My TTC Journey.
Assalammualaikum. So! Coretan ini untuk sesiapa sahaja yang cuba usaha untuk hamil dan memiliki zuriat bolehlah baca sampai habis.
Mesti ada usaha, semangat dan kena rajin, yang penting tawakal dan percaya bahawa rezeki tu Allah yang izinkan. Aku hampir tak ingat sekitar tahun berapa aku bermula. Tetapi yang pasti hampir setahun setelah bernikah.
First of all. CHECK dengan Doctor atau terus ke pakar Obstetric & Gynaecology (Obgyn) tentang kenapa :
* Menses tak regular atau
* Masih tidak mengandung atau
* Senggugut yang melampau atau
* Sakit bawah abdomen atau
* Perut membesar tapi tak mengandung atau
* Apa sahaja yang korang rasa something wrong pada your body termasuk lelaki yaaaaa
Macam aku, misi utama aku nak tahu kenapa aku masih tak mengandung jadi aku terus ke klinik dan minta refer kepada Obgyn KPJ Ampang Puteri masa tu.
So! Skip the proses. Aku mempunyai Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS). Yes, masa tu down gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Aku tak puas hati, aku pergi cari second Obgyn di Setapak. Punnnn, cakap benda yang sama.
Makanya aku research dan research dan research tentang PCOS dan cara untuk atasi perkara ni. Tak boleh duduk diam seh.
Actually PCOS ni adalah sejenis kecacatan dari lahir. Ia bukan penyakit. Senang cerita. Org yang ada PCOS adalah orang yang mesti sihat dan slim dan cantik je. Kbai. Gugel hokey.
Macam2 punca infertility ni. Mungkin tiub fallopian tersumbat, sperma suami ada masalah, fabroid, endometriosis, ovulation disorders etc.
******************************
Bermulalah episod aku menghantar diriku ke Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
First! Kena call LPPKN buat appointment. Misi akan bagi tarikh sekian-sekian. Aku dapat sebulan selepas dari hari yang aku call. Setengah orang dapat appoitment setelah 2 bulan. Ya. 2 bulan ya bossku semua. Sebab tu kita kena bertindak dari sekarang.
So, sebelum sampai LPPKN, Misi dah inform siap2, tidak boleh bersama minimum selama 3 hari dan tidak lebih dari 5 hari. Sebab selepas 5 hari ‘askar’ dah pencen, dan kenapa minimum 3 hari? Untuk kumpul dan train ‘askar’ secukupnya sebelum diuji. Ada faham?
Anyway, just nak bagitahu korang. Sebelum sampai di LPPKN, parking di Medan Mara. Murah dan dekat.
First Appointment – Registration, Sperm Test, Ambil Darah Suami
Korang dikehendaki untuk bawa Kad Pengenalan, Sijil Nikah, dan suami.
*No perfume, deodorant, no smoking a week before sebelum lakukan ujian.
So sampai je, ambil nombor, isi borang apa yang patut, suami akan naik tingkat 7 masuk bilik misteri untuk mengeluarkan Sperm, alone.
Sementara itu Misi akan bekalkan soalan cepumas untuk korang jawab. Jawab dengan jujur!
Berapa kali seminggu bersama? Merokok? Pernah bertukar-tukar pasangan? Berapa lama kahwin? Ambil sebarang ubat atau dadah? Haaaa jujur okay.
Setelah isteri selesai, suami pula akan disoal siat!
Korang kena tunggu pula untuk dapatkan result Sperm. Dalam sejam macam tu. So, sementara tu bolehlah pi pekena teh tarik dan makan-makan kat area tepi2 Medan Mara dan Pertama tu.
Selesai dapat result. Korang akan diterangkan dengan lebih lanjut mengenainya dan dapat second appointment serta buat bayaran di kaunter, cash atau debit atau kad kredit.
Kalau result sperm tidak baik, suami dikehendaki lakukan sekali lagi ujian tersebut (pada hari lain) untuk memastikan Sperm suami betul2 bermasalah.
Semasa first appointment Misi akan bagitahu untuk telefon LPPKN jika menses hari pertama, so dia akan bagi tarikh suruh datang 2nd appointment pada CD2-CD5 menses.
*Okay untuk kes orang yang menses tenggelam timbul. Minta dengan Misi pil utk turun haid. Sama ada Duphaston atau Norculat dia akan bagi dan makan ikut cara yg ditetapkan.
Pada hari menses pertama juga anda akan diminta untuk hubungi mana-mana imaging center yang telah disarankan oleh LPPKN untuk HSG. Aku pilih KPJ Tawakal. Dr, Fatimah.
Pendaftaran : RM40
S/A SCS (Sperm Test) : RM50
STD Screening : RM28
Blood Group : RM5
********************
Second Appointment – Ambil Darah Isteri
Kenapa ambil darah? Untuk tengok masalah lanjut yang korang hadapi. Kat sini dia boleh tengok Follicle Stimulating Hormone (FSH) and Luteinising Hormone (LH) – disinilah tahap hormon estrogen dan progesterone anda dapat dikenalpasti. Berapa banyak ovari menghasilkan telur, kurang atau rendah atau normal. Atau dah nak monopause pun boleh detect. Blood Group (ABO) – Jenis darah dan Sexuality Transmitted Desease (STD) – Mana-mana jangkitan yang dihidapi.
FSH / LH : RM40
STD Screening : RM28
Blood Group : RM5
*******************
HSG day di KPJ TAWAKAL pada CD10/ Habis Menses
Aku pilih KPJ TAWAKAL untuk lakukan Hysterosalpingogram (HSG) iaitu X-RAY dibahagian abdomen terumatamanya rahim dan tiub fallopian. Dimana, sejenis cecair dye (berfungsi seperti sperm) akan dimasukkan melalui vagina and cervix anda untuk ketahui saluran tiub berfungsi dengan baik atau tidak. Jika semasa X-Ray terdapat gambaran Dye menembusi lubang tiub bermakna tiub fallopian anda berfungsi dengan baik. Jika tidak, mungkin terdapat sekatan yang akan diterangkan oleh doctor.
Tapi kadang-kadang kalau orang yang tersumbat tiub fallopion ni, bila lepas HSG, dia ibarat flush, so tiub fallopion dia kembali normal. Depends.
Anyway, HSG tak sakit. Macam buat pap smear je rasanya cu olls. Semasa buat HSG amalkan less panic, jangan kem*t, relax, tarik nafas. In sha Allah everything pun berjalan dengan lancar.
Masa HSG husband temanlah ya. Bawa pantyliner sebab selepas melakukan HSG korang akan didatangi dark brown spot.
HSG KPJ TAWAKAL : RM180
*****************************
3rd Appointment – Ambil Darah Isteri CD20
PH : RM20
***********
4th Appointment – Finally jumpa doctor!!!
Jangan lupa bawa result HSG. Time ni barulah korang akan tahu segala result from the first day buat test! Like finally. This is just a beginningging! Selepas doctor explain, doctor bagi aku dua pilihan. IUI ke nak cuba sendiri. Aku pilih IUI. Sebab sejenis tak sabarkan?
So, bermulalah episode IUI (Cerita 2nd IUI)
Aku makan Duphaston turunkan menses. Yes, sebab sejenis yang tak sabar.
Consultation RM10
Duphaston RM37.80/ sekotak
******************************
5th Appointment – Consultation dan bawa balik ubat persediaan IUI
Macam biasa sebelum nak mula kena dari CD1 menses.
Makan clomid seperti yang ditetapkan dari CD2-CD5. Clomid ni ada cara makan dan xboleh sesuka hati makan tanpa saranan dari doctor. Dan kalau makan clomid ni, jika mula pukul 10 malam, esok, lusa, tulat pon makan 10 malam, ada faham?
Aku dibekalkan dengan Gonal-Fx 4 guys! Which is sebelum ni satu Gonal-F ja…. Gonal -F ni adalah untuk mematangkan telur. Cucuk sendiri di rumah. Kalau suami kau tak penakut bolehlah dia tolong cucukkan. Tak sakit pun. Sakit lagi bersalin. Ingat tu je. Kalau betul2 nak ikhtiar hati kena kering.
Clomid : RM39
Gonal-Fx 4 : RM396
Consultation : RM10
*********************
6th Appointment – Ultrasound ovum berapa ketul yang membesar dan mematangkan diri + consult.
So Doctor ultrasound, dia cakap ovum belum cantik… dan belum cukup. Kalau tak cukup matang. Korg kena tambah Gonal-F. Maka baliklaaaa bercucuk dengan Gonal-F nii…
Gonal-Fx1 : RM99
Ultrasound : RM20
Consultation : RM10
*********************
7th Appointment – Ultrasound + Consult
Alhamdulillah ovum pon cantik dan menepati saiz yang diinginkan, suntikan Pregnyl pula dibekalkan dan akan ditetapkan pada waktu tertentu 24-48 jam sebelum melakukan IUI. Ni pun suntik sendiri.
Aku dibekalkan Duphaston juga.. Which is… kena start makan selepas suntikan pregnyl.
Suntikan pregnyl ni adalah suntikan untuk penetasan telur atau suntikan untuk bantu terjadinya ovulasi.
Pregnyl : RM45.30
Syringe : RM0.60
Duphaston x24: RM64.80
Ultrasound : RM20
Consult : RM10
****************
IUI day – Datanglah lenggang kangkung tak boleh pakai perfumes, deodorant, bersih dan banyak2 berdoa. Suami diminta untuk mengeluarkan sperm pada awal pagi dan jumlah semen yang perlu ada selepas dicuci tidak kurang dari 5 juta sperm yang gagah dan perkasa. Aku buat IUI pukul 9 pagi. Proses sperm ni nanti korang tahulah masa nak buat tu.
Bersama suami 3 hari sebelum IUI adalah lebih afdhol, agar sperma suami tidak pencen pada hari IUI. Selepas IUI selang dua atau sehari digalakkan bersama.
IUI : RM350
******************************
In sha Allah jika anda dikurniakan rezeki zuriat ketika itu. Alhamdulillah. Nikmatilah morning sickness dan alahan2 tertentu dan moment2 yang indah.
Masih belum habis, IUI pertama dan kedua aku masih belum rezeki untuk mendapatkan zuriat.
AKU GIVE UP DENGAN IUI……
Setelah melakukan research demi research… aku ambil keputusan untuk laporascopy.
Iaitu bersama Dr. Hamid Arsyad. He is sangat lembut apabila bercakap dan penuh motivasi. After aku explain apa aku dah harungi dan explain dan tunjuk test sebagai. Aku straight to the point je dengan Klinik Hamid Arsyad, aku cakap aku nak buat Lasporascopy surgery which is, penebukkan lubang pada ovari2 ai. Aku dah tengok banyak gila video tebuk ovari ni. Scary but not scary.
Aku patut buat laporascopy pada December 2016.
Kos Laporascopy
+ – RM10k
Dalam pada masa nak tunggu laporascopy tu… aku bedal je apa aku nak makan. Aku give up dan aku malas nak ambil pusing pasal diri aku yang tak mengandung2 lagi dengan mulut bawang yang tak habis2 tanya bila nak mengandung. EH, KO INGAT BUAT ANAK NI MCM BUAT kuih tart ke gentel2. Plus sebenarnya waktu tu busy kerja.
Jeng jeng jeng.
Alhamdulillah rezeki aku pada ketika itu.. aku dikurniakan seorang cahaya mata; spontaneous pregnancy.
Do u know how magic it is? Aku tak menses almost 5 months ketika itu. But i pregnant only 6 week masa dapat tahu. So, tak menses tak semestinya tak berlaku ovulation! Jaga-jaga haaa…
Because i know sometimes hormones imbalance, so aku lantaklah kau nak keluar ke xnak ke, i dont give a damn masa tu. Jimat pun jimat. Haha.
Alhamdulillah. Syukur pada Allah yang maha besar lagi maha mendengar rintihan serta doa2 hamba2nya.
Jangan putus asa. kalau ada masalah. Jangan down dan sedih. Allah mengkehendakkan sesuatu jika Dia mahu. Apa pun terjadi pada anda jika bukan rezeki bukanlah. Tetapi, kita kena usaha dan tawakal.
Semoga cerita ini dapat menginspirasikan insan bergelar mom and dad to be. U can do it!
Jangan tumbang sebelum berperang.
– Pengemis Zuriat
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit