1steri Tak Guna

Nama saya Melur. Saya merupakan seorang isteri & ibu kepada 4 orang anak. Saya juga seorang wanita yang bekerjaya.

Terlalu banyak perkara yang saya pendam dalam hati. Hari ini, saya rasa saya perlu luahkan juga kerana dalaman saya seolah-olah menunggu masa untuk meletup.

Saya sayangkan suami saya. Saya amat sayangkan anak-anak saya. Tapi, saya selalu makan hati dengan suami saya. Suami saya merupakan seorang yang panas baran dan suka membebel.

Alhamdulillah setelah lebih 10 tahun berkahwin saya perhatikan baran dia sudah banyak berkurangan. Sekurang-kurangnya dia sudah tidak memukul saya apabila dia marah. Cuma telinga sahaja yang pedih mendengar makian yang diberi.

Dari segi pendidikan dan kerjaya, saya jauh lebih berjaya berbanding suami saya. Tetapi, saya tetap menghormati dia sebagai suami.

Segala teguran saya dengar dan jarang sekali saya melawan walaupun kadang-kala saya kurang setuju dengannya untuk mengelakkan perbalahan.

Dari segi anak-anak, saya lebih banyak mengambil peranan dalam mendidik mereka.

Pada hujung minggu, boleh dikatakan saya menjaga anak saya head-to-toe sepanjang hari sepenuhnya. Kelas-kelas tambahan dan aktiviti kurikulum saya yang uruskan pada hujung minggu dan hari bekerja.

Adakala suami ada juga tolong tengokkan kalau saya hendak memasak atau mandi. Tapi sekadar tengokkan aje la.

Kalau anak berak atau nak makan atau mandi memang saya yang akan uruskan. Katanya ‘mama kan ada.. Masa ni la nak uruskan anak..’

Saya bekerja 8-5 setiap Ahad hingga Khamis. Manakala, suami saya bekerja sendiri dan kebiasaanya waktu saya bekerja, dia yang menguruskan anak-anak.

Menurut dia lah, dia yang jaga anak-anak, entah2 mak mertua saya yang uruskan, sebabnya suami saya ni merupakan satu-satunya anak lelaki dalam adik-beradiknya dan juga anak bongsu mak mertua saya.

Jadi, memang suami saya ni dimanjakan sangat-sangat oleh mak mertua saya. Dan kami juga tinggal sebumbung dengan mak mertua.

Pasal mak mertua pun saya banyak sangat tak puas hati. Jujur saya cakap, saya tak suka ibu mertua saya. Banyak sebab ya.

Banyak tahun saya menahan sehingga perasaan tak suka tu terlalu menebal sampai tak boleh nak kembali kepada asal dah. Cerita ibu mertua saya akan cerita lain kali jika berkesempatan.

Suami saya tak tahu dan tak sedar, pagi-pagi sebelum saya keluar kerja, saya akan menyusukan anak dulu, tukar pampers dulu,

Dan kadang2 mandikan anak-anak yang kecil jika sempat & hantar anak-anak yang besar ke sekolah. Sedangkan suami saya masih tidur ketika itu.

Setelah balik bekerja, saya akan basuh & sterilkan peralatan pam & segala botol2 susu baby (steril manual guna air panas mendidih ya bukan pakai mesin steril). Dan selepas tu, saya akan mandikan anak-anak.

Daripada pukul 5.30 saya sampai di rumah, kebiasaannya maghrib baru saya boleh rehat dan baring untuk susukan baby setelah solat. Tu pun, rehat sekejap je sebab saya perlu hantar anak-anak saya yang besar ke kelas mengaji setiap malam.

Di kelas mengaji anak saya, saya akan tunggu di dalam kereta bersama anak-anak yang lain sehingga anak-anak saya yang besar selesai mengaji sebab saya risau tertidur jika saya tunggu di rumah. Penat sangat rasa.

Adakalanya saya menangis sebab terlalu letih dan kadang-kadang saya meminta dengan Allah untuk mencabut nyawa saya sebab terlalu letih.

Tapi terdetik juga dalam hati ‘nanti kalau mati kang, sape nak jaga anak-anak aku lepas tu nanti kena azab kubur sebab banyak dosa’.

Dari segi duit juga, suami saya agak berkira dengan saya. Katanya gaji saya sudah besar & sudah cukup untuk saya. Yuran kelas tambahan anak-anak, insurans saya & anak-anak, semua saya yang bayarkan.

Komitmen saya yang lain seperti kereta, duit yang diberikan kepada ibubapa saya menjadikan duit gaji saya setiap bulan cukup-cukup makan sahaja.

Barang penjagaan kebersihan diri macam sabun, syampu, berus gigi, ubat gigi, saya yang belikan. Sekarang, suami saya request untuk bayarkan bil api rumah pula setiap bulan.

Saya masih ingat ketika saya baru habis belajar dan menganggur. Suami saya terlalu berkira, sehingga makan minum saya pun tidak diambil berat. Dia fikir sudah cukup dia belikan lauk basah, dan kalau saya lapar, saya kena masak sendiri.

Saya tak kisah pun sebenarnya nak masak sendiri sebab saya suka masak. Tapi kebetulan waktu saya menganggur, saya mengandung dan mengalami alahan kepada bau bawang & tumisan, menyebabkan saya tak boleh masuk dapur.

Waktu mengandung juga saya kerap lapar pada waktu malam. Suami saya merungut untuk sediakan makan malam dan sampai harini saya masih ingat kata-katanya ‘Islam ajar bagi makan isteri dua kali sehari je.’

Selain tu, ketika itu, merupakan rutin saya setiap hari menghantar dan mengambil anak-anak di sekolah.

Kadang-kadang saya minta RM10 untuk duit poket sebab kadang-kadang terliur nak beli pisang goreng dan coconut shake tepi jalan pun dia akan melenting ‘Nak buat apa duit, asik mintak duit je’.

Allahu, tersentap sungguh saya masa tu. Saya rasa macam ya Allah, ada juga suami yang berkira macam ni.

Ada satu masa saya mengidam nak makan ikan bakar & seafood, saya terpaksa keluarkan duit saya sendiri yang hanya berbaki RM200 dalam bank akaun untuk beli makanan yang saya nak. Sedih teringat masa tu. Saya mengandung kut.

Setelah itu, saya berazam, macam mana sekali pun, saya kena juga kerja untuk ada duit sendiri.

Alhamdulillah tidak lama setelah bersalin anak yang saya kandungkan ketika itu, saya telah mendapat tawaran pekerjaan sebagai penjawat awam.

Saya juga masih ingat semasa majlis graduasi saya, dia bersungguh-sungguh membeli-belah baju dan kasut baru yang branded dan mahal, tapi beli untuk dia ya bukan untuk saya.

Padahal yang naik pentas tu saya, bukannya dia. Saya pula memakai baju dan kasut lama yang sedia ada sahaja. Homestay pun saya bayar guna duit sendiri, sebab alasannya pergi ke tempat tu untuk urusan saya. Huhu.

Kebelakangan ni, perniagaan suami saya semakin merudum. Bila dia stress, dia akan membebel kepada saya.

Suami saya selalu mengatakan saya isteri yang tak guna, tidak membantu dia dalam perniagaan, dan mengata ibubapa saya.

Dia kata tak guna saya kerja dapat gaji banyak-banyak tapi tak tolong dia. Dia juga mengatakan saya ada ke atau takde ke sama saja. Lebih baik saya takde katanya. Tak de function kahwin dengan saya, tak pandai nak tolong laki.

Saya rasa sedih sangat. Mungkin Allah beri ujian macam ni untuk menghapuskan dosa-dosa saya. Ya Allah, tolong lah ubah suami saya menjadi suami yang lebih baik.

Sekian sahaja dari saya,

Isteri tak guna,

– Melur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Dasar suami celaka….
    Takpe sis… Saya pun tak taulah nak cakap apa. Harap tahun 2024 ni sis semakin tabah ya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *