Hikmah
090116 alhamdulillah :) hari ni aku dapat pergi rumah ustaz utk belajar kitab nahu :) . Hari ni dah genap 40 hari aku habis spm, sekarang aku duduk kat rumah dan menjalani kehidupan sebagai budak lepasan spm. Mungkin ketika ini, ramai rakan-rakan yang sebaya dengan aku sedang mengambil lesen, bekerja sambilan dan sebagainya.
Yup, mereka ingin belajar bagaimana nak survive kat luar sana. Nanti masuk u, konfem2lah kena guna duit banyak.
..throwback…
021215 Aku balik hari tu, ayah aku dah offer kerja utk aku… "Akak, ayah nak akak kerja kat tadika tau. Satu patah huruf yang akak ajar kat budak2 tu, kalau sampai besar mereka guna.. berpanjangan pahala akak dapat :) " . Time tu aku senyum. Betul juga apa yang aku cakap. Ilmu yang berpanjangan tu akan jadi saham aku kat akhirat nanti. Time kat sana, amalan2 kita yang akan back up diri kita, siapa x nak,right?
"Kalau tu yang ayah nak, akak in shaa Allah akan cuba yang terbaik :) . Hmmm.. tadika tu ayah ke yang asaskan?" tanya aku menginginkan kepastian.
"Ha'ah. Ayah dengan 3 orang kawan ayah yang asaskan. Dah lama juga sebenarnya tadika tu, adalah dalam 20 tahun. Ni jap lagi ayah nak pergi umrah, tadika tu lah yg taja ayah. Ni sekarang ayah dah mengajar sekolah menengah, ayah harap ada lah antara anak-anak ayah yang warisi tadika tu."
Whoah~ tingginya harapan ayah aku :)
010116 "Ayah, jadi tak nak akak kerja kat tadika?" "Akak, tahun ni tak ramailah budak2 yang daftar :( ". "Ooh laa ye ke? It's ok laa (^^,) . Petang tu.. "Akak, kemas barang tau. Nanti ayah nak akak pindah kat rumah yang dekat dengan tadika. So, senanglah akak nak pergi dan balik nanti." eh? Tadi kata tak ramai budak yg daftar? Alhamdulillah rezeki aku lah ni :)
huhu.. Lusa dah nak start sesi persekolahan bagi sekolah2 di negeri harimau selatan ni, so aku pun kena lah get ready jugak,right?
Malam tu, tiba-tiba ayah aku call mak aku " Cakapkan dekat akak, tak payah kemas barang. Esok ayah datang nak hantar adik kat asrama. "
Eh? Sekejap kata bagi, sekejap tak?!
Apa ni?? Aku tanya diri aku sendiri.
050116 "Anak-anak ayah, kumpul kejap kat ruang tamu."
first impression aku time tu :
Nak kena brainwash ke?
Kitorang ada buat salah ke?
Macam ada benda mustahak je.
Tak pernah2 pun nak kumpul tetiba ni~
"Ok, ayah nak buat kuiz solat. Ayah nak tengok sejauh mana kefahaman anak-anak ayah tentang solat. Ramai anak ayah dah besar2 ni. Ada yang masuk sekolah teknik, ada yang join rakan masjid, ada yang masuk sekolah agama, haa yang sekolah arab tu je yg tak de kat sini. Ok soalan pertama…
And bila dah habis ayah aku soal2 semua tetiba…
"ok sekarang ayah dah makin tua, bila2 masa boleh mati. Ayah nak anak2 ayah yg jadi imam bila ayah dah mati nanti. Kalau kat rumah sana, anak2 ayah semua berjaya. Yang paling jauh.. tu haa kat Beijing amek bahasa Mandarin, dulu masuk uia. Ha, lagi sorang anak ayah yang dekat sana.. Ngajar tadika dah. Malam2 sibuk dia fikir pasal teaching plan. Tengok, tu baru ngajar tadika?"
Gedebush! Haa? Oh patutlah aku x jadi cikgu tadika, ayah aku gantikan aku ngan orang lain!
Tapi kenapa x ckp awal2?
Kenapa x bincang sesama ngan family sini?
Kenapa x ckp je yg sebenarnya kerja tu ayah dah bagi dah kat akak aku yang sebaya ngan aku?
Kenapa ayah aku x explain kat aku yg sebenar-benarnya?
Kenapa ayah aku bagi harapan palsu?
Kenapa kenapa dan kenapa?!
Time tu aku rasa sedih :(
sedih sangat2
pastu aku masuk bilik , kunci pintu , dan berderailah air mata~
maaf, empanganku pecah tanpa aku duga (^^,)
aku ngadu kat sahabat2 aku~
aku reflect diri sendiri, apa dosa aku yg aku x perasan ek?
Then, aku sedar.. Allah nak uji keimanan aku..
Allah nak aku kembali pada-Nya <3
Allah rindu nak dengar hamba Dia merintih, merayu dan mencari-Nya..
Mungkin ini yang terbaik bagiku~
dan aku yakin Allah nak gantikan sesuatu yang lebih baik daripada cikgu tadika~
maybe satu hari nanti aku dapat jadi Arabic lecturer instead of cikgu tadika, right???
Aku redha ya Allah :)
090116 Hari ni aku belajar kitab nahu dengan ustaz sekolah menengah aku. Seriously, aku tabik springggg ngan ustaz tu. Ustaz bagi aku 'picture' life kat u. And ustaz also recommend kat aku supaya aku teruskan minat dalam bahasa Arab tu :)
in shaa Allah aku nak amek asasi bahasa Arab kat uia nanti :)
mudah-mudahan Allah permudahkan segala-galanya :D
Allahumma aameen :)
ud'uni :)
doakan aku :)
*terima kasih kerana membaca kisah hidup aku. Syukran :)
moga bermanfaat :)
moga Allah redha, Nabi Muhammad suka :)
– Redapple