Assalamualaikum. Hi. Kalau artikel ini disiarkan, thanks to the admin. Firstly thanks sebab sudi baca dan harapnya dapat komen yang membina dan positif.
Umur dah late 20. Not married yet. An Orphan. Dipendekkan cerita, whatever i do, semua sorang. Actully ok je sebab saya seorang yang ambivert (introvert + Extrovert), but lebih didominasi oleh perangai Introvert. Not very lucky with jodoh. Hmm. Topik jodoh lagi. Sorry…
Kenal banyak lelaki yang kebanyakkannya toxic people dan hanya menjadi tempat menghilangkan bosan dia je, lol. Why this kind of human exists? Dah banyak kali. Awalnya kata nak kahwin la, dah siap jumpa family semua, but turn out, kena tinggal bodoh camtu.
Pindah tempat kerja baru, tiba-tiba tawar hatilah, tak nak dengan mana-mana perempuan, all perempuan menyusahkan, merungsingkan. So i dont even know. I’m tired to think why this happen to me. Even more tired to think why tetibe dia jadi camtu. sebulan yang pertama dia ok guys.
Walaupun dia benci, aku still usaha pujuk, ambil hati, celebrate his birthday. He came to see me, take the suprise and gift with smile and whatever. Talk to me about his job and all. But after balik je, semua yang kasar akan keluar semula.
Dia kata terpaksa jumpa aku, dia taknak hadiah-hadiah tu. He was a very good guy before. Sangat baik. Even aku belajar banyak benda, about Allah, about solat. about serahkan semua pada Allah, kita ni hamba. A very kind to his family, sangat mengutamakan family.
Benda tu yang buat aku ralat bila jadi macam ni. Why he cant be nice, appreciate or even talk nicely dengan aku macam dia dengan orang lain.
Aku tak harap duit orang. Even kalau aku tetibe tak cukup duit, aku pinjam dan aku bayar on the spot bila aku gaji. Tanpa tangguh.
Sejenis aku, kalau aku sayang, yes aku sayang 100% which is thats my biggest mistake. But entahlah, tapi sebab aku orphan, tak merasa kasih sayang keluarga, buat aku sangat mudah sayang orang and aku trauma kena tinggal.
Its soooo lonely. Pergi hospital sorang-sorang, sakit sorang, makan sorang, tengok wayang sorang. Haha, until when its tooo much, i can barely wakeup. End up cuma mampu ambil wudhu, solat sunat 2 rakaat, crying out my heart, ngadu semua pada Allah, asking,
“why i always get this tougher test, why i’m the only one broken sedangkan dia happy over there, meet new girl maybe, i was with him during his broke phase, i’ve giving my fullest love but why i’m the only one turn out broke into pieces ?” , then cool down and sleep. Dah nangis bengkak mata serius memang ngantuk masa tu.
But rasa tu tak hilang. That sadness is still there. Yang bila-bila masa akan jadi dan datang, Sampai aku give up and i said to Allah, “Bantu aku and make me redha if this is whats YOU plan for me”.
Tapi dah namanya manusia, perempuan, sometimes sedih dan semua kekosongan, kecewa tu semua datang. Kawan semua dah kahwin. Aku tak tahu nak mengadu pada siapa.
Takde sesiapa nak dengar. Takde sesiapa nak ambil tahu.
Ada banyak lagi sedih tapi cukuplah sedih yang ini je. Itupun taip sambil menangis, hahaha. Hati tisu betul. Seriously guys, aku mati jiwa. Ada jasad je.
Aku pernah fikir nak mati je, bunuh diri, tapi aku takut Allah pun buang aku macam manusia buang aku. Then apa je yang tinggal kat aku nanti. Aku tahu dia tak kisah pun tentang aku, cuma aku je yang beria. Lol. Reality bites and its hurt. Too much. huhu.
2019 is just near the corner, almost end in 1 weeks ++.
Disebalik banyaknya ujian, actually Allah bagi aku “hadiah”.
Yang dah lama aku pendam doa, yang dah lama aku simpan, yang akhirnya Allah makbulkan dimasa yang tepat seperti aku nak.
Aku nak beli kereta dan adopted kucing. Kereta fully my own money tanpa harap orang. Sebab ada 2 wish aku nak kereta tu, salah satunya aku nak bawak opah aku naik kereta tu sebelum aku/dia meninggal.
Doakan aku ada masa dan sempat guys. Sebab setiap kali balik raya, dia selalu tanya, ” naik bas lagi ye, tak balik naik kereta sendiri. kesian cucu nenek ni “.
ALHAMDULILLAH, SEGALA PUJIAN UTK ALLAH. He gave me a car… Loan dah lulus, senang sangat. Dealer dan Bank yang sangat membantu. Semua dah bayar. Tinggal kereta je. Tahun depan dapat balik raya naik kereta and bawa nenek. Doakan agar impian aku ni sempat semuanya. Aamiin. May Allah bless uolls too for the doa and kind hearted.
AND, my 2nd wish juga Allah makbulkan diwaktu yang tepat. I’ve got a cat !!! Sangat manja, sangat shy and sangat baik. Tak ganas mencakar. And sooooooo cantik. Bulu kembang elok, lembut. Perfect.
I know my ujian ni apalah sangat. Orang kata, “alaa, putus cinta je pun. alaa kena tinggal je pun. banyak lagi orang mati suami la, anaklah, kaki putuslah, suami curanglah, kena cerai waktu mengandunglah”.
But trust me, penerimaan orang pada setiap ujian berbeza. Aku sendiri sedar ujian aku tersangatlkah kecil berbanding gaza, uyghur dan hamba lainnya. Just aku trauma dengan kehilangan. Aku trauma dengan hilangnya orang-orang yang aku sayang. Its hurt and lonely.
Aku manusia. Sometimes i need someone yang real. Boleh bercakap. Boleh ada dan datang duduk sebelah when aku menangis terduduk meraung sebab aku tak mampu nak tahan sakit dalam hati yang aku tak reti nak describe.
Dalam beberapa orang yang membaca, mungkin ada yang doanya senang Allah makbulkan. Doakan aku please. Doakan aku jumpa jodoh tahun depan, tahun 2020. Mudah jodoh. Jodoh yang baik pada aku. Dan keluarga mentua yang baik dan sayang aku seperti anak sendiri. Dan mudah segala urusan kahwin semua.
Aku tak reti berkawan sana sini nak kenal. Aku takde media sosial nak chat chat kenal sana sini. Confession ni pun nasib boleh tengok kot google je. Tapi aku nak family. Serius. Aku nak merasa balik kampung dan ada keluarga.
Dan doakan juga Allah jemput dan makbulkan hajat aku nak tunai umrah/haji (target 2022) serta laksanakan ibadah korban untuk diri sendiri (target 2020).
Moga segala doa yang baik dari anda semua Allah balas dalam segala perkara yang membahagiakan dan baik untuk anda semua juga. Dunia mahupun akhirat.
Moga hari esok akan sentiasa ada yang lebih baik buat kita semua muslimin muslimat, mukminin mukminat seluruhnya.. Moga kita tak putus harapan walau macam mana teruk pun ujian kita.
Allahumma aaminn. Terima kasih admin, terima kasih semua :)
– Hanan Jushi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit