1.5 juta – 10:38 PM

1.5 juta

Harap admin approve la yee

Kecoh sekarang pasal 1.5 juta bangla nak masuk malaysia en, so aku nak bagi pendapat aku la, hanya 2 sen aku je.

Aku sokong tu tidak lew and tak sokong pon tak jugak, kira half2 la. Aku bukan macai okay! Jgn nak memandai kata aku ni macai, aku sumpah jadi rambut tebuan nanti.

Kenapa aku ckp yg aku half2? Sbb rakyat malaysia ni terutama MELAYU ni pemalas. Aku sendiri melayu and aku kadang2 malu jadi org melayu sbb bangsa kita ni tau nak bising je pokpek itu ini tapi takde usaha nak banggakan bangsa sendiri. Ye aku tau kita punya PM and anak2 buah dia tu mcm tutt sikit tapi kita kena usaha utk ubah diri kita sendiri, kalau setakat kata itu ini kat media sosial, buat perhimpunan itu ini tapi diri sendiri tu takde effort nak berubah pon tak guna jugak. Kerja still nak memilih, ye aku tau banyak org ada diploma la ape semua tu tapi sekarang ekonomi tgh teruk why not kau takyah nak memilih kerja sgt? Rezeki tu Allah dah susun elok dah. aku pernah dgr 1 ceramah ni, ustazah tu kata "kita dpt pemimpin tak elok mungkin itu balasan kita atas dosa2 kita, ujian Allah bagi kat kita" and aku ada baca banyak statement org melayu sokong bawak masuk bangla ni sbb bila dia nak tlg bangsa sendiri, melayu ni yg terlampau pemalas, rasa diri tu boss. Cikgu aku ada ckp, "kalau korang tengok dkt felda2 tu, korang akan nampak org2 melayu ni akan melepak kat warung2 mcm dlm drama tu and kebanyakkan yg kerja kat ladang tu semua warga asing"

And yg aku takut pasal bangla nak masuk ni, pasal kes2 jenayah mungkin makin naik, mcm kes yg viral isteri kena raba dpn suami sendiri tu, so utk kaum perempuan tlg ah belajar protect diri sendiri, bawak la pepper spray, pape yg rasa boleh buat utk defend diri sendiri. Aku tak ckp, org malaysia ni baik sgt and bangla ni jahat sgt tapi tlg belajar utk protect diri sendiri, aku ada baca pasal confession yg dia sound selamba je pakcik dlm bus tu and aku rasa semua perempuan kena berani cam dia!

Oh ye korang kena tau yg aku ni still budak sekolah tapi tak bermakna aku tk tau benda2 mcm ni, aku dari sekolah rendah ayah dah ajar berniaga so sekarang ni pon aku dah ada business sendiri and duit untung aku akan bagi ayah aku separuh. Korang kalau dah susah sgt nak dpt kerja, memilih sgt kerja, nak jadi boss, korang boleh la bukak business sendiri, aku business dari zero, langsung tak guna modal sampai la sekarang ni duit tu aku leh keluar utk modal jugak. Kalau nak berniaga baju or ape semua tu, korang boleh je tapi since sekarang ekonomi tak berapa elok so takut tak jln. Kalau nak berniaga jajan2 kat sekolah and takut kena halau, korang boleh jual dkt rumah korang, dlm rumah and budak2 akan dtg beli dkt korang tapi kena pandai ah promote tu yg paling penting dlm business ni, kalau minat jual makanan, korang boleh start dri delivery area rumah korang. So semua benda ni start from the bottom tau, korang nak atau tanak, rajin or malas je.

Siapa lagi nak ubah diri kita kalau bukan diri sendiri, siapa lagi nak majukan bangsa kita ni kalau bukan diri kita sendiri kan?

Assalammualaikum

– Rakyat

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *