Luahan Manja Dari Anak Kedua

Assalamualaikum semua pembaca ni adalah sedikit luahan manja dari saya anak kedua. Hanya sekadar luahan yang mungkin akan mengundang banyak komen negatif.

Tak mengapa sebab saya hanya nak meluah. Saya gelarkan diri saya F ja la ya, berumur awal 20 an.

Saya dari broken family yang dah lebih dari 15 tahun berpisah, mak ayah masing masing dah lama ada pasangan baru. Kalau di ikutkan adik beradik seibu sebapa hanya 3 orang termasuk saya kalau di ikut kandung 6 orang.

Saya yang kedua atas saya kakak jarak setahun ja disebabkan dulu mak ayah kurang berkemampuan jadi saya dijaga oleh tok tokwan di kampung dari umur 3 bulan.

Sampai sekarang, saya dijaga dengan penuh kasih sayang oleh tok tokwan tapi saya masih mahu dan dahagakan kasih sayang mak ayah saya.

Sepanjang hidup saya kalau diceritakan dari side mak lah kan. Dari kecil hingga sekarang mak asyik lebihkan kakak dan adik bongsu saya padahal saya lah paling jarang dengan mak.

Dari dulu kalau mak beli benda untuk aku dan kakak contohnya baju. Mesti aku jadi orang terakhir yang diberi jadi aku dapat yang kurang cantik dari yang kakak dapat.

Sampai sekarang macam tu. Aku masih ingat satu kejadian tu.

Mak aku beli satu bedak jenama yang kebanyakan wanita cukup minat. Dan liptint.

Masa ni kakak aku kat poli. So masa kakak aku takda aku pinjam la sikit pakai dua benda tu kadang kadang bila nak keluar ja la aku amik (masa ni aku duk kejap dengan mak dalam setahun macamtu).

Masa kakak balik cuti sem aku share la dengan kakak aku pasal barang mak tu borak kosong la kan. Aku bagitau dia aku suka dua benda tu memang sesuai dengan kulit aku.

Tup tup berhari kemudian macamtu dia amik liptint mak terus nak bawak balik poli. Mak bagi ja sedangkan mak tahu aku pun suka liptint tu.

Aku takda la mengadu hal ni kat mak atau sapa sapa aku cuma pendam. Dan betul betul esok tu dia nak balik poli dia amik pulak bedak mak sebab bedak yang dia beli salah code colour tak kena dengan muka dia.

Sama jugak mak bagi ;’) mak cakap dekat aku “Ala kakak kat poli dia nak bersiap pergi kelas hang kat rumah ja”. Simple ja kan ayat?

Tapi aku terasa. Aku manja kan?

Over ke? Tak pa lah aku cuma nak meluah.

Mak selalu cakap jangan anggap kakak tu kakak sulung tapi anggap sebagai bongsu. Sebab tu mak selalu lebihkan kakak. Aku hanya mampu gelak dan akur. 

Dan terbaru, aku plan nak pegi cari keja dekat area kakak aku bakal intern nanti. Kakak aku intern 4 bulan ja.

Dia dapat elaun 300 sebulan. Jadi aku ingat sementara dia ada boleh la kita share duit dulu untuk rumah sewa.

Tapi rupanya mak tak bagi dia bawak keluar duit sesen pun untuk rumah. Sebab dia hanya intern.

Aku sedih dan terasa. Cuba bagitau apa salahnya kalau dia kongsi sikit?

Walau 100? Kakak aku ni jenis dia suka melawa dan nak lagi lawa and high maintenance.

So barang dia kehendak memang banyak. So mak aku ikutkan dia.

So duit dia duit dia jala takyah tolong takyah kongsi. Yalah aku ni hanya anak yang tak pandai macam kakak aku yang tak lama lagi intern pastu sambung degree.

Aku sedar la diri ni. Ni cerita dari side ayah pulak.

Ayah aku pun dah lama kawin lain. Masa ayah aku duda dulu ayah balik kampung tinggal dengan aku dan tok tokwan tapi lepas dah kawin ayah keluar rumah tapi duduk satu kampung.

Ayah lebihkan anak tiri dan mak tiri aku. Walau dekat tapi dulu barang sekolah duit sekolah aku 100% tokwan aku yang tanggung.

Sungguh aku rasa terasing. Pergi jalan mana mana tak ajak aku pun.

Aku dengan dunia aku sendiri ja. Kalau rasa bosan keluar pegi main dengan kawan tu ja.

Ayah aku kalut balik rumah sini bila adik dan kakak aku nak bermalam rumah tok ja. Diorang kalau balik kampung selalu kat sini sebab ada aku.

Kalau tak sebab diorang. Ayah aku pun tak kalut untuk datang tengok macam mana keadaan aku.

Terbaru ayah aku pesan dah besar ni mengalah la dengan kakak sebab kakak sulung tak cukup kasih sayang sebab dapat adik adik bawah. Aku be like kenapa aku dilupakan?

Kenapa orang lupa yang aku dari kecik tak dengan mak tak jugak dengan ayah. Dengan ayah sebumbung tak sampai setahun pun.

Sedih. Mungkin aku ni sensitif kut.

Aku over kut aku tak tahu la aku hanya nak meluah ja. Terima kasih yang sudi baca :)

– F (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Awak bukan manja tapi diabaikan sprt awak x wujud . Kini awak kena jd kuat dan pertahankan hak awak. Jika keluar lg kata dr ayah atau ibu tentang kasih sayang jawab shj yg awak lg tidak dpt kasih sayang kerana sejak kecil bukan mereka yg jaga. Luahkan segala yg dipendam dan apa yg awak rasa. Jangan berdiam dan mengiakan shj pendapat mereka. Luahkn pd ayah yg lebihkan anak tiri drp anak kandung dan tanya dia mana tgjwb sebg ayah. Awak boleh pertikaikn hal ini selagi awak belum berkahwin. Jadilah insan yg kuat menyuarakan hak sebg anak.

    • saya setuju. dah alang-alang tak dianggap wujud might as well just pull out all the receipts kan, makayah dia hidup lagi pon dia dah mcm yatim piatu. kalau saya, saya focus je kt tokwan yg jaga saya tu. appreciate org yg appreciate kita je. tak perlu nak menagih kasih pada yang tak sudi. anon tak oversensitive pon, cuma parents dia yg takde common sense agaknya. For now, hidup je utk diri you sendiri anon, cari bahagia you tanpa perlu count on your bloodline.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *