Sakitnya Disihir Bertubi-tubi

Assalamualaikum semua. Namaku Humaira (bukan nama sebenar), berumur 26 tahun, aku merupakan pelajar Ph.D di salah sebuah Universiti Awam.

Aku ingin menceritakan perjalanan hidupku disihir bertubi-tubi oleh seorang lelaki yang pernah aku kenal, iaitu bekas Supervisor aku, bukan di Universiti, tetapi Supervisor di Sekolah Menengah sewaktu aku menjadi sebagai Guru Praktikal di sekolah itu. Kelantanese guy yang mempunyai anak2 dan isteri.

Bermula dengan cuma sedikit krisis, aku telah disihir tanpa henti. Maksud tanpa henti disini ialah, setelah aku pergi berubat dengan Ustaz, Alhamdulillah, aku sembuh seperti sediakala. Kemudian, disihir semula.

Di saat waktu aku mula-mula dahulu, ibarat mayat hidup, kurus, tak lalu makan, muntah, badan jadi gatal2, miang, selalu mimpi aneh-aneh dan menakutkan, mimpi ular, bayi, tengkorak, kubur, dan aku juga berkali-kali mimpi orang yang sama, iaitu Cikgu lelaki yang telah sihir aku tu. Mimpinya, yang amat mengerikan.

Mungkin, dengan kekuasaan Allah, Allah tunjuk semua dalam mimpi. Selalunya, kalau aku mimpi dia, bangun dari tidur, satu badan aku rasa sakit-sakit, dan bermacam-macam lagi. Seluruh tubuh badanku juga menjadi lebam bilamana aku dalam keadaan lemah.

Pada saat pertama kejadian aku sakit, aku telah pergi ke Hospital, berjumpa Dr, aku ingatkan aku ada Allergic atau alahan. Doktor cuma berikan cream sapu, dan segala ubat yang berkaitan.

Selepas satu ke dua minggu setelah berjumpa Doktor, tiada perubahan terhadap aku. Hatiku mula cemas dan pelik setelah banyak perubahan yang berlaku terhadap diriku.

Antara perubahannya ialah, aku kurang selera makan, setiap malam, aku sukar untuk tidur, sehingga pukul 2 ke 3 pagi.

Sehingga ke hari ini, aku masih tidak putus berubat. Aku juga perlu kuat melawan Jin, Iblis dan Syaitan yang dihantar dengan selalu membaca ayat-ayat Suci Al-Quran, berzikir, mendengar Surah Ruqyah dan bermacam-macam lagi.

Bagi aku, Ujian yang diberikan oleh Allah SWT untuk aku telah memberi kekuatan untuk aku terus sentiasa dekatkan diri denganNya. Terkadang, apabila syaitan telah berbisik ditelingaku untuk berputus asa, aku rasa dah macam Surrender, tiada daya dan kekuatan untuk aku terus melawan sakit aku.

Tapi, Alhamdulillah, Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Kerana aku yakin dengan janji Allah dengan kebesaranNya serta dengan kekuasaanNya, aku boleh sembuh dengan izinNya.

Mungkin kehidupan aku tidak sama seperti kehidupan kawan-kawan aku yang lain. Ada yang sudah berkahwin, mempunyai zuriat dan lain-lain lagi. Tapi, aku masih diuji dengan Ujian yang sangat dahsyat, iaitu melawan penyakit misteri.

Tetapi aku sangat bersukur kerana disebalik ujian yang aku hadapi, Allah selitkan rezeki yang tidak pernah putus-putus. Dan aku bersyukur kerana pengajian Ph.D aku telah ditaja sepenuhnya oleh Biasiswa.

Setiap kali selepas solat, aku sentiasa berdoa semoga Allah berikan dia taufik dan hidayah. Dan juga, berikan dia Azab, Laknat serta pengajaran diatas setiap perbuatan syirik yang dia lakukan.

Sudah dua tahun aku bertarung nyawa dengan penyakit misteri ni. Dan aku bersyukur Allah masih berikan kekuatan untuk aku menjadi sebagai hamba abdi buat Nya.

Aku juga tahu, Allah masih simpan rapi doa aku, sampai satu masa yang dikatakan Kun Fayakun, maka jadilah ia. Kerana Allah tahu apa yang terbaik buat hambanya. Allah juga tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Dia boleh hidup gembira di atas penderitaan orang lain. Tetapi dia kena ingat, dekat dunia ni Allah akan bayar cash. Dan juga di akhirat kelak, merangkak-rangak lah cari orang yang kita buat salah di Padang Mahsyar.

Doakan semoga aku sembuh seperti sediakala, diberi kekuatan untuk pengajian Ph.D aku, juga semoga orang yang sihir aku tu datang sendiri dan minta maaf dengan aku di atas perbuatan syirik dia tu. Aamiin.

– Humaira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *