Kawan suka buka aib sendiri
Salam semua. Mohon admin approve la post ni ye :)
Hmmm. Macam mana ye nak tegur perempuan yang tak tau malu cerita pasal 18sx secara terang-terangan dan cerita every moment yg dia pernah buat dengan ex2 pakwe dia? Paling bodoh ada selfie dan gambar untuk setiap cerita dia. Arghhhhh. dia bangga weyhhh. Yang lagi aneh, dia ni appearance nampak macam orang baik (haaaa ini kalau cerita kat kawan2 mesti tak percaya sebab dia satu group usrah dengan kami). Dia join usrah dengan office mate dia dulu. Hmm dia ni lebih tua daripada saya, dan dalam banyak2 orang , dia pilih saya utk cerita kat saya. Mak aihhh. Dahlah dosa sedia ada banyak, dapat tau semua tu lagi la terbeban. Sampai demam panas dibuatnya. Dia kira macam kawan saya (dia ada jugak kawan2 lain, tapi dia suka lepak dengan saya) dan dia selalu cakap dia kawan dengan saya kerana Allah. Aduiii. Tapi serius laaaaa… saya tak minta dia cerita satu pun pasal ni. Memang dia pernah cerita masalah dia kat saya, tapi yang ini, aihhh serius la weyh. Serius sis rasa nak campak tahi lembu kat muka dia. tak tau la dengan tunang dia pun dia cakap macam tu.
Aduiiii. Serius stress. Hmmm. Apa yang saya patut buat??
– Kawan Cik