereka nak percaya, tapi untuk orang islam, boleh terpesong akidah kalau percaya benda macam ni sebabnya bila apa yang tukang tilik tu ramal kemudian ianya terjadi,

Manusia akan mula percaya pada ahli tukang tilik ni atas kuasa ajaibnya dan benda2 yang dianggap keramat sedangkan tidak,

Kerana itu adalah apa yang dicuri dengar oleh syaitan (tentang perkhabaran di langit yang dibawa oleh malaikat) untuk disampaikan kepada tukang sihir dan dukun bagi tujuan memesongkan umat manusia.

Baiklah disini aku sertakan dalil2 yang melarang umat islam percaya pada tilik nasib/ ramal nasib/ horoscope/ astrologi/ zodiac ni sebab taknak lah nanti korang tuduh aku cakap kosong pula.

[1] “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum khamar, berjudi, berkorban untuk berhala, MENETUKAN NASIB dengan anak panah, adalah daripada perbuatan syaitan. Maka jauhi perbuatan2 itu supaya kamu beruntung” (al-Maidah, 90)

[2] “Katakanlah (wahai Muhammad) tiada siapa di langit dan bumi yang mengetahui perkara ghaib MELAINKAN ALLAH”. (al-Naml: 65)

[3] “Sesiapa yang datang kepada ‘arraf (tukang tilik) kemudian bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh(40) hari ” (Shahih Muslim No: 2230)

Maksubnya baru mendatangi penilik nasib, solatnya selama 40 hari tidak diterima inikan lagi mempercayai. Auzubillah.

[4] “Barangsiapa yang mengambl bagian dari ilmu bintang maka ia telah mengambil bagian dari ilmu sihir.” (Riwayat Abu Daud, no. 3905)”

[5] “Barangsiapa mendatangi kahin atau arraaf (dukun) dan dia membenarkan ucapannya maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad (Al Qur’an)”. (Riwayat Ahmad, no. 9536)

Para ulama menyebut hukum percaya tilik nasib , bintang-bintang dan petanda tertentu adalah kafir kerana bercanggah dengan al-quran dan hadis selain segala perbuatan seperti ini membawa maksud bahawa ada pihak lain yang berkuasa mengetahui perkara ghaib

Walaupun begitu, ilmu ramalan kaji cuaca, gelincir matahari ataupun ilmu menetukan arah kiblat tidak termasuk dalam ilmu astrologi ni sebab ianya berdasarkan fakta kajian dan statistik yang menentukannya.

Contohnya ramalan kaji cuaca berdasarkan fakta pergerakan tiupan angin, kadar taburan awan dan statistik kajian.

Ok lah nak share tu saja supaya ramai masyarakat sekeliling kita ni cakna tentang zodiac ni.

Kalau setakat nak baca saja tanpa percaya hukumnya harus contohnya kita nak buat kajian berkaitan benda ni. Tapi kalau percaya, ia boleh membawa hukum syirik yang mana ia tergolong dalam dosa2 besar.

– S (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *