Salam semua. Mula-mula aku perkenalkan watak dalam cerita aku ni sebagai ibu, A, B, C, D, E iaitu ibu dan adik beradik aku.
Aku B. Mungkin ramai yang cakap seburuk-buruk ibu pun dia tetap ibu kita. Ya, aku masih hormat ibu aku, tapi hati aku berat dan sakit.
Ibu aku ni boleh dikatakan seorang yang agak toksik dalam hidup kami adik beradik. Selalu melaga-lagakan kami adik beradik termasuk menantu. Isu kecil pada kita tapi besar pada dia.
Contohnya dulu ibu aku duduk dengan aku, aku dah berkahwin, ada suami ada anak.
Tak lama duduk dengan aku, dalam 3 tahun je lepas tu dia lari duduk dengan C cakap aku tak jaga dia.
Baru aku tau masa dia duduk dengan aku tu macam-macam dia bercerita dengan adik beradik aku yang lain pasal kami. Salah satunya isu kami selalu keluar rumah atau selalu tiada dirumah dengan dia.
Note: ibu kami masih kuat ye, masih boleh urus diri sendiri semua.
Ok, die cakap dengan A, C, D, E yang kami selalu tinggalkan dia, padahal tiap kali ajak beli barang rumah dia tak nak ikot, nak bawak pergi bercuti pun tak nak ikot.
Tak kan kami nak pegi pasar petang-petang pun tak boleh.
Ya, aku memang selalu tanya dan belikan apa yang dia nak tiap kali pegi shopping atau pegi pasar. Banyak lagi isu tapi cukup sampai situ.
Lepas dia lari duduk dengan C, isu sama juga. Anak menantu tak jaga dia. Macam tu juga masa dia duduk dengan D. Yang paling aku terkilan, D sampai sekarang tak nak jumpa ibu.
Ibu komplen macam2, sampai kami adik beradik ni percaya 100% cakap ibu masa tu dan marahkan si D.
Itu yang D makan hati sangat, dah 5 tahun tak nak balik raya mungkin trauma. Tapi masih beri sedikit duit kat akaun ibu aku tiap bulan sebagai tanda dia masih ada.
Adakala juga kami suami isteri terkesan dengan sikap ibu sampai buat kami bergaduh dengan pasangan masing-masing.
Kadang-kadang kami masih nak menangkan ibu tapi kami tahu siapa salah siapa betul sebenarnya.
Kadang-kadang pasangan kami pun rasa macam tak nak balik kampung sebab takut ada isu baru.
Sekarang ibu duduk dengan E, dan E masih cuba bertahan. Kami tahu E pendam banyak benda. Kami dah lalui apa dia lalui.
Tapi sejak ibu duduk dengan E, makin ramai musuh kami adik beradik, ibu suka cerita buruk pasal kami adik beradik dekat semua orang yang dia kenal.
Jadi kami ni dibenci keluarga. Sekarang kami hanya ada adik beradik untuk meluah dan mengadu. Nak mengadu dengan pasangan pun kami malu.
Aku cemburu dengan orang lain yang tika susah boleh call ibu masing-masing untuk meluahkan, aku hanya boleh pendam seorang. Bersalin pun ibu tak tanya kabar. Sedih kan? Huhu..
Tapi kami tak benci ibu, cuma kami sangat rindukan kasih dari seorang ibu, kami sangat berharap ibu boleh berubah. Korang doakan ya.
Terima kasih.
– Melur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit