Hi semua. Aku lelaki, seorang suami dan seorang bapa. Perkahwinan aku dengan isteri dijodohkan oleh ayah mentua aku.
Aku bekerja dengan keluarga ayah mentua, syarikat bapa saudara isteri aku. Perkahwinan dah 13 tahun, anak 4. Kesemuanya anak lelaki.
Isteri aku ni sempurna serba serbi, dari penjagaan dan kesihatan diri, sempurna akhlak, hebat dalam didikan anak, penjagaan rumahtangga, professional dari segala segi, berpelajaran tinggi, ada harta (home businesses),
11 tahun kahwin, langsung tiada pergaduhan, ungkit mengungkit, isteri aku memang manusia paling logik dan rasional.
Kalau aku bersembang dengan jiran, saudara dan sahabat handai, 7 petala langit orang memuji isteri aku.
Nak kata isteri aku ni extremist in muslimah lifestyles pun tidak. Takde lah dia berpurdah, dsbg. Dia modest. Really modest. Baggy shirt w jeans. I really love her, will do till the end of my life.
OK, sebelum aku kahwin dengan isteri. Dia ada tengah berkenalan dengan sepupu jauh (untuk berkahwin),
Tapi disebabkan aku berkenan dengan dia, aku minta izin dengan ayah mentua aku untuk berkahwin dengan anak dia,
Isteri aku ada beri beberapa syarat, ini dibincangkan semasa waktu merisik, dipersetujui oleh aku sendiri, disaksikan oleh keluarga sebelah aku, dan para wali isteri aku, dia ada ramai abang, dan bapa saudara.
Syarat lain semua aku kotakan. 1 syarat aku langgar. Syarat isteri aku untuk ada keluarga besar. Iaitu 10 anak.
Aku setuju sebab aku pun dari keluarga besar dan bahagia, isteri pun sama. Ada anak ramai ni, tiada masalah.
Dan bila dah berkahwin, lahir anak sulung, aku berbincang, turunkan kuantiti anak dari 10 ke 8, isteri setuju.
Kemudian lahir anak 2nd, aku nego jadi 6, isteri setuju, bila lahir anak 3 dan 4. Tiada perbincangan atau negotiations berlaku.
Nak jadi cerita, aku tengok di Twitter, 1 pasangan buat vasectomy (suami dia), aku dm and tanya, dia buat procedures dimana and berapa kos.
Then aku terus buat vasectomy di hospital tersebut tanpa sebarang perbincangan dan persetujuan dari isteri aku. 2 minggu lepastu baru aku bagitau AND isteri aku sangat marah.
Dan sepanjang 11 tahun aku berkahwin, ini pertama kali dia bertindak secara tidak rasional. Takde lagi duduk duduk berbincang, fikir solusi.
Dia terus tuduh aku scam dia. Dia minta aku beri alasan. Aku tiada alasan. Semua anak anak lelaki aku perfect. Tiada cacat cela dari segi akhlak. Kesemuanya bijak, athletic, talented, Alhamdullilah, semuanya didikan isteri aku.
Aku buat vasectomy pada masa tu hanya sebab aku terasa hati, rakan sekerja dan alumni sekolah dan kolej asyik perli ramainya anak anak aku, walaupun aku dan isteri mampu dari segi ekonomi dan masa.
Kalau ada reunion gathering, orang yang anak 1 boleh bawak anak, aku dan isteri tidak dibenarkan rsvp for our kids, sebab tidak cukup tempat dsbg.
Aku rasa bodoh sebab terpengaruh dengan benda begini dan buat vasectomy without my wife permission. Ada jumpa Dr’s tu semula, dorang kata boleh reversible, tapi low chances untuk pregnantkan isteri aku.
Dan 3 bulan selepas pergaduhan tak selesai. Isteri aku bawak isu ni ke para wali dia. Boom! Semua marah, sebab ini syarat yang diberi semasa sebelum perkahwinan dipersetujui, aku langgar janji walaupun janji ni tiada hitam putih.
Para lelaki dalam keluarga wife aku especially wali wali dia, sangat gentleman & tegas. Jenis bila kau langgar janji, buat hal, memang takde dah perbincangan, dorang semua alpha.
Bila kau tak respect janji, your woman, kau ni dorang anggap serupa loser. Aku ni punya malu nak berdepan dengan para wali dia.
Isteri aku failkan perceraian, aku tak setuju bercerai. Diberi pendamai. Masih tak boleh berdamai.
Syiqaq berpanjangan, hakim minta aku ceraikan isteri aku. Aku minta hakim untuk lantik pendamai January lepas. Isteri aku mula buat kes tebus talak.
Atas sebab dia rasa dia kena scam dengan aku. Anak anak aku yang 2 atas pun bersetuju aku ceraikan mommy dorang.
Sebab isteri aku memang jenis jujur pasal perasaan, semua benda dia cerita dekat anak, dan anak anak aku really good bab emotional ni (gentleman macam bapa mentua aku)
Masalahnya aku tak mahu bercerai. Dah 1 tahun 1 bulan, aku duduk di rumah ayah mentua, isteri aku di rumah kelamin dengan anak anak.
Dia datang rumah keluarga dia on weekends sahaja, masa tu lah nak jumpa pun. Aku pujuk pun tak jalan. Aku tak sure apa nak buat.
Mohon pandangan semua. Thank you sudi baca..
– Syakir (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit