Oh My Teammate

Salam semua, seperti tajuk berikut aku nak ceritakan pasal team mate aku sebab nya aku rasa dia dah melampau.

Sedikit pengenalan, aku eksekutif di sebuah syarikat dan dia yang aku nama kan A ialah orang bawahan aku.

Jarak umur kami pun jauh, lebih kurang 10 tahun. Aku berusia 33 tahun so korang faham lah dia berumur berapa kan.

Tapi usia dengan perangai tak serupa budak baru habis belajar. Dia ni confident level tersangat lah tinggi dan cubaan untuk caras aku dari sehari ke sehari buat aku rasa melampau sangat.

Dulu aku ada orang atasan aku, Encik D aku nama kan. So apa- apa hal berkaitan kerja memang aku refer encik D je begitu juga dia. Jadi sebarang surat menyurat memang Encik D yang sign.

Begitu juga sebarang keputusan memang kami refer Encik D, bawah Encik D tulah aku dan bawah aku si budak A.

So encik D ditukarkan ke branch baru makanya aku lah menggantikan Encik D.

Tapi semua benda si budak A ni buat sendiri tak tanya aku atau pendapat aku pun. Seolah- olah tak hormat aku dan kedudukan aku.

Contoh 1: Warning letter sebelum ni kami buat dan Encik D yang sign, bila encik D takde.. Si budak A sign sendiri warning letter tu.

Macam tak berapa nak power pulak surat tu sebab yang sign ialah supervisor sedangkan eksekutif ada di atasnya.

Aku tak tahu macam mana nak tegur, kalau aku tegur boleh jadi bermasam muka pulak. Satu lagi perangai si A memang suka sangat menjawab.

Contoh 2: Aku belikan sendiri tiket flight staff aku yang nak balik kampung. Bila staff datang kat dia, dengan confident nya dia beli kan juga ticket flight budak – budak tu tanpa tanya aku.

Contoh 3: Bila aku masuk bilik bos, dia pun nak masuk jugak bilik bos tu pastu duduk sebelah aku dengar sekali apa yang bos nak cerita.

Sejenis bos, dia ok je dengan semua staff, boleh bawak bergurau apa semua jadi kesempatan itu si budak A ambik untuk up diri dia kat bos.

Dia budak lagi dan bos aku pun bukan lah tua.. Jarak umur 20 tahun, so budak A dia tunjukkan perangai kebudak- budakkan dia kat bos buat bos terhibur, buat bos ketawa sampai bos rasa dia comel.

So bos pun ok jelah kalau dia ada sekali dalam bilik bos tu. Yang tak ok nya aku sebb aku rasa macam kedudukan aku is nothing.

Yang aku nampak si budak A ni jenis tak boleh aku lebih, macam kalau aku cuti awal 2 hari sebelum raya so dia kena mengalah cuti sehari sebelum raya, yang mana cuti sehari sebelum raya bos tetapkan kena balik pukul 1pm.

So semua staff dalam office kena stay sampai 1pm lah kan, tapi akan jadi special case bagi dia sebab dia akan direct jumpa bos beritahu dia nak balik awal sekian sekian. So bos ok je bagi pelepasan kat dia.

Benda ni aku dah perhati banyak kali, jadi tak adil untuk staff lain. Macam haritu aku bertugas di branch lain, so aku sengaja tak nak bawak dia and arahkan dia utk jaga department kami.

Tup tup bila aku sampai sana, aku dapat tahu bos nak bawak dia sekali ke branch baru tu.

Aku rasa macam aku keluarga tiri cinderella je kurung dia dalam rumah tak bagi pergi pesta pastu anak raja datang bawak dia pergi. Macam aku pulak jahat tak nak bawak dia.

Confession aku pendek sebab pagi pagi otak tepu macam lupa apa dia buat, kalau ikut kan banyak benda lagi, kalau aku ingat nanti aku sambung..

Sekian..

– Yang Terluka Lah Sangat (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. itu namanya build connection kak.. entah lah bagi saya tak nampak sangat salah dia. mungkin boleh slow talk apa tak puas hati dia kan budak lagi kalau dia menjawab akak jawab lah balik akak kan betul

  2. Aku assume ko ni pmpn.

    Kak, welcome to the real world.Aku harap ko tak berlama terluka tu kak.Hidup ni keras .Tak dpt jadi org yg suka kipas, ko jdlah org yg smart mengatur strategi.

    Politik dlm dunia pekerjaan ni kejam.So tunjukkan lah sisi leader tu ya.Jgn lemah dgn A tu.

    Paling best adalah ko try kumpul segala bukti dlm bentuk dokumen perangai tak semenggah A bab kerjalah.mcm sign warning letter tu dan seumpamanya.Bila smpai masa diperlukan, ko ade byk boleh tunjuk pd management.

  3. Ko bt 1 meeting sume staff2 ko pastu ko terang kan ape yg boleh ape yg xboleh… Contoh mcm sign2 tu ko sound je situ, ckp tanpa kebenaran sy awk semua xleh sekian2… Kalau xdgr jugak ko pegi HR…gosok2 HR… Ko ckp je ape bdk tu sign ko xluluskan… Bru dia rasa…

  4. jangan bagi muka kat A tu. tunjuk kuasa sikit. jenis tu kuat kipas tu. benci jenis tu. selalu jenis tu jenih gedik, dahi licin. bos besar pun mula la lembut hati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *