1steri Mental

Hi semua. Banyak kali aku fikir untuk tulis cerita ni. Kisah aku ni harap boleh jadikan pengajaran untuk yang nak atau bakal berkahwin.

Orang kata perempuan kena kerja, kena ada harta sendiri sebab takut jadi apa-apa dekat suami kita dikemudian hari. Maksudnya tak boleh 100 peratus bergantung dekat suami.

Mungkin ada betulnya dan mungkin tidak pada yang bertuah ada suami yang bijak menguruskan kewangan dia.

Masing-masing ada pendapat sendiri. Begitu jugak aku. Bagi aku setuju dengan ayat tu.

Sebelum berkahwin dengan suami, aku pernah berkerja di salah satu tempat kerja yang agak bagus. Tetapi disebabkan nak berkahwin dan terpaksa ikut suami sebab jauh.

Suami pulak tak bagi aku kerja jauh-jauh, takut nanti jadi apa-apa, susah katanya.

Jadi, aku ambil keputusan untuk berhenti kerja dan balik ke negeri asal. Aku dan suami berasal dari negeri yang sama.

Hati ini berat nak tinggalkan kerja yang memang kita nak.

Tapi sebab tak fikir panjang, aku fikir lepas kahwin ada orang yang boleh jaga aku, bela aku dengan baik dan nak jadi isteri yang baik la kononnya.

Dan aku pun berkahwin dengan pilihan hati.

Awal-awal perkahwinan semuanya indah. Orang kata kentut pun wangi kan. Lama lama barulah boleh hidu perangai pasangan kita.

Suami aku tak boleh control emosi dia, bila marah macam-macam keluar dari mulut dia. Awal-awal gaduh pasal benda remeh sampai halau aku dari rumah.

Aku sedih dan kecewa sebab suami aku sanggup cakap macam tu. Bukan sekali tapi banyak kali setiap kali gaduh benda kecik.

Aku jadi jauh hati dengan suami sendiri. Aku tahu aku hanya menumpang rumah dia yang tersergam indah.

Orang yang aku fikir boleh jaga aku sesuka hati halau dan hina aku macam-macam. Sampai cakap aku ni takda apa-apa. Tapi aku tetap sabar.

Aku duduk di negeri yang peluang pekerjaan agak rendah. Bukan aku tak usaha, macam-macam interview dah aku pergi tapi katanya tak layak dengan kelulusan aku.

Aku sebenarnya tak kisah kerja apa walau kerani cabuk pun asal aku ada duit sendiri.

Kadang-kadang bila aku tengok status kawan-kawan lain semua kerja hebat-hebat aku rasa loser.

Penat hadap mental sendiri, mental duduk sorang-sorang dekat rumah, penat kena marah dengan suami, kena tengking kena hina.

Penat kena perli dengan mak mentua. Yela kita tak membantu apa-apa pun anak dia. Selalu perli mengaji pandai-pandai pun tak guna. Sampai aku hampir kena anxiety.

Untuk pengetahuan, aku belum mempunyai anak.

Sampai aku fikir nak tinggal dia, dan cari kerja jauh-jauh. Tetapi sebab aku mudah kesian dekat orang lain aku berkorban.

Baru sekarang, aku sedar kahwin tu tak seindah yang kita sangka. Kena siapkan fizikal dan mental untuk hadapi dugaan selepas kahwin.

Dan ya aku setuju isteri kena kerja, kena ada harta sendiri. Bukan bergantung harap dengan suami.

Aku setuju bukan sebab takut jadi apa-apa dekat suami untuk backup plan, tapi aku tahu betapa pedihnya dihina suami sendiri dan keluarganya.

Untuk yang mempunyai suami yang baik, tak pernah mengungkit walaupun anda surirumah, hargai lah suami anda.

– Puan K (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *