1bu Tiri Tidak Selalunya Kejam

Assalamualaikum.. Saya ibu tiri kepada empat orang anak perempuan hasil daripada perkahwinan pertama suami.

Yang sulung berumur 11 tahun, kedua 9 tahun, ketiga 6 tahun dan bongsu 3 tahun.

Suami telah bercerai selama setahun sebelum mengenali saya. Dan bekas isteri (Maria) telah berkahwin dengan duda anak 4 pada bulan 12/2021. Saya dan suami berkahwin pada 3/2022.

Setelah berkahwin, saya hidup agak janggal kerana saya anak dara hidup dengan anak2 tiri. Anak2 tiri sentiasa bergaduh sesama mereka.

Tapi saya positifkan diri, layan anak2 sebab saya dah mindset anak2 tu amanah Allah untuk saya.

Selepas 2 minggu saya berkahwin, Maria dapat tahu dan bermula tragedi tragis kami. Dimana kami selalu bertengkar dan Maria selalu Whatsapp suami & masih bahasakan diri sayang b.

Semua benda bekas isteri akan Whatsapp suami saya. Even laptop rosak pon minta tolong suami saya sedangkan dia sudah bersuami.

Bila saya tegur stop using sayang b, katanya Whatsapp berkenan dengan anak sahaja, dan cop saya insecure.

Tidak lama lepas tu, Maria bercerai dengan suami duda tu. Kami suami isteri juga menjadi panas bila duduk bersama.. rumah jadi sempit, serabut, stress, benci, marah.

Dipendekkan cerita, saya disahkan hamil anak lelaki dan berita itu sampai di telinga Maria. Semasa mengandung 9 bulan, saya kerasukkan. Suami bawa saya ke perubatan Islam.

Dan mendapati bahawa Maria yang menghantar sihir pemisah, sihir tunduk (supaya suami & anak2 sayang dan teringat-ingat kat dia),

Sihir pembenci (supaya anak2 benci saya & ayahnya dan anak2 nak tinggal dengannya), sihir mati (tutup peranakkan saya supaya bayi lemas semasa beranak).

Dan sihir2 ni dihantar setiap masa terutama bila anak2 balik ke rumahnya setiap hujung minggu (sihir dikirim).

Kami juga dapat tahu yang Maria sengaja gugurkan kandungannya daripada perkahwinan keduanya semata-mata disebabkan dia mengandung anak perempuan dan gunakan janin tersebut sebagai bayaran sihir pemisah.

Selepas kami tahu kami disihir, suami menjaga jarak antara dia dan Maria, reply Whatsapp bila perlu, dan tak angkat call (hantar sihir semasa bercakap). Dan kami sentiasa buat solat hajat dilindung dari anasir2 jahat.

Anak2 pon tahu semuanya kecuali siapa yang menghantar sihir tu. Kami suami isteri sepakat untuk merahsiakan perkara ni dari anak2. Biarlah dimata mereka, ibunya yang terbaik.

Saya selamat melahirkan anak lelaki & suami melarang sesiapa pon ambil gambar baby. Takut sampai ke tangan ibunya dan hantar sihir kepada baby.

Maria sentiasa update di fb mengatakan yang saya ni ibu tiri yang jahat dan selalu aniaya anak2.

Maria selalu play victim dan membuat cerita bahawasanya dialah insan teraniaya kerana suami saya menghalang anak2 dari berjumpa dengannya.

Sedangkan dia tahu yang anak2 ada kelas ganti hujung minggu, dan dia ada kerja hujung minggu. Jadi daripada anak2 ditinggalkan dirumah dan tidak terurus, lebih baik anak2 tak perlu pergi rumahnya.

Dia juga selalu menghalau anak dari rumahnya, dan main perasaan anak2.. dah halau, minta datang rumah pula.

Anak2 dijadikan seperti bola. Ditendang sana, ditendang sini. Tapi sampai sekarang tidak pula dia tuntut hak penjagaan anak kerana dia tahu yang dia tak mampu nak menjaga anak2.

Dia meracun fikiran anak2 dengan menyatakan saya ibu tiri jahat, jangan lupa dia yang melahirkan anak2, halang anak2 dari post gambar @ video ada saya dalam account sosial mereka,

Dia paksa anak2 letak dp Whatsapp gambar dia dan anak. Dengan harapan saya sedar yang bukan saya yang lahirkan anak2.

Tak perlu nak try hard jadi baik sebab tu anak2 dia. Kami suami isteri hanya tergelak kecil dengan insecurities dia.

Bagi saya, biarlah orang nak mengata saya ibu tiri jahat asalkan saya tahu, saya dah jaga amanah Allah sebaik mungkin. Anak2 akan lihat sendiri. Saya tak perlu nak buktikan apa2.

Memang betul saya dan suami ada marah anak2. Kami marah atas dasar mendidik dan mengajar.

Marah sebab tak basuh pinggan sendiri, marah sebab tak kemas bilik, marah sebab buat sepah, marah sebab tak basuh kasut sekolah, marah sebab mencuri, marah sebab tak dengar

Kata dan marah sebab tak menjaga adik2. Kami tak akan marah tanpa sebab. Dan saya tak pernah sentuh anak2 (rotan @ jentik).

Tapi saya dicop mendera anak2 sedangkan Maria yang pernah naik mahkamah atas tuduhan mendera anak2 tirinya semasa perkahwinan kedua dia.

Walaupon sekarang Maria sudah berkahwin dengan teruna dan mengandung 2 bulan, tetaplah Sampai sekarang sihir & santau dihantar kepada kami anak beranak.

Saya mohon kepada yg membaca luahan saya, doakan supaya bekas isteri insaf & datang minta maaf atas segala khurafat yang dilalukannya.

– Intan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *