20 peluang

Admin harap dapat post.tq.
Assalamualaikum pembaca iium confession. Saat post ini ditulis.. dah 10 ramadhan. Berbaki 20hari lagi untuk puasa dan juga 20 peluang. Jangan lepaskan.

Saya nak bgtau pd pembaca..hrgailah 20 hari ni.. jgn lepaskan begitu sahaja. Pertama, peluang untuk bangun malam (solat sunat) kedua doa yang tidak tertolak sebelum berbuka.

Saya nk bgtau..sy adalah salah sorg yg selalu berazam nak bangun malam. Di siang hri bertekad nak bangun malam. Tp sehingga skrg jarang sekali sy dpt bgun dan solat malam. Lebih sygkn tidur. Wpun sy gunakan alarm task, yg mana sy perlu selesaikan beberapa task (seperti soalan matematik mudah,padan dan suaikan) still sy boleh selesaikan soalan tu dlm keadaan separa sedar. Bangun2 je alarm dh off.

So sempena ramadhan ni.. kita sbnrnya diberi peluang untuk bgun malam tau. Bgi perempuan.. malas mcm mana pun kena bgun siapkan mknn utk psgn/ keluarga.. so gunakan masa tu utk solat. bangun awal. Yg kedua.. dlm 10-15minit sebelum berbuka tu.. selalunya mknn smua dh ready.. kita pun tgh tggu azan je.. so drpd duduk saja..gunakan masa tu utk berdoa. Ambil wudhu.doala sepuas2nya.. inshaAllah makbul.

Sy nak ceritakan pglmn sy. 2-3 hri lepas sy ada runsing mengenai satu perkara.. yg mana bg sy sangat MUSTAHIL utk benda tu terjadi.. possibility sgt tipis.. dlm sy risau dan runsing tu..sy pun mulalah kembali kepada fitrah .. berdoa. Memg sy gunakan masa sebelum sahur tu utk solat.. so dlm 2-3hri tu sy doa tentg perkara yg sama sahaja. sblum berbuka puasa,. klu sblum ni duduk dpn mknn.. tp sy mulai berubah.. sy ambil wudhu doa xhenti2 sehingglah azan.. dan subhanallah.. doa sy makbul. Perkara yg sy fikir mustahil betul2 jadi.. Allahu akbar.

So pd pembca semua.. klu korg ada hajat.. gunakan masa ni utk berdoa.. sy pun banyak lagi nak doa ni… hihi.. tp sy x kata lepas ramadhan dh xleh berdoa.. boleh..tp klu mcm sy yg iman turun naik..byk dosa.. sgt susah nk istiqamah bgun malam. Apatah lagi nk puasa sunat.

Itu sahaja pkongsian sy. Klu ada sesiapa yg ingin bkongsi pglmn sndiri.. leh la tulis di comment.. nk tahu juga.. supaya more motivated di bulan ramadhan ini..

– aya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

12 Comments

  1. Ana ingin berkongsi satu kata-kata hikmah

    Mari bersama menghadirkan program kebaikan sahabat
    .
    Catatan Dhuha
    .
    Tanda puasa orang yang mendapat darjat taqwa, hatinya sentiasa berminat dengan program kebaikan. Ramadan bulan rahmat yang menjadikan jiwa kita yang baik akan menolak perkara yang tidak baik. Tetapi amat malang jika di dalam bulan Ramadan masih meneruskan kerja jahat. Apa erti Ramadan kepada orang tersebut ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *