Dapat kerja sebelum graduate dan naik pangkat hampir tiap-tiap tahun

Assalamualaikum semua..
Terima kasih admin sebab share posting ni.

Bismillah..

Akhir-akhir ni ada yang PM mintak saya share tips dan tricks macam mana saya boleh dapatkan full time job sebelum convo, dan cepat naik pangkat. Beginilah, saya berkongsi pengalaman untuk adik2 dan mereka2 yang masih menganggur jadikan reference dan tauladan. Apa yang best contohilah, yang x best tu jangan la ikut nak buat jugak.

Saya xla pandai sampai dapat belajar di IPTA dengan biasiswa penuh, mungkin disebabkan saya bersekolah di sebuah Chinese Independent High School, jadi chance untuk saya memasuki IPTA dengan sijil UEC memang ‘zero’ la ye.

Disebabkan x boleh masuk IPTA direct, parents saya daftarkan saya belajar di sebuah IPTS berskala kecil, jarak dari rumah dengan menaiki bas awam hanyalah 15 minit. Sepanjang 3 tahun pengajian Diploma + Degree di situ, saya terpaksa bekerja disebabkan kesempitan hidup. Almaklumlah, ayah saya seorang pemandu teksi manakala emak saya guru Gred29 di sebuah Sekolah Kebangsaan.

Saya ada bakat mengajar, cepat faham apa yang lecturer cakap dan boleh explain balik with examples. Untuk mencari wang tambang bas, makan tengahari, print assignment dan belanja lain-lain, saya buat after-class study group untuk rakan sebatch dengan saya. Kawan-kawan setuju bayar RM50 sebulan sebab saya akan explainkan semua tutorial question in detail dan ini memudahkan diorang buat assignment. Maklumlah, lecturer2 memasing busy dengan lectures dan assessment marking. Ada lecturer yang tahu saya cas kawan-kawan duit untuk buat kelas tambahan ni, tapi diorang x kisah sebab percentage yang lulus exam lepas tu pun improve, kira win-win situation la ni. Waktu malam pula saya buka kelas tuisyen untuk budak2 UPSR, ajar Matematik dan Bahasa Inggeris. Dapatlah sebulan RM600 lebih, cukuplah untuk kegunaan diri sendiri.

Selesai Degree, Faculty Head tempat saya belajar approach saya dan tawarkan offer mengajar program Diploma di IPTS yang sama. Dengan keadaan keluarga yang agak susah masa tu, saya terima sahaja tawaran walaupun gaji pertama yang ditawarkan memang ciput, bawah RM2000 dan sah-sah below average salary for fresh graduate. Saya tak kisah dan terima sahaja. Masa ni memang lawak, sebab lecturers saya sebelum ni tiba-tiba bertukar role jadi rakan sekerja. Maka pada usia 22 tahun, saya sudah bergelar lecturer, walaupun underpaid, lecturer tetap lecturer lah kan.

Saya ni pulak jenis gigih dan tahan lasak. Biarpun disuruh buat itu ini, kena replace kelas lecturer yang tak datang, kena deliver lebih 20 jam lectures dalam seminggu, buat paperwork macam-macam, undertake events college yang tak berkesudahan, saya iyakan semuanya dan anggap semua itu assignments untuk saya. Berkat kesabaran, saya dinaikkan pangkat di usia 23 tahun sebagai Programme Coordinator, dan sekali lagi di usia 24 tahun sebagai Head of School. Biarlah orang cakap saya ni Head of School untuk IPTS cikai-cikai je, tapi pengalaman running a faculty for a college tu yang mengindahkan resume.

Memang betul la apa yang orang cakap, small places are good training ground for successful managers. Selepas 3 tahun menimba pengalaman di IPTS kecil ini, saya bertekad mencuba nasib di company yang lebih besar dan mempunyai kedudukan yang prominent dalam arena pendidikan tinggi Malaysia. Berbekalkan dengan resume yang padat dengan selling points (resume is our best marketing tool), dengan sekali interview, saya terus dapat job di IPTS / company yang kedua ni.

Again, saya tidak memilih. Dari seorang Academician saya beralih arah ke bidang Administration. Dari Head of School di IPTS lama, saya hanya bergelar Executive Gred 1 di tempat baru. Tapi saya tak kisah pun, sebab ada peningkatan gaji sebanyak 20% berbanding di tempat lama.

Sesudah empat bulan saya bekerja, saya dinaikkan ke Gred 2, dan di tahun kedua, saya dinaikkan pangkat ke Senior Executive Gred 3. Tahun ketiga, sekali lagi saya dinaikkan pangkat ke Assistant Manager Gred 4. In summary, kenaikan Gred berlaku setiap tahun, sedangkan kebanyakan pekerja lain berada di gred yang sama selama bertahun-tahun. Dari segi gaji pula, sekarang saya beroleh pendapatan 3 kali ganda dari gaji saya yang pertama.

Macam mana saya dapat naik gred dan pangkat dengan mudah? Sedangkan rakan sekerja melayu yang lain (40% populasi pekerja adalah Melayu) dah awal-awal warning yang kenaikan pangkat di IPTS yang baru ni cuma didominasi oleh kaum Cina. Haaa, yang ni kena tanya apa yang bos-bos saya nampak pada diri saya. Yang boleh saya kongsikan adalah as follows:

• Build relationship with your superior. Kalau nampak diorang lunch sorang-sorang, offer la diri untuk jadi peneman di meja makan. Bukan nak ampu ke ape, tapi cuba la memahami bos korang tu sebagai seorang individu biasa jugak. Bercerita la mengenai family, hobi, resepi, tempat shopping yang best (ni contoh untuk bos – employee dua2 perempuan) etc. Mesti bos korang akan appreciate kaw-kaw, lama-kelamaan akan jadi senang je nak berbual dengan bos. Rapatkan jurang itu penting. InsyaAllah lama-lama jurang position korang dengan dia pun akan rapat jugak.

• Cuba selesaikan masalah company walaupun bos tak mintak korang settlekan problem pun. Okay, trick yang ni susah sikit kalau korang takde pengalaman bekerja. Bagi saya, pengalaman tiga tahun bekerja di company kecil sebelum ni banyak membantu, maklumlah, saya tapau semua kerja kat situ, dari HR, Finance, Admin sampai Maintenance pun saya boleh buat. Jadi, training ground tu penting. Jangan baru graduate dah ngade-ngade nak kerja dengan company besar-besar. Biasenye kat tempat besar-besar ni diorang xde bagi chance untuk uolls buat silap, apatah lagi nak trial and error dengan idea-idea korang yang belum ada pengalaman bekerja. Macam mane pulak nak berkongsi idea dengan bos? Di sinilah pentingnya tips kat atas tu, kena build relationship dengan bos dulu.

• Jangan malas dan kedekut nak melabur dalam pendidikan dan self-upgrading. Tahun kedua saya bekerja, saya sambung belajar Master secara part time selama 5 tahun. Boleh aje sebenarnye nak selesaikan semuanya dalam 3 tahun, tapi apakan daya, kena ambil subjek sikit-sikit sebab saya bayar yuran guna akaun 2 EPF. Baru kerja kan.. jadi akaun 2 pun ngam-ngam sangat. Saya rasa dengan qualification Master ni la company yakin untuk naikkan saya pangkat lagi. Cabaran kerja sambal belajar ni memang betul-betul menguji ketabahan. Ramai juga classmate kelas MBA yang quit tengah jalan. Jadi kena stay strong and focused. Sambung belajar sementara masih muda dan bujang, sangat membantu.

• Work smart. Kalau nak diikutkan, saya suka ambil jalan short cut kalau bekerja. As long as outcome betul, saya akan sentiasa cari jalan singkat untuk membolehkan kerja lebih cepat siap, tapi tetap accurate. Ni sebenarnya kelebihan orang malas (memang saya malas tahap gaban sebenarnye). Diorang akan lebih focus sebab xnak buat kerja ulang-ulang. Kalau boleh semua benda nak cipta template dan jadikan automated. Biar senang hidup lepas ni. Dari file manual guna tracking MS Excel, saya pindahkan data company ke platform lain yang lebih automated dan user-friendly. Di sinilah pentingnya self-upgrading kat atas tu. In the same time, kita tolong settlekan masalah company.

• Sentiasa letak diri uolls lebih tinggi dari kedudukan sekarang. Haaa.. kalau pangkat korang Junior Executive, cubalah fahami kerja dan requirement seorang Senior Executive. Apa yang kurang dalam diri sekarang cubalah perbaiki, sampailah setanding dan sesuai untuk bos tuai korang dan dinaikkan pangkat ke Senior Executive. Memang benar kita dibayar gaji untuk bekerja, tapi jangan letak amaun gaji tu sebagai tanda pengukur usaha kita, Kalau kita dibayar RM2000, bekerja la macam kita dibayar RM3000. InsyaAllah, bos kita akan upkan gaji setanding dengan usaha kita yang lebih tu. Bagi saya, ni trick paling penting, sebab point ni lah pencetus usaha. Nescaya bos korang akan rasa bersalah sendiri kalau tak naikkan jawatan korang.

Okaylah, tu je kot yang saya nak kongsi. Doakan saya lebih maju jaya. Awal tahun ni bos ada tanya saya “how high do you wanna go in this company?”, dengan laju saya jawab “as high as you will let me be”. Ingat, kita berusaha, tapi Allah yang tentukan, dengan asbab bos kita jugak yang naikkan gaji dan pangkat. Sekian.

– Akak Sporting

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit