Salah Ke Apa Aku Rasa?

Aku sebenarnya nak move on daripada sikap mak mertua aku yang suka jadi queen control dalam hubungan aku suami isteri.

Banyak lah cerita yang makan hati tapi banyak aku mengalah. Cuma, aku rasa trigger bila dia mula nak masuk campur cara kami besarkan anak kami.

Oh yea, aku dan suami baru sahaja menimang cahaya mata sulung kami pada tahun lepas, kini anak kami sudah menjangkau 7 bulan.

Aku kisah sangat bila dia cuba nak campur tangan dan komplain cara aku dan suami uruskan anak. Dari cara kami mandikan, cara kami bagi makan, cara kami ajar anak kami semua nak tegur semua nak kena ikut cara dia. 

“Oh, ibu dulu bagi je dorang ni makan bergula bergaram elok je jadi manusia”.

“Eloklah simpan anak tu dalam rumah je. Biar jadi kera sumbang“. 

“Dah kenapa nak kena cuti kerja ? Hantar jelah dia tu ke taska. Sakit sikit biasa jelah”.

“Buat lah dukung je anak tu memanjang, nanti jadi manja anak tu”.

Aku pedihkan telinga je kadang-kadang dengar cakap dia tu. Baru ni dia bertahan lah dia daripada jumpa anak aku. Yelah, anak aku cucu sulung belah suami aku, kalau boleh tiap minggu dia akan datang tengok.

Tapi, sebab dapat tahu yang dia tak sihat aku cuba slow talk dengan suami supaya gap lah 2 minggu biar betul2 sihat dulu ibu tu, baru berjumpa dengan baby. Lagipun baby baru je 3 bulan waktu tu.

Tiba-tiba mak mertua aku terkilan pula sebab kami kata, tunggu dia betul2 sihat baru datang jumpa sebab takut terkena pada baby. Dia cakap kat suami aku, anak orang lain tu okay je sihat terkena covid.. Kami ni terlalu protective jaga anak.

Dia cakap covid ni sekarang macam demam biasa je, haah senanglah dia cakap.. Memanglah bagi kita macam demam biasa sebab kita ni dah vaksin, baby mana ada vaksin macam kita.

Aku sebenarnya, paling lah tak suka balik rumah mertua. Sebab setiap inci aku rasa kena control. Belum lagi, dia tak bagi langsung kalau boleh aku main dengan anak aku.

Kalau boleh bila balik rumah dia, semuanya tentang dia dan anak-anak dia. Melangkah je aku masuk ke rumah dia, terus rampas ye anak aku dari aku. 

“Dah dah pergi lah buat apa-apa..bagi sini anak tu”.

Pedih lah jugak orang main rampas je anak kita, tapi yelah aku amik lah masa tu pergi settlekan makanan baby semua.. nanti senang terus bawak baby makan.

Nampak je aku dah mai nak amik anak aku. Dia cakap, 

“tak payah lah tak payah lah… biar dia main dia bukan nak makan pun”. 

“Baby tu tak nak pun kat ibu dia”. 

“Baby suka main dengan achik dia, tak nak kat ibu dia”. 

Haih menyirap aku rasa tapi, aku sabar lagi ni. Terus aku dukung anak aku bawak pergi dapur makan. Aku dengar lah dia cakap 

“Dah lapar sangat ke budak tu?“.

Lagi satu, dia suka beli jajan baby tak bagitahu aku dulu. Sedap-sedap je aku tengok dia suap dalam mulut anak aku jajan hentah jajan apa dia beli. Aku nampak aku terus warning. Baby tak boleh makan jajan macamni.

Dia cakap, alah ramai je cucu-cucu kawan dia makan elok je. Aduh, stress. Habistu sia – sia je usaha aku masak bagi makanan elok-elok kat anak aku, sampai ke tangan nenek dia suapnya jajan.

Aku tak bagi screen time kat anak aku sebab banyak buruk dari baiknya. Dia tak nak bagi anak aku dekat aku kalau anak aku nangis, jadi dia tayangnya tv dekat anak aku. Memang senyaplah budak tu bila dapat tv.

Bila aku sampai kat living hall, haih nyirapnya aku.. tengok dia bagi anak aku tengok cerita drama melayu tak senonoh, tajuk “perempuan itu” dengan pakaian2 seksi. Aku cakap indirect, 

“Ape ni.. Baby.. Tengok citer orang pakai seksi macam tu”. 

Dia kata, aku ni over sangat.. Baby bukan paham pun apa benda kat tv tu. Geramnya aku rasa.

Bila anak aku penat, anak aku nak tido. Aku tahu anak aku penat dan ngantuk. Aku nak anak aku. Dia kata, tak yah lah tak yah lah.. baby bukan nak pun kat ibu dia. Tiba-tiba bagi anak aku dekat anak perempuan dia, dia kata 

“Baby nak tido dekat achik dia”. 

“Achik dodoi dodoi lah baby tu..”. 

Si achik dah kata kat mertua aku dia tak reti, bagi jela baby kat aku. Tapi dia tetaplah ye nak jugak anak perempuan dia dodoi anak aku, 

“Alah cuba lah boleh.. Dia okay jelah dengan sape-sape”. 

Geram punya pasal, dengan aku nampak anak aku dah rimas tak selesa terus aku amik aku masuk bilik tutup pintu. Kadang tak paham ye, apa masalah dia tu ye?

Apa yang dia risau sangat anak aku rapat dengan aku? Dia takut apa sampai dia nak layan aku macam ni? Tu anak aku kot.

Dia beruntung lagi lah, aku ni bukan jenis orang cakap lepas. Kalau orang lain aku rasa mahu dah kena sedas dua dah depan muka dia.

Kisah mertua aku ni, dari zaman awal aku kawin dengan suami lagi, tapi aku diam je.. tapi, bila masuk bab anak. Aku memang rasa makin annoying dengan perangai dia. Jadi tak seronok langsung bila suami ajak balik rumah mak dia.

Itu sahajalah luahan aku. Aku dah cuba nak berdamai dengan sikap dia ni, tapi aku tak boleh. Sampai tahap aku berdoa pada Allah moga Allah jauhkan aku dari dia ni supaya hidup aku lebih tenang.

Semoga suami aku dapat kerja jauh-jauh, kami pindah jauh-jauh biar 6 bulan sekali je jumpa. Baru tenang hidup aku.

Maaf lah atas kekasaran kata, sebab hidup aku penuh dengan rasa marah sejak Allah uji aku dengan manusia macam ni.

Sekian..

– Orked (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Sikap awak yg berdiam diri dari mula tu yg menyebabkn ibu mertua meremehkan awak. Sebagai ibu sekarang awak kena tegas dgn cara awak mendidik anak sebab dari kecillah anak mudah menyerap ajaran yg didengar dan dilihat. Jgn cakap anak tak tau apa2. Tegas dgn ibu mertua, cakap sahaja yg awak ibunya dan sekrg masa awak didik anak. Masa ibu mertua didik anak sudah berlalu dan sekrg beri peluang awak dan suami mencorakkn hidup anak. Kdgkala kita kena bertegas dn nampak mulut laser tp ini adalh untuk cara mengurangkn sikap menguasai ibu mertua. Klu sya akan buat apa shj sbb itu anak kita dan kita jg tahu apa yg baik dan buruk utk anak kita.

  2. Bagi je sedas dua, saya dulu pun pendam banyak dengan mentua saya, tak bagi beli mainan kat anak, xbagi beli baju kat anak, ye lah dia yang jaga semua cucu dia siang malam, biras saya tu balik tengok anak 2 minggu sekali je, saya tengok pun semak, bagi mandi sehari sekali je, katanya mandi banyak kali nanti budak demam, anak saya mandi 2 kali kena tegur, katanya nanti budak demam, dah rumahnya panas, saya mandikan la, dia kata anak saya manja, rumah ada aircond, saya balas senang je, orang dah biasa sejuk, kena ikutkan je lah, dah dia rimas, nak mandi, takkan nak biar je,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *