Assalamualaikum admin dan pembaca iiumc yang dikasihi. Saya doakan anda semua berada dalam rahmat Allah swt. Bila sebut tentang zuriat, semua orang akan bayangkan indahnya kehidupan rumahtangga dengan adanya zuriat.
Walau apapun rezeki yang dikurniakan, rezeki zuriat ni paling orang tunggu terutamanya bagi pasangan yang telah berkahwin. Saya pun berharap Allah kurniakan zuriat seawal 2 bulan pertama selepas berkahwin 2 tahun lepas. Tapi sampai sekarang, rezeki itu belum hadir lagi dalam rumahtangga saya dan suami.
Sebelum ni, hal zuriat bukan jadi keutamaan saya disebabkan kekangan masa dan kewangan. Ditambah lagi, saya dan suami terpaksa berjauhan sebab kerja. Jumpa hanya sebulan atau 2 minggu sekali. Namun, akhir-akhir ini rasa dan keinginan untuk mendapatkan zuriat semakin kuat.
Tersentuh sangat bila dengar cerita rakan-rakan lama yang dah mempunyai zuriat. Ada yang menunggu 3 tahun untuk dapat zuriat, dan ada juga yang 2 tahun sekali tambah zuriat. Semua tu mereka kongsi di fb dan ig.
Kadangkala bila ada yang bercerita tentang zuriat, saya akan psiko diri sendiri bahawa saya bahagia dengan kehidupan saya. Saya rasa bebas kerana belum terikat dengan komitmen membesarkan anak. Saya boleh bangun lewat, bersiap hanya untuk diri sendiri, duit gaji hanya untuk keperluan sendiri (termasuk kirim wang pada ibu ayah).
Saya tak perlu fikir tentangan yuran taska, keperluan anak dan yang paling penting tiada gangguan tidur. Saya bayangkan indahnya kehidupan yang saya jalani selepas berkahwin. Namun hakikatnya, saya amat berharap agar diberikan zuriat kerana fitrah pasangan yang telah berkahwin, kesusahan membesarkan anak itulah yang paling indah sebenarnya.
Keinginan bertambah kuat untuk memiliki zuriat selepas berjumpa dengan seorang rakan lama. Kami sama-sama enjoy masa bujang tapi kini suasana jadi janggal bila berjumpa kerana dia sibuk melayan anaknya. Dia sangat berbeza dengan yang saya kenal dulu. Saya cuba layan anak dia, tapi mungkin wajah saya nampak garang so baby rasa tak selesa, hehe.
Saya selalu terdengar suara anak-anak jiran di rumah saya memanggil ibu mereka, bermacam gelaran, mama, ibu.. Kadangkala dengar suara mereka merengek2, ketawa, menangis. Tanpa sedar, suara mereka menjadi satu bunyi yang sangat saya senangi. Dan ketika itulah saya menangis sayu kerana belum ada yang memanggil saya dengan gelaran itu.
Saya selalu berharap dan berdoa pada Allah agar dipermudahkan urusan saya untuk mendapatkan zuriat. Saya dalam usaha untuk berpindah tempat kerja yang lebih dekat dengan suami, survey klinik yang ada buat rawatan kesuburan, amalkan doa2 sebagai cara alternatif dalam usaha untuk mendapatkan zuriat.
Saya mohon kepada semua pembaca agar dapat membantu dengan mendoakan saya dan suami berjaya dalam usaha kami.
– Ingin jadi ibu
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit