Trauma

Hi. Aku perempuan, umur dah nak dekat 30 tapi masih belum berkahwin sebab sibuk bekerja. Aku ni bekerja di KL, jadi lumrahlah untuk aku tinggal seorang diri.

Disebabkan duduk seorang ini, kadang kadang aku selalu jatuh dengan nafsu sendiri. Korang mesti boleh agak apa kan?

Benda ni sebenarnya aku dah ketagih sejak umur 10 tahun lagi. Masa kecil kecil dulu, aku boleh dikatakan tunggal agak lama sebelum dapat adik, jadi aku selalu keseorangan.

Waktu cuti, parents aku yang muda masa tu akan “bersama” di hadapan aku, terlalu banyak kali,

Mungkin pada pandangan diorang aku masih kecil, masih 5 tahun, tapi sungguh, sampai sekarang memori tu terkesan dan masih clear dalam otak aku.

Rasa keliru, marah dan geram, tapi tak tahu kenapa aku rasa sebegitu.

Jadi disebabkan keliru, aku mula mengikut aksi mereka bila aku berseorangan.

Lama lama, umur 9 tahun, aku jumpa video sebegitu dengan aksi yang sama. Aku menirunya, kerana ia adalah sesuatu yang aku selalu saksikan. Lama lama aku jadi ketagih.

Masa sekolah menengah, abah dapat tangkap aku dengan video sebegitu, dia marah aku tapi aku anggukkan saja. Padahal pernah saja aku jumpa video seperti itu didalam phonenya.

Sejak tu mak hari hari cek web history aku, satu hari tu aku dimarahi hanya kerana membuat carian ‘hotel’ yang dianggapnya luc*h padahal waktu itu aku memang ingin mencari hotel ternama untuk kerja sekolah aku.

Bila dah jauh ni, mereka selalu menuduh untuk menasihati yang aku rasa macam melampau seperti,

“kau jangan tidur dengan lelaki pulak”, “betul ke kat rumah atau di hotel?”, “kenapa kena ada lelaki? gatal macam perempuan murahan” (yang ini sewaktu aku bercerita aku keluar dengan 2 officemate lelaki, yang lembut ya).

Mungkin mereka risau, tapi bila mereka menuduh seperti tu membuatkan aku rasa marah, rasa macam mereka ingat aku ni murah mungkin sebab kesilapan aku yang ditangkap dulu.

Aku masih tahu batas agama. Aku geram, kalaulah boleh diundurkan masa, ingin saja aku beritahu mereka, “saya belajar ni dari korang jugak!”.

Aku kesian pada diri aku sendiri zaman kanak kanak, yang keliru dengan perbuatan mereka, dan diarahkan secara leceh saja untuk bermain permainan sambil terpaksa memerhatikan mereka.

Sekarang, aku masih bergelut dengan ketagihan video ini, tapi aku masih menjaga batasan, tidak pernah berpegangan dengan lelaki, sebab itu aku amat sedih bila dituduh sedemikian.

Ibu bapa, tolonglah, jaga privasi kalian, nampak macam remeh, tapi impak dia sangat besar ya.

Doakan aku, sebab aku rasa diri ini jijik sangat untuk berkahwin.

– Daisy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *