Assalamualaikum dan selamat sejahtera kat admin dan pembaca semua. Terima kasih kepada admin kalau menyiarkan cerita aku ni. Okay, ceritanya macam ni. Aku dah lama kahwin. Tahun ni dah masuk enam tahun usia perkahwinan aku. Habis belajar terus kahwin. Kerja pun berapa bulan je, lepas tu dah sibuk pasal kahwin. Kehidupan aku agak biasa dan sederhana. Cukup makan pakai. Suami penyayang. Cuma satu masalah kami. Kami belum ada zuriat dan aku tak kisah langsung pasal zuriat ni.
Bagi aku enam tahun tiada anak, macam tiada apa-apa. Kalau orang lain usaha, menangis, dan lain-lain. Aku pula tiada usaha, tiada air mata. Kalau orang tanya pasal anak, aku tak sedih. Tapi aku rimas. Ye, aku rimas. Dalam hati aku, suka hati aku la nak usaha ke tak nak. Suka hati aku la nak ada anak ke tak nak. Macam-macam orang bagi tips kat aku. Minum susu kambing, susu kurma, jus delima, amalkan pemakanan sunnah dan lain-lain. Tapi aku ambil tips tu macam angin lalu je. Kalau akak abang aku, dah berderet-deret anak mereka. Aku pandang sepi je kat budak-budak tu. Bila aku tegur perangai anak buah aku, abang akak aku asyik cakap yang aku ni tak tahu apa-apa pasal anak. Apakan daya, aku diam dan dalam hati aku, baik tak payah ada anak kalau perangai anak macam ni. Happy je hidup ni.
Pasal suami aku pula. dia pernah cakap kat aku yang tipu la kalau takde perasaan nak anak. Cuma rasa membuak-buak nak anak tu takde. Kami tak pernah check kat hospital apa punca kami belum dikurniakan zuriat. Berurut pernah. Itu pun kebetulan ada tukang urut datang rumah nak urut mak aku. Mak aku cakap daripada aku duduk tengok tv je, baik berurut. Aku pun berurut semua. Masih tiada hasil. Oh, aku berurut sekali je sebab macam aku cakap tadi, kebetulan dia ada kat rumah mak ayah aku masa aku balik rumah mak ayah aku.
Banyak kali juga aku menangis berdoa kat Allah. Kenapa hati aku macam keras sangat nak usaha ada zuriat. Kenapa aku tak suka budak-budak. Kenapa aku rasa ragu-ragu sangat nak ada zuriat? Kenapa perasaan aku tak macam orang lain? Kalau orang kata anak artis itu ini comel, aku tak tahu kat mana comelnya. Muka budak-budak dan baby memang macam tu kan? Kawan aku yang baru setahun dua tiada anak meminta tips kat aku. Macam mana aku boleh tabah bila belum dikurniakan zuriat selepas enam tahun berkahwin. Mak dan mertua pernah tanya pasal zuriat kat aku, tapi sekadar tanya begitu sahaja. Bila mereka bagi dorongan kat aku, aku ada la usaha sikit. At least bila mereka tanya nanti, aku cakap la aku ada usaha. Aku makan pil acid folic. Tapi sekejap je la sebab bila aku makan pil acid folic, aku tak boleh tidur nyenyak. Aku kerap terjaga pada waktu malam. Badan aku jadi sakit-sakit. Bila aku stop, badan aku okay semula.
Pernah aku melawat orang baru lepas bersalin. Setiap kali aku melawat tu la semua orang akan paksa aku dukung baby yang baru lahir itu. Katanya ambil berkat. Setiap kali orang orang suruh tu juga la aku akan tolak sekeras-kerasnya. Walaupun mak baby tu sendiri yang suruh, aku tetap akan tolak. Yela, baby tu fragile. Kalau aku salah pegang macam mana? Kalau badan aku banyak bakteria waktu tu macam mana? Mereka kata, belum pernah jumpa orang yang tolak untuk dukung baby. Aku pun diamkan je la. Instagram aku pula, penuh dengan gambar baby dan budak-budak. Sampai aku tak tahu pemilik akaun instagram tu siapa. Jujurnya, aku serabut tengok gambar budak-budak tu semua. Satu hari tu, aku cerita la perancangan masa depan aku kat mak aku. Mak aku cakap, aku ni terlalu sibuk merancang masa hadapan. Pernah fikir mengenai zuriat? Itu pun masa hadapan juga. Aku terdiam dan acah-acah tukar soalan. Fuh!
Aku tahu mungkin ada ibu bapa luar sana yang baca ni kecil hati dengan luahan aku. Tapi itu la hakikatnya. Aku terasa macam hati aku ni kotor sangat sampai tak suka budak-budak. Hina sangat diri aku ni sampai tiada rasa mahukan zuriat. Aku sedar umur makin meningkat. Tahun hadapan dah masuk three series. Bila aku luah kat kawan, kawan tak percaya. Bagi mereka, mana ada orang yang tak nak zuriat. Setiap hari aku tanya kat diri aku, apa nak jadi dengan hidup aku ni. Orang lain sibuk nak ada zuriat. Aku pula rimas pasal zuriat. Aku dah cukup bahagia dengan suami dan kerjaya aku. Aku belum nampak lagi kenapa aku perlu usaha untuk ada zuriat sedangkan aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang ni. Bagi aku, kalau ada rezeki.. tak akan kemana pun rezeki itu. Mohon bagi nasihat supaya aku ni sedar diri. Perasaan aku sekarang ni rasa macam nak seseorang lempang aku dan sedarkan diri aku ni yang rasa terpesong sangat.
– Arya Stark
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit