Salahkah Aku?

Assalamualaikum, saya perkenalkan diri saya sebagai Melur. Saya berusia 38 tahun dah telah berkahwin seorang cahaya mata. Hidup saya baik-baik sahaja bersama suami dan anak.

Saya nak meluahkan disini. Saya tak tahu dimana lagi saya nak meluah. Saya pula seorang introvert. Lagi la sukar saya nak bercerita atau meluahkan isi hati saya. Walaupun saya bersuami tapi tak semua perkara saya mampu nak meluahkan pada suami saya.

Sejujurnya saya memiliki seorang lagi anak. Dia adalah anak tidak sah taraf. Anak tersebut telah saya serahkan kepada seseorang. Saya kenal orang itu dan alhamdulillah mereka menjaga anak saya dengan baik. Anak saya kini telah berumur 18 tahun.

Saya ketika itu masih muda dan saya sedar ia merupakan kesilapan yang paling besar saya lakukan dalam hidup. Demi menjaga maruah keluarga dan menimbulkan perasaan negative orang terhadap saya.

Ibubapa saya merahsiakan perkara ini kepada beberapa ahli keluarga kami termasuk beberapa adik beradik kami. Hanya ibubapa dan kakak saya sahaja yang mengetahui. Abang ipar pun tidak mengetahui tentang ini. Kami kunci mulut serapatnya.

Akan tetapi, suami saya mengetahui status saya dan dia menerima saya seadanya. Cumanya keluarga mertua saya tiada seorang pun mengetahui. Hanya kami suami isteri saja yang tahu dan simpan rahsia ini sampai bila-bila.

Hari demi hari saya menjalani hidup seperti biasa. Tiba-tiba saya menerima pesanan whatsapp dari sesorang yang mengatakan dia adalah anak saya. Anak saya mencari saya. Ye, saya kaget. Saya tak tahu nak react macam mana.

Saya menghubungi ibu angkatnya dan dia bagitahu dia ceritakan segalanya tentang status budak itu. Saya? Tak tahu nak kecewa, terkejut atau nak lari.

Saya bukan benci anak saya. Tapi semakin dia mencari saya, trauma saya kembali. Saya memikirkan kebodohan saya kesilapan saya berbelas tahun yang lalu. Sehinggakan saya terfikir baiklah saya mati supaya saya tidak perlu menghadapi trauma ini.

Ye, luaran saya nampak normal seperti orang lain, boleh keluar bekerja, bersosial tetapi di dalam hati Allah saja yang tahu. Kesan trauma yang saya hadapai sukar untuk difahami oleh orang baik suami sendiri.

Anak saya mencari saya. Tetapi saya mengelakkan. Saya takut. Kerana rahsia ini tak semua ahli keluarga saya tahu. Saya tak tahu nak berdepan dengan ahli keluarga saya macam mana. Saya jadi resah gelisah. Macam orang nak kena anxiety pun ada.

Tapi saya langsung tak cerita semua ni pada suami saya. Saya tak nak serabutkan fikiran dia dengan perasaan saya yang merepek ini. Tapi jauh dalam sudut hati saya, trauma saya masih ada sehingga kini.

Saya kalau boleh tak nak anak saya tahu tentang dirinya. Cukup lah dia kenal keluarga angkatnya sahaja. Saya? Akan terus berdoa untuk kebahagiaannya dunia dan akhirat. Tapi dia mencari saya.

Adakah saya salah menjauhkan diri darinya? Saya bukan tak nak mengaku dia anak saya. Ye dia anak saya. Tapi trauma yang saya hadapi ini membuatkan saya tak mahu dia kenal saya sebagai ibunya.

Saya faham seorang anak perlukan kasih seorang ibu dan bapa. Tapi keluarga angkatnya menyayanginya lebih dari saya. Itu pun dah buat saya bersyukur. Biarlah dia tahu dia ada ibu tapi tak perlu mengenali saya.

Saya tak mampu nak berhadapan dengan orang sekeliling saya yang tidak mengetahui kebenaran diri saya. Banyak hati dan perasaan saya perlu jaga. Adik beradik saya, ibu mertua saya, keluarga mertua saya.

“Ya Allah, ampunkan aku. Aku tidak membuang anak ku. Aku ingin menutup aibku. Aku ingin menjaga perasaan ramai orang. Leraikan lah kekusutan di dalam hati ku.

Ya Allah kurniakan segala kebahagiaan dunia & akhirat pada anak pertama ku. Sekiranya dia melupakan ku, aku redha asalkan dia bahagia bersama keluarga angkatnya. Jadikan dia anak yang solehah, kurniakan dia pasangan hidup yang dapat menjaganya sehingga akhir hayat.”

Inilah doaku pada Allah setiap masa kepada anakku. Apakah saya masih berdosa kerana tidak menerimanya seperti mana dia mahu diterima? Sehingga kini trauma dalam diri saya masih berbekas dalamnya luka itu.

Kepada yang membaca luahan ni, doakan lah untuk saya agar saya kuat dan dapat buang perasaan ini dalam diri. Saya ingin mati dalam tenang. Sekarang ini bert dada saya memikul perasaan serba salah ni.

Terima kasih..

– Melur Berduri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Sy minta maaf sekiranya pendapat sy tidak menyebelahkan sis. Dalam byk2 hati yang nak dijaga, pernah ke sis terfikir perasaan anak sulung sis sendiri? Tak adil utk dia jika hak dia ditidakkan. Sis nak mati dlm keadaan tenang, rungkaikan la segalanya. Salah diri kita, kita perlu berani hadapinya. Hadap segala kemungkinan yang ada. Selagi sis menafikan yg sis ada zuriat lg 1, selagi itu perasaan bersalah tu masih ada. Pergi la jumpa anak sis tu. Sy doakan all ends well. Amin.

    • Pendapat saya puan pergi la jumpa anak puan ,dia cuma ingat kenal keluarga kandung yang ada pertalian darah dengan dia ..Jumpa dan terangkan hal sebenar puan pun dah matang sampai bila nak lari daripada masalah ..daripada benda ni jadi issue lain saya bagi contoh dia anak puan datang rumah cari puan macam mana? Setiap orang buat silap hamba Allah yang baik adalah hamba yang selalu bertaubat kepada Allah pencipta dia.

  2. Puan, beranikan diri untuk hadapai. Puan tak perlu pun beritahu semua ahli keluarga, cukup sekadar puan pergi berjumpa dia sendirian, berbaik dengan dia dan dengar luahan dia, ceritakan hal sebenar pada dia. Sy yakin anak puan faham, dan dia budak bijak, sebab tu sia cari puan. Berbaiklah dengan dia tak rugi pun. Mintak dia rahsiakan cukup sekadae puan dan keluarga angkat tahu. Mungkin ni jalan terbaik. Sy doakan puan mampu hadapinya , sy doakan semoga puan bertemu jalan yg terpaling baik. Semoga di permudahkan, semoga kuat.

    • Adik
      Kesian kat anak
      Dia rindu mak dia
      Jumpa la berdua walau sekejap
      Mengaku kesilapan masa muda
      InsyaAllah semoga Allah mudahkan semuanya

  3. Xpa sis
    Jumpa sahaja
    Pertemuan antara sis dgn anak
    Tak perlu uar2kan pertemuan itu

    Hanya Sis dan anak semata2

    Dia sbnrnya hanya ingin bertemu
    Ingin mengenai
    Ingin melihat wajah sis dgn matanya sndiri

    Dan kemudian terangkanlah padanya
    Kongsikan rasa sis
    insha’Allah anak akan faham

  4. Jumpa la dia sis. Mintak maaf dgn dia. Bgtau la perasaan sis kat dia. Dia dah 18 thn, insyallah dia faham. Mana tau slow2 sis akan ok.

  5. Percaya lah sis .. Anak sis hanya nak kenali Ibunya. Dia takkan menganggu sis. Dia juga ada haknya. Jumpa lah. Kalau kantoi dengan orang2 sekeliling, sis kasitau sis mangsa rogol. Jadi Masih terjaga aib Dan tiada siapa yang boleh Salahkan sis. Tipu sikit laa Dari orang terus mengata. Sis Pon dah bertaubat Dan anggap itu kesilapan kan. Percayalah, bila buat semua ni hati sis akan tenang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *