10/01/2016 5:14 AM

KISAH SEGELINTIR BROTHERS IIUM

Assalamualaikum, pertamanya terima kasih sebab approve post ini.

Sepanjang saya berada di uia, hampir 4 tahun dah dekat sini bila datangnya hari jumaat, maka semua brothers pun akan keluar dari setiap pelusuk universiti untuk solat jumaat. Cuma kadang-kadang saya jadi pelik, kenapa ada je segelintir brothers yang dok lengahkan solat jumaat, boleh pulak beli air kejap lah, sembang lah, lepak lah, dan lain2 perkara yg melengahkan brothers2 berkenaan utk ke masjid, padahal azan pertama dah berbunyi. Saya sebenarnya dalam diam jadi geram dengan sikap macam ni.

Pernah haritu saya ternampak 2 orang brothers ni, berlengah pergi masjid dan masa tu jemaah dah rakaat terakhir. Yg waktu imam dah tahiyyat akhir brothers masih trkocoh2 nak berwuduk pun ada. Yg imam dah bg salam tp dorg lari2 dr jauh pun lagilah ada. Dan kebiasaannya mereka ni sesengih sesama sendiri sebab nak tutup rasa serba salah la agaknya. Aduhhhhh. Mcm mana ni? Kata belajar agama? Tiap course di uiam ada belajar subjek agama. Tp benda besar mcm ni pun dipandang enteng, mcm mana nak bina tiang agama yg lebih kukuh? Kalau tiang agama pun tak terjaga, mcm mana nak bina masjid, bina keluarga yg ditarbiyah agama di masa hadapan? Jgn nak dok bising bergetar tulang rusuk la bagai kalau tiang agama solat jumaat yg sekali seminggu pun tak terjaga.

Saya bukan nak complain atau membebel, cumanya saya nak cakap kat sini, jangan ambik mudah sangat dengan solat jumaat ni. Saya pun bukan dari kos agama, saya pun takde ilmu sangat pasal solat jumaat ni, tapi apa yang saya tahu, solat jumaat ni benda besar dan penting dan wajib bg para muslimin yg berkemampuan. Tinggal 3x dgn sengaja dah dosa. Taknak mcm tu, eh?

Saya doa, semoga brothers yang kadang macam terlupa ke tertido ke untuk solat jumaat agar mendapat hidayah Allah. Hehe. Sy percaya brothers uia ni bagus bagus belaka, cuma kena polish sikit bg jadi better person. ?

Itu je dari saya,
-sister pemerhati-

– Sister Pemerhati

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *