Salah Ke Duduk Rumah Bukan Landed?

Hi semua. Sedikit pengenalan. Aku berumur akhir 30an, manakala suamiku sebaya denganku. Kami mempunyai 3 orang anak.

Gajiku hampir 3 kali ganda berbanding suamiku, tapi setakat ni tiada isu kerana suamiku tahu tanggungjawabnya.

Pada awalnya kami duduk di sebuah rumah teres 2 tingkat. Rumah itu merupakan rumah arwah ibuku.

Setelah arwahku meninggal dunia, adik beradikku telah sepakat untuk menjual rumah itu dan membahagikan hasil jualan rumah mengikut faraid.

Meskipun telah berhabis banyak wang untuk membesarkan dapur, kabinet, dan lain2, aku terpaksa akur kerana rumah itu memang bukan namaku atau suami.

Setelah itu, kami terpaksa berpindah dan kami telah bersepakat untuk membeli sebuah rumah.

Walaupun gajiku agak besar, kami hanya membeli rumah mengikut kemampuan suamiku yang berharga 350k. Rumah bertingkat, namun agak mahal kerana berdekatan dengan KL dan banyak fasiliti.

Ibu mertuaku mungkin agak terasa kerana kami berpindah dari rumah teres 2 tingkat kepada rumah bertingkat yang berkeluasan 1200sqft sahaja. Jadi banyak kali beliau menyuarakan..

“Kenapa tak beli rumah landed?”

“Kenapa tak beli rumah di rawang? Boleh dapat landed tapi tak mahal”

“Kenapa tak beli yang ini?”.

Aku cuba mengabaikan sahaja pertanyaan ibu mertuaku. Sehabis baik aku cuba menjawab dengan baik. 

“Tak mampu lagi nak beli landed. Nanti ada rezeki kitorang beli lah”.

Tapi bila sudah terlalu banyak kali ditanya, membuatkan aku jadi tawar hati.

Rumah ni walaupun bukan landed tapi bagi kami selesa. Mungkin sebab kami sangat minimalist jadi rumah berkeluasan 1200sqft ini bagi kami sudah cukup selesa.

Rumah ini dibayar secara kongsi, suamiku dan aku separuh2. Aku ada juga menyuarakan pendapat untuk membeli rumah landed, dan aku menawarkan untuk bayar lebih 1k berbanding suamiku.

Tetapi suamiku enggan. Katanya dia sudah cukup malu kerana aku terpaksa bayar separuh. Mana mungkin dia sanggup aku bayar melebihi itu.

Maka aku hormat keputusan dan pendirian suamiku. Duit lebihan gaji aku simpan dan labur dalam pelbagai platform.

Masalah sekarang ni ialah ibu mertuaku asyik mendesak aku membeli rumah landed. Salah ke duduk di rumah apartment? Salah ke kita nak ikut kemampuan suami?

Mohon sangat pendapat dan nasihat dari semua. Kerana persoalan ini asyik berlegar di fikiranku.

– Lulu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Salam sis,

    Tugas sis sebagai isteri hanya taat pada suami, menyenangkan hati suami, hormat suami, kerjasama dengan suami demi keharmonian rumahtangga, begitu juga lah tanggungjawab suami sis pada sis.

    Selain dari itu bukan urusan sis atau suami, hatta mertua tempelak sis suruh beli rumah dekat sebelah rumah Siti Nurhaliza sekali pun, itu bukan urusan yang patut sis utamakan atau fokus, sis happy dirumah yang sekarang, rumah sis yang sekarang adalah tempat indah sis sekeluarga. Itu dunia sis sekeluarga.

    Setiap kita manusia ada dunia kita sendiri, kita cara dunia kita, apa yang kita suka, apa yang kita nak, apa yang menyenangkan kita, manusia lain cuma tetamu, kalau datang cuma singgah kemudian pergi. Mertua sis cuma tetamu, dia pun ada dunia dia sendiri. Cuma masalah orang tua zaman sekarang mereka tak suka dunia mereka, dia nak dunia kita. Nak diblock menangis pula nanty, jadi abaikan jer nampak lebih sopan.

    Tutup salam.

    • Abaikan la sempurna macam mana pon kita tak dapat puaskan hati semua orang.Stop jadi people pleaser ..Kalau puan dan suami dh selesa duk rumah sekarang abaikan kata mak mentua tu..biasalah mak2 suka canang dekat ornag luar yang rumah anak dia besar la ape la saya bercakap macamni sebab makcik saya pon salah sorang yang bangga anak dia rumah besae dua tingkat.

  2. rumah bertingkat lagi selesa. kemudahan semua ada. tak payah ambil tahu halaman rumah depan, tepi, belakang. bila hujan pun tak payah risau. zaman sekarang kawasan yang tak banjir pun naik air. nak kena risau siling bumbung lagi . macam2 la nak kena fikir duk rumah landed. rumah bertingkat selesa. keluasan 1200 tu memang selesa. saya dah pernah duk condominium, tenang ja. sekarang duk landed macam2 saya kena ambil tahu dan risau. saya jenis penakut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *