Baca Ini Jika Anda Menantu Perempuan

Assalamualaikum

Terlebih dahulu, aku ucapkan ribuaan terima kasih kpd Admin krn sudi post kan artikel ini..hihi.. Aku tuju utk semua perempuan dan wanita terhebat di luar sana.

Aku iman, ibu kpd 2 org anak. Aku tinggal brrsama ibu mertua. Bukan krn aku tak mampu hidup berasingan, tapi atas krhendak dan pilihan suami, aku pasrah. Kisah ini bkn nak mengaibkan tetapi lebih kpd pengalaman hidup sebagai menantu prrempuan.. Kenapa menantu prrempuan je? Sebab perempuan lebih banyak hadapi isu rumahtangga dgn mertua berbanding lelaki.. Bukan isu perbalahan dan perselisihan fhm antara mertua dgn menantu lelaki xde cuma lebih banyak isu yg menantu perempuan hadapi.. TRUST ME…

Aku bukan menantu pilihan.aku ada degree sama mcm suami..dulu aku ada kerjaya tetapi aku lepaskan demi hebatnya cinta aku pd suami..cewaahhhh. Hihi.. Aku ada sepasang chaya mata.. Sangat comel. Penyeri kehidupan kami semua. Di sini aku ingin kongsikan tips bagi mereka yg hadapi tekanan hidup bersama mertua atau bagi mereka yg “tak sebulu” dgn mertua. Reminder! Ini sekadar tips, mungkin sesuai mungkin tidak ..cuma jadikan panduan atas pengalaman yg aku lalui. Sob..sob..sob…

Kebanyakan kita org perempuan terlalu sentisitif dgn byk perkara krn kita penat, letih dgn urusan kerjaya dan rumahtangga. Namun, cuba ambik masa rehatkan minda dari semua tu dan fikirkan jalan terbaik hadapi masalah dgn mertua kerana dia ibu kpd seorang yg melahirkan suami kita. Memang kita kena banyak mengalah sbb kita masih muda, means lebih muda dari dia dan masih boleh membentuk hati yg lembut sedang mereka yg lebih tua lebih tinggi ego, tinggi juga dari kuasa veto dan lebih keras hati…Reminder! Kita juga ibu. Stay
cool. Haha

Jika ada konflik sedang melanda, masa tu kita hilang separa akal dan tak tahu pada siapa nak mengadu, follow step ni;

1- MASUK BILIK, KURUNGKAN DIRI..
Kenapa? Ok. Masa ni marah tgh kemuncak, buat apa pun tak kan jadi.kalau masa tu ada anak mesti dan confirm marah anak kan bila anak buat salah sikit. Maklumla hati tgh “panas”. Tak pe. Kurungkan diri utk tempoh bertenang. Beri selama mana pun masa yg korang nak utk bertenang. Paling baik dan afdal, istigfar, ambik wuduk, solat. Jika time uzur ke dan tak mampu, duduk ambik earphone pasang lagu kuat2 dengar. Kenapa? Sebab masa ini time marah tgh kemuncak. Macam2 boleh berlaku jika tak boleh control kemarahan. Masa ni syaitan duk hasut kaw2 tau..macam2 benda syaitan hasut. Take time kurungkan diri sebentar, maybe separuh hari..berhari2 pun boleh..hahaha..ikut suka hang la. Kalau aku , aku kurungkan diri sehari suntuk. Masa tu semua org gelabah tanya kenapa, namun suami aku hebat. Dia tahu aku tengah di Zon Merah. Jadi dia akan backup aku, ckp.aku tak sht ke, ape2 lah.janji aku di kuarantin kan utk sejukkan gunungkan berapi..hampir2 nak meletup larva tu, cepat2 la ambik wuduk ye. Jangan tunggu syaitan hasut lama2. Nama je Iman ni. Bukan kuat iman sangat pun. Hohohojo

2- DIAMKAN DIRI TANPA BICARA- Bisu kejap
Sebab apa nak.jadi gitu? Sebab kita nak “alarm” semua org kita dalam keadaan tak stabil. Tak minat utk ada conversation. Boleh juga diam itu tanda kita x setuju dgn apa yg dia buat. Diam lebih baik dari kita cakap apa2 yg tak sepatutnya kan. Mengelak lebih baik sebab kata- Kata kita boleh menghiris byk hati jika salah guna ayat. Ingat, dia Mertua. Hoho

3- BINCANG DENGAN SUAMI
Please semua! Ini sangat penting. Walau macam mana berat sekalipun please bagitahu suami. Apa2 yg kita tak puas hati ke apa ke bagitahu je. Kalau mak mertua kita tuduh, fitnah, buat bukan2 pada kita tolong bagitahu suami. Bukan reka cerita ye, ceritakan dari hati korang. Apa yg terpendam sila pastikan suami tahu. Sebab dia yg memilih utk kita tinggal dgn ibu dia. Jadi pastikan suami kita tahu apa kita rasa. Jujur.ikhlas kan hati. Bagitahu perkara sebenar ye. Doa dlm hati suami boleh terima semua yg kita nak bagitahu. Ada juga suami yg jenis xboleh dgr mak dia kena conderm. Nanti dulu abang2 sekalian, jgn cepat sangat jump into conclusion. Kesian kat wife awak tu, dia bertahan kerana awak tau. Please pinjamkan hati awak utk dia. Dia tengah tak kuat. Tolong dia. Aku dpt suami yg baik. Sometimes, bila aku ngadu, dia boleh plak gelak2 kan aku. Sebab dia anggap benda kecik. Yg kecik boleh jadi besar tau kalau simpan dlm hati. Betol x?

4- KEMBALI PADA ALLAH!
Ok. Dah habis semua tu, menangislah dalam doa. Sujud pada Allah. Merayu dgn Allah agar kita diberi kekuatan utk terus hormat pd mertua. Minta Allah buka pintu hati mertua kita agar terima kita sebagai anak. Minta maaf dgn suami kita agar dia tahu kita sedang cuba menjadi menantu terhebat . Minta juga dia doakan agar kita tak bergaduh dgn mertua . Hilangnya barakah dlm rumahtangga jika asek bermasam muka.
Bangun solat malam. Bangun menangis pd Allah . Kita tak mampu ubah org. Tapi kita mampu ubah diri kita. Banyakkan bersabar. Banyakkan ingat jasa dia. Mungkin kita yg byk salah tnp kita sedar. Banyakkan fikir kita yg salah, bukan dia walaupun hakikatnya terang2 dia salah. Kerana mereka org tua, lebih sensitif brrbanding kita. Letakkan 100% TRUST pd kuasa ALLAH.DIA MAHA MENGETAHUI.

5- PULIHKAN SEMULA HUBUNGAN
Bila kita dah cool, dah boleh memaafkan dia, pulihkan semula hubungan tu. Lupakan apa yg kita lalui dan berpura2 lah baik jika itu saja jalannya utk mengelak perbalahan. Bukan apa, kita masih menantu, dduk sekali, duduk sebumbung, hari2 tengok muka yg sama. Susah kalau asyik nak ikut kemarahan. Sampai bila? Masa utk berubah. Ubahlah pandangan . Jika tak mampu, elakkan dari buat apa yg dia x suka. Itu je. Bawa g jalan2 ke, bawa g mkn sedap2, beli hadiah . Bagi dia rasa apa yg kita tak pernah bagi kat dia.

Alhamdulillah, aku tak hebat. Belum mencapai level menantu hebat. Tapi aku hargai prngorbanan ibu mertua ku membesarkan suamiku. Aku juga ibu. Dan kita semua akan jadi mertua sama seperti dia. Apa yg buruk, jadikan sempadan dan ambik ikhtibar agar kita tak buat perkara yg sama pd menantu kita kelak. Didik hati utk terima dgn hati terbuka. Memang susah, tapi tak mustahil. Biar kita hina dipandangan manusia, jgn hina di sisi Allah.

Pengalaman aku stay dgn mertua sangat hebat. Tak tergambar dgn kata2. Aku dah xde mak. Xde mak tau. Sedih. Aku xde tempat mengadu. Jika korang terlalu sedih, carilah mak korang. Tanya pendapat mereka. Minta pandangan . Cari jln penyelesaian. Memang ramai akan cakap kenapa duduk dgn mertua? Aku pilih utk taat pd suami. Jadi aku perlu ikut kehendak dia. ramai yg bertanya mcm mana nak handle emosi bila perbalahan berlaku, ini yg aku selalu buat. Yes,, memang membantu aku ubah 360 cara pemikiran aku terhadap mertua. aku cari jalan utk perbetulkan mana2 kesilapan. Selagi kita bernama manusia, kita tak mampu utk puaskan hati sesiapapun, pilihlah utk dapatkan kasih syg dari Allah… Jadi… Hormatilah ibu mertua kita.. Terima mereka seadanya… Sampai masa,setiap perbuatan ada balasannya. Tu semua kerja Allah. Bukan kerja kita. Ingatlah semua, kita juga banyak kelemahan.. Mudah2 an apa yg aku cuba nk sampaikan ni akan menjadi sedikit panduan…

Aku masih belajar menjadi menantu hebat, bukan menantu Hantu…

Chawww.

– IMAN QASEH

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit